Mengambil anak angkat adalah pilihan pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata. Maklumlah, bukan sahaja untuk menghias rumahtangga, tapi juga sebagai pembantu di kala kita dah tak larat nanti. Bagi ibu yang mengambil anak angkat, menyusukan anak angkat adalah satu cara untuk memelihara hubungan, agar menjadi mahram, samada anak angkat lelaki (mahram kepada dirinya) atau anak angkat perempuan (mahram kepada suaminya).
Menyusukan anak angkat oleh ibu yang tidak pernah hamil adalah harus, sebagaimana dibincangkan dalam laman web BAHEIS:
Soalan : Saya ingin mengetahui hukum apabila seorang yang belum berkahwin, mengambil anak angkat, memberikan susu dada kepada anak angkatnya dengan cara menelan pil untuk menghasilkan susu dada. Harap pihak JAKIM dapat menjawab dengan secepat yang mungkin. Terima kasih.
Jawapan:
Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM 3/41/PKS/2002, Pada 14 – 15 Oktober 2002,Hukum menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan wanita adalah harus dengan syarat:
i. Seorang wanita tidak termasuk wanita yang dihasilkan melalui pertukaran jantina.
ii. Wanita yang telah baligh.Berdasarkan kepada kenyataan di atas harus ibu angkat memberikan susu dada kepada anak angkatnya dengan cara menelan pil untuk menghasilkan susu.
Sumber : Soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – PANEL SJAI 050707
Walau bagaimanapun, tidak semua ibu yang berjaya menyusukan anak angkatnya, kebanyakannya kerana kurang pengetahuan untuk mencetuskan susu ibu, atau induce lactation.
Jadi, bagaimanakah cara untuk menyusukan anak angkat dan relaktasi (bagi ibu kandung yang mahu menyusukan semula anak yang sudah berhenti menyusu)?
Sebaiknya, untuk proses induce lactation dan relaktasi, ibu harus mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan dari mereka yang pakar dalam bidang penyusuan, agar tidak menghadapi salah faham atau silap konsep.
Di sini saya ambil dari pengalaman seorang ibu yang menyusukan anak angkatnya:
PERSEDIAAN – Bersedia sekurang-kurangnya 2 minggu, atau sebaiknya 2 bulan untuk menghasilkan susu sebelum kedatangan bayi. Ini kerana kita tak tahu bila susu akan terhasil, jalan selamat, bermulalah dari awal.
PRESKRIPSI – Sejenis ubat hormon (ramai yang salah faham dan menggunakan ubat2 ini secara terus-menerus semasa manyusukan bayi. Ia sepatutnya tidak begitu) diambil pada dos tertentu – DAPATKAN NASIHAT DOKTOR ATAU PAKAR LAKTASI – Ubat hormon ini adalah untuk ‘mencetuskan’ susu sahaja.
MENGEPAM – Inilah kunci sebenar penghasilan susu! Mengepam untuk menghasilkan ‘permintaan’ agar ‘bekalan’ dapat dihasilkan. Adalah baik jika ibu dapat amalkan power pumping 3 kali dalam sehari, di samping mengepam secara konsisten setiap 2 atau 3 jam dalam masa 24 jam, atau 8-12 kali sehari.
PEMAKANAN – Ibu hendaklah menjaga pemakanan, bagi memastikan badan ibu sentiasa sihat dan ‘fit’ untuk menguruskan kegiatan harian dan menghasilkan susu buat anak angkat yang bakal tiba.
MILK BOOSTER – Ibu boleh mengambil teh herba, halba, daun alfalfa, dan juga pelbagai makanan penambah susu.
Untuk relaktasi pula kita boleh lihat pada 2 keadaan : Pertama, bayi masih mahu menyusu di payudara; dan Kedua, bayi tidak lagi mahu menyusu di payudara.
Dipetik dari website Mom’s Choice:
1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.
- Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
- Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
- Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
- Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
- Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
- Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
- Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
- Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
- Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
- bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
- bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
- Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan. Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
- Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
- Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
- Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
- Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
- Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
- Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
- Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu, jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.
2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.
- Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
- Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
- Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
- Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
- Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
- perah/pam dengan kerap
- makan makanan berkhasiat dan seimbang
- makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
- menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
- kurangkan stress
- berfikiran positif
Sesungguhnya usaha murni untuk menyusukan anak angkat, atau kembali menyusukan anak selepas berhenti seketika, bukanlah mudah. Ia melibatkan emosi dan semangat yang tinggi. Sedangkan ibu yang baru melahirkan pun tidak semua dikurniakan semangat untuk terus menyusukan bayinya dengan susu ibu. Jadi, ibu angkat yang ingin menyusukan anak angkat, dan ibu yang mahu relaktasi haruslah mendapatkan sokongan yang benar-benar kuat dalam menjayakan misi ini.
Psstt.. kepada ibu yang mahu susukan anak angkat dan relaktasi, Triple M boleh membantu anda. hubungi saya untuk maklumat lanjut 🙂 Sama-sama kita kongsi kebaikan untuk anak tercinta.
Leave a Reply