4 bulan lalu… (Fahry umur sebulan lebih)
Hari ni.. (Fahry 5 bulan)
Alhamdulillah… kalau dibandingkan sangat jauh bezanya. Itu belum dibanding masa dalam inkubator yang ada harinya nampak tulang diselaputi kulit je.
Bila tengok Fahry sekarang macam tak percaya dia pernah duduk dalam inkubator dan buat Mommy-nye ni tak boleh nak tidur fikirkan dia. Syukur Fahry dah sikit-sikit dapat hambat perkembangan baby yang sebaya dengan dia (Fahry masih follow 2 months baby punya development).
Fahry memang kelakar orangnya. Sejak dia pandai menangis, dia dah mengeluarkan air mata. Hafiy dulu umur 3 bulan baru airmatanya keluar. Tear duct budak-budak lambat sikit terbentuk, sebab tu baby bawah 3 bulan biasanya nangis tak berair mata. Fahry pulak, kerjanya bergenang airmata je. Tangisnya pula sendu dan sayu syahdu gitu.
Sebab dia suka melontarkan suara sampai Tok Ma pegi mintak ‘air jampi’ (air apa yang Wak tu buat, wallahuaklam).. dengan kuasa Allah hari ni dia dah boleh duduk sorang-sorang atas katil & borak sorang-sorang. Kalau tak jangan harap! Nak bekepittt je kejenya.
Sekarang Fahry dah boleh gelak, tapi sangat misterius. Gelak-jebik-jerit.
Yang kelakar, kalau dipakaikan baju Abang Hafiy, geleng-geleng dia tak nak. Macam tau-tau aje. Kami cuba test, pakaikan seluar dia, dia diam aje. Bila turn pakai baju, baru je angkat baju Abang Hafiy, dia dah jerit sambil geleng-geleng. Lawak sungguh.
Sejak bulan lepas Fahry pandai menggeleng kalau benda dia tak suka. Abang Hafiy dolu umur 6-7 bulan kot baru pandai geleng-geleng.
Fahry yang comel… Dia dah melepasi tahap survival (dengan luka terbuka, tulang terkeluar dan doktor tak dapat buat apa-apa)
dan sekarang ni pulak turn kami untuk jaga dan didik Fahry supaya jadi seorang yang super.
Super dalam ertikata yang bukanlah boleh membaca dalam usia setahun setengah atau boleh masuk universiti dalam usia 10 tahun, tapi keupayaan untuk berbakti kepada keluarga, komuniti, masyarakat, negara dan dunia. Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat pada orang lain.





{ 37 comments… read them below or add one }
owhh… fahry sudah besar ek..chumelll..hehhee
dia kata dia hensem
cepat kan masa berlalu..kejap je dah besar..
lip lip lip lap, jap2 masuk sekolah
jap2 dah keje
pastu kawen… uhu~~~
fahry akan jd super fahry soon….ramai yg doakan fahry
amiin.
terima kasih atas semua doa2 kalian…
mana tahu satu hari nanti Fahry dapat berbakti pada aunties/uncles yang banyak mendoakan dan menabur jasa padanya
Kalu da buleh cakap sorang2, buleh la mok ngoh gi jage.. hehe
marilah. hehe.
Eh tak pasan plak…fahry sama tarikh lahir ngan nak sy ke??hari ni genap 5 bln?
hihi. dia genap 5 bulan masa 5/5 hari tu. tapi hari ni baru announce ke-5-bulan-annya
subhanallah, Kuasa Allah mengatasi segalanya… Memang ikut kajian, bayi yang istimewa camne pon, jika diransang dengan baik, pertumbuhannya kadang2 lebih capat daripada bayi normal.
Banyaknya pahala umminya… Subhanallah…
Moga Fahry dan Hafiy menjadi dambaan ummah… insyaAllah… =)
setiap ibu tu pasti akan berikan yang terbaik untuk anaknya, tak kira apa jugak keadaan anaknya kan.
alhamdulillah, keadaan Fahry lebih bagus malah amat bagus dibandingkan special babies lain, yang mana lebih mendambakan pengorbanan ibu(dan bapa)nya. semoga setiap ibu bapa pada special babies diberi ketabahan untuk menjaga dan mengasuh serta meneruskan perjuangan demi anak tersayang.
semoga anak2 kita semuanya bakal menjadi khalifah yang sejati. ameen.
Salam kenal mommy lyna, baru berkesempatan jengah blog nih.
Fahry is such a special baby..n soooo smart too..
Kem cium mmmuuuah2 kat fahry yek..
p/s: Sy link blog ni boleh..later sy nak explore lg nak cr citer psl si abg hafiy plak..=p
salam kenal lily,
Fahry jawab salam muah2 juga.
TQ for your friendship, I’ll drop by your blog & follow juga
I think what Fahry s was trying to tell me the other day is
“Aunty Babe, red doesn’t suits you la”
cuba ko pakai warna warni pastu tengok mana satu kaler yg dia tak nangis
wah.. bagusnya progress fahry!
alhamdulillah, dia x underweight macam alia!.. hihi..
alhamdulillah, berkat doa kalian semua, Fahry dan booolat hehe. kami panggil dia Si Bulat Hensem. keh keh keh.
alia pun underweight ek??? brp umur n beratnye???
aina skit lg nak underweight 1yr @ 7.5kg aje….
dia sgt comei dan montok
hihihi. sukanya dengar
ya kalau tgk anak kita skrg, mmg tak sangka mereka pernah fighting for their lives kan.. alhamdulillah.
Heheh kelakarlah bab tak nak pakai baju abg hafiy tu, wah nampaknya mommy ada pluang g shopping lg lah tu..
alhamdulillah.. itulah. sekarang tengok dia, dah lupa2 time dolu2. hehehe.
wohohooo.. mai kita g shopping fahry
fahry hensem boy…sgt bgus sgt chomelllll..dah bam bam dia…moga trus bkmbg dan btmbh shat…..pndi geleng2..??aduhh sgt cerdikk
angguk angguk.. geleng geleng. hehehehe.
fahry ada pouty lip la..boleh masuk contest lip ice..sohih menang..hehehe
oxoxoxox
wohoooo. jangan kau berkata begitewwww~
pandai nye fahry takmo pakai baje second hand…” me want new cloth mummy” hehehehe..
xoxoxoxoxo for fahry
tak.. dia cakap
“auntie, nak hadiah”
ekekeke.
alamak..the mummy mmg pandai translate
wakakaka
fahry rock!
fahry learns to rock
fahry si bulat yg hensem… geram nak kiss-kiss!
jangan kiss kuat2 nanti dia marah~
wah, fahry dah berisi sekarang.. berapa berat dia sekarang lina?
last month timbang 5.3kg. 2 minggu lagi jmpe paed lagi timbang hehe.