,

Menyusukan Anak Angkat dan Relaktasi

admin Avatar

Mengambil anak angkat adalah pilihan pasangan yang tidak dikurniakan cahaya mata. Maklumlah, bukan sahaja untuk menghias rumahtangga, tapi juga sebagai pembantu di kala kita dah tak larat nanti. Bagi ibu yang mengambil anak angkat, menyusukan anak angkat adalah satu cara untuk memelihara hubungan, agar menjadi mahram, samada anak angkat lelaki (mahram kepada dirinya) atau anak angkat perempuan (mahram kepada suaminya).

Menyusukan anak angkat oleh ibu yang tidak pernah hamil adalah harus, sebagaimana dibincangkan dalam laman web BAHEIS:

Soalan : Saya ingin mengetahui hukum apabila seorang yang belum berkahwin, mengambil anak angkat, memberikan susu dada kepada anak angkatnya dengan cara menelan pil untuk menghasilkan susu dada. Harap pihak JAKIM dapat menjawab dengan secepat yang mungkin. Terima kasih.

Jawapan:

Menurut Panel Kajian Syariah JAKIM 3/41/PKS/2002, Pada 14 – 15 Oktober 2002,Hukum menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan wanita adalah harus dengan syarat:

i. Seorang wanita tidak termasuk wanita yang dihasilkan melalui pertukaran jantina.
ii. Wanita yang telah baligh.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas harus ibu angkat memberikan susu dada kepada anak angkatnya dengan cara menelan pil untuk menghasilkan susu.

Sumber : Soal Jawab Agama JAKIM, http://baheis.islam.gov.my, Nombor Rujukan – PANEL SJAI 050707

Walau bagaimanapun, tidak semua ibu yang berjaya menyusukan anak angkatnya, kebanyakannya kerana kurang pengetahuan untuk mencetuskan susu ibu, atau induce lactation.

Jadi, bagaimanakah cara untuk menyusukan anak angkat dan relaktasi (bagi ibu kandung yang mahu menyusukan semula anak yang sudah berhenti menyusu)?

Sebaiknya, untuk proses induce lactation dan relaktasi, ibu harus mendapatkan khidmat nasihat dan sokongan dari mereka yang pakar dalam bidang penyusuan, agar tidak menghadapi salah faham atau silap konsep.

Di sini saya ambil dari pengalaman seorang ibu yang menyusukan anak angkatnya:

PERSEDIAAN – Bersedia sekurang-kurangnya 2 minggu, atau sebaiknya 2 bulan untuk menghasilkan susu sebelum kedatangan bayi. Ini kerana kita tak tahu bila susu akan terhasil, jalan selamat, bermulalah dari awal.

PRESKRIPSI – Sejenis ubat hormon (ramai yang salah faham dan menggunakan ubat2 ini secara terus-menerus semasa manyusukan bayi. Ia sepatutnya tidak begitu) diambil pada dos tertentu – DAPATKAN NASIHAT DOKTOR ATAU PAKAR LAKTASI – Ubat hormon ini adalah untuk ‘mencetuskan’ susu sahaja.

MENGEPAM – Inilah kunci sebenar penghasilan susu! Mengepam untuk menghasilkan ‘permintaan’ agar ‘bekalan’ dapat dihasilkan. Adalah baik jika ibu dapat amalkan power pumping 3 kali dalam sehari, di samping mengepam secara konsisten setiap 2 atau 3 jam dalam masa 24 jam, atau 8-12 kali sehari.

PEMAKANAN – Ibu hendaklah menjaga pemakanan, bagi memastikan badan ibu sentiasa sihat dan ‘fit’ untuk menguruskan kegiatan harian dan menghasilkan susu buat anak angkat yang bakal tiba.

MILK BOOSTER – Ibu boleh mengambil teh herba, halba, daun alfalfa, dan juga pelbagai makanan penambah susu.

Untuk relaktasi pula kita boleh lihat pada 2 keadaan : Pertama, bayi masih mahu menyusu di payudara; dan Kedua, bayi tidak lagi mahu menyusu di payudara.

Dipetik dari website Mom’s Choice:

1. Relaktasi apabila bayi bersedia menyusu daripada payudara ibu.

  • Jika bayi dapat menerima puting payudara ibu maka usaha relaktasi menjadi lebih mudah.
  • Bagaimana melatih bayi menerima payudara ibu semula?
  1. Kebiasannya ibu-ibu mula melatih bayi menerima payudara ibu pada waktu malam sebelum tidur;
  2. Tawarkan puting payudara ibu pada ketika bayi dalam keadaan relaks, tidak terlalu lapar, tidak terlalu mengantuk, dalam bilik yang agak gelap, dan tiada gangguan bunyi bising;
  3. Ambil masa untuk mendakap, membelai dan mengusap bayi dengan lembut dan mesra;
  4. Jadikan sesi penyusuan sebagai sesi yang membahagiakan;
  5. Jika bayi menolak payudara ibu, jangan berputus asa, bersabar dan cuba lagi.
  6. Jangan memaksa bayi menerima payudara kerana ini menyebabkan bayi stress.
  • Ada 2 paten penerimaan bayi terhadap payudara ibu;
  1. bayi menghisap puting payudara ibu untuk ketenangan seolah-olah seperti menghisap pacifier (puting kosong) dan bayi tidak kisah dengan pengeluaran susu ibu yang sedikit.
  2. bayi menerima payudara ibu kerana merasa ada susu dihasilkan tetapi berhenti sebaik penghasilan susu berkurang.
  • Paten 1. Jika bayi hanya menghisap payudara untuk menenangkannya, ibu-ibu wajar memberhentikan pemberian puting kosong secara perlahan-lahan.  Gantikan dengan penyusuan daripada payudara ibu.
  • Namun begitu ibu masih perlu menggunakan lactation aid (sejenis peralatan khusus) yang diisi dengan susu formula.
  • Biarkan bayi menghisap payudara ibu untuk merangsang pernghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu dihasilkan dengan baik, kurangkan pengaliran susu melalui lactation aid.
  • Paten 2. Sebaliknya jika bayi menghisap payudara ibu kerana mahukan susu ibu, lactation aid yang diisikan susu formula boleh digunakan.
  • Susu formula di dalam lactation aid perlu diberikan supaya bayi tidak mengamuk kerana kekurangan susu.
  • Rasionalnya ialah jika bayi mengamuk dia mungkin menolak terus payudara ibu maka rangsangan terhadap payudara ibu tidak dapat dilakukan.
  • Jika bayi terus mengamuk dan tidak mahu menyusu lagi daripada payudara ibu,  jangan putus asa… tawarkan susu formula kepada bayi tetapi beri bayi minum menggunakan sudu/cawan dan bukannya botol dan puting tiruan kerana bayi akan keliru puting dan usaha menggembalikan bayi kepada payudara ibu akan terganggu.

2. Relaktasi apabila bayi tidak mahu menyusu daripada payudara ibu.

  • Jika bayi tidak mahu menyusu daripada puting payudara ibu, harapan ibu adalah kepada usaha peningkatan penghasilan susu ibu.
  • Jika susu ibu bertambah kemungkinan untuk bayi kembali menyusu daripada ibu adalah lebih cerah.
  • Atau sekurang-kurangnya ibu boleh memerah susu dan memberikannya kepada bayi.
  • Dalam pada itu ibu boleh melatih bayi secara perlahan-lahan untuk kembali menyusu terus daripada ibu.
  • Bagaimana meningkatkan penghasilan susu?
  1. perah/pam dengan kerap
  2. makan makanan berkhasiat dan seimbang
  3. makan makanan penambah susu seperti Fenugreek
  4. menggunakan ubat-ubatan (minta nasihat doktor) seperti Domperidone (motilium)
  5. kurangkan stress
  6. berfikiran positif

Sesungguhnya usaha murni untuk menyusukan anak angkat, atau kembali menyusukan anak selepas berhenti seketika, bukanlah mudah. Ia melibatkan emosi dan semangat yang tinggi. Sedangkan ibu yang baru melahirkan pun tidak semua dikurniakan semangat untuk terus menyusukan bayinya dengan susu ibu. Jadi, ibu angkat yang ingin menyusukan anak angkat, dan ibu yang mahu relaktasi haruslah mendapatkan sokongan yang benar-benar kuat dalam menjayakan misi ini.

Psstt.. kepada ibu yang mahu susukan anak angkat dan relaktasi, Triple M boleh membantu anda. hubungi saya untuk maklumat lanjut 🙂 Sama-sama kita kongsi kebaikan untuk anak tercinta.

admin Avatar

15 responses to “Menyusukan Anak Angkat dan Relaktasi”

  1. eT Avatar

    bagus artikel nih…
    thanks sharing… 🙂

  2. oyis08 Avatar

    menariknya isi kandungan artikel ni. teruskan menulis artikel2 mcm ni, byk membuka minda and memberi idea baru utk (bakal) breastfeeding moms 🙂

  3. mamaNoriz Avatar

    ilmu yg sgt berguna!

    thanks for sharing 🙂

  4. Mummy Alya Avatar
    Mummy Alya

    saya nak tanya..
    Masih bolehkah saya menyusu bayi angkat saya yang dah berumur 8 bulan??
    Harap dapat membantu…

  5. farahdzilah Avatar
    farahdzilah

    can u help me,,

    my senario is case 2..bby now da 4mths..n kite dah consume Domperidone..by tolak biler nak bg dirct..any advice..

    tima kasih ya

  6. norliza Avatar
    norliza

    Salam..baby angkat sy baru 3buln. Sy pai sekrg masih mkn pil hormon tuk susu so ad cra lain disamping mkn pil tak? Msih mkn pil payudara membengkak tp lum ad susu lg. Bgaimne ye? Tq

  7. zureen Avatar
    zureen

    Salam..baby angkat sy sudah berumur 1 tahun 3 buln. saya sudah mkn pil hormon untuk susu tetapi masih tidak berjaya suntikan juga dilakukan keputusan masih sama so apakah cara lain untuk untuk masalh ini? Tq

  8. PN. ZILLA Avatar
    PN. ZILLA

    Saya nak tanya mengenai triple M,kerana saya skrg sedangberusaha utk menyusukan anak angkat saya tetapi anak saya tidak mahu hisap puting badan.Adakah cara yg lain utk mengeluarkan susu tanpa bby menghisap puting badan.

  9. Aini Avatar
    Aini

    anak angkat saya berumur 9 bulan. masih boleh ke saya mengambil pil/suntikan untuk menyusukannya.

  10. nurhafizah Avatar
    nurhafizah

    assalamualaikum nak tnuy kalu ada kanser kedua ovari telah di buang tetapi ingin mengambil anak angkat bolehkan mengunakan suntikan hormon untuk mengeluarkan susu ……plz nak jawapan tq

  11. norzehan binti harun Avatar
    norzehan binti harun

    Assalammualaikum,
    Dimana,macam mana dan berapa kos utk sy boleh dapatkan suntikan utk menghasilkan susu bagi saya menyusukan anak kembar yang telah saya ambil sebagai anak angkat skrang ni.sy tlh mencuba cara pil dan hanya setitis susu sahaja yg keluar.tolonglah bantu sy..

  12. siti zakiah Avatar
    siti zakiah

    Anak angkat saya baru berusia 3 bulan…adakah cara suntikan adaah yang terbaik untuk menyusukan nya

  13. zue Avatar
    zue

    018 394 2664. . Saya ingin susukan anak angkat. Dan telah mula mengambil motillium. Perlukan nasihat. Tq

  14. jue Avatar
    jue

    Assalamualaikum
    Saya seorang guru di Melaka, sudah beberapa kali mencari anak untuk dijaga tetapi masih belum berjaya. Buat masa ini saya mencari seorang anak lelaki / perempuan yang akan lahir dalam masa terdekat. Boleh hubungi saya di 0149824024
    Terima kasih

  15. scha Avatar
    scha

    Assalammualaikum..

    Sy ade pertanyaan.. anak saya baru umur 3 bulan lebih dan hadapi masalah cleft lip (sumbing).. sy mmg nak breastfeeding anak sy kalo blh smpai umur 2 tahun. prob skrg, ank saya x boleh menyusu seperti biase.. sy sempat beri susu badan smpai umur dia 3 mnggu je.. lepas tu susu da kering.. skrg ni mcm mane cara saya nk merangsang atau nk adakan balik susu badan? perlu mkn ubat atau amik ape2 injection dari doktor?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge