Semalam Mommy bersama-sama Fahry berborak-borak tentang masalah dunia.. Tiba-tiba perhatian Fahry berpusat pada kedua kakinya. Dia memegang kaki kiri dan kemudian memandang ke belah kanan (yang tiada kaki). Berkali-kali. -Sebenarnya dari 2 minggu lepas Fahry dah mula pegang kaki-.
Mommy berasa tersentuh. Adakah Fahry sedang bertanya kepada dirinya sendiri “Kenapa kakiku tak sama antara satu sama lain?”.
Sebelum ni Mommy berkira2 nak cakap secara gurau2 tentang kaki Fahry, tapi memikirkan budak2 akan terima info secara ‘absorb’ kang Fahry pikir Mommy kejam pulak suka makan kaki orang ke, suka cabut2 kaki orang ke… Lantas, Mommy ambil keputusan untuk berterus terang sahaja. Lalu Mommy ceritakan apa yang Mommy tahu tentang Amniotic Band Syndrome (ABS).
Sebelum ni takde terasa lagi, tapi bila Fahry mula perhatikan kaki-kaki sendiri.. barulah Mommy rasa hiba sikit. Bimbang takut pertanyaan Fahry nanti, mendapat jawapan yang membuatkan Fahry down, low self esteem, etc.
Baru ni Mommy tanya Jennifor Hor (panelist BabyCenter Malaysia) tentang nak ‘menjaga hati’ Fahry, katanya “Make him feel special”. Macamana tu? Tetiba ter-imagine conversation macam ni pulak.
Fahry : Mommy, kenapa Fahry tak macam orang lain?
Mommy : Sebab Fahry special.
Fahry : Special apa tak cukup anggota.
Mommy : Itu lah yang specialnya. Allah dah reserve kan part tu kat syurga, nanti Fahry pegi amik.
Fahry : Kalau Fahry tak masuk syurga?
Mommy : Itula Fahry kena jadi good boy, boleh masuk syurga, nanti kat sana Fahry jadi orang paling hensem tau.
Wah wah wah bijaknya. Bole jadi anak wayang ni. Kahkahkah.
Mungkin juga kena bersoal jawab dengan Hafiy.
Hafiy : Mommy kenapa adik takde kaki?
Mommy : Sebab adik special.
Hafiy : Abis tu Hafiy ni tak special ke?
Waaaaahhh~ sungguh tinggi imaginasi Mommy ini. (Abiy, mari kita sama2 brainstorm untuk skema jawapan bagi soalan seumpama itu).
Semoga Allah permudahkan untuk menguruskan anak-anak. Semua anak-anak adalah special. Cuma special itu berbagai-bagai.
Nak menjawab soalan anak, memerlukan skill juga. Satunya, supaya anak senang berbicara dengan kita. Kalau boleh biarlah anak dan ibu bapa jadi kawan baik, barulah anak tak segan nak share apa2. Bila hubungan anak dengan ibu bapa tidak begitu rapat, anak2 mula meluahkan perasaan di tempat yang tak sepatutnya. dari situ mulalah timbul gejala sosial dan akhirnya kejadian2 yang tak diingini seperti yang melanda negara dulu, kini dan harap2 janganlah selamanya.
Alhamdulillah, ibubapa hari ni ramai yang dah diberi petunjuk dan kesedaran tentang ilmu keibu-bapaan. Semoga lepas ni kita tak dengar lagi kejadian2 seumpamanya yang menjelikkan seperti yang kita dengar hari ni. Semoga anak-anak kita membesar sebagai anak yang pintar dan bijak memilih jalan yang benar dan jalan yang salah. Juga tidak suka melakukan perkara tak berfaedah, apa lagi yang mendatangkan keburukan. Main game di FaceBook adalah jauh lebih baik dari merempit.
Semasa Mommy kecil2, Mommy suka bertanya kepada Tok Ayah, dan beliau akan menjawab setiap pertanyaan Mommy. Kalau dia tak tahu dia akan rujuk dulu kepada sumber2 yang betul, agar Mommy dapat jawapan yang betul dan memuaskan hati. Dengan tu Mommy selesa bercerita dengan Tok Ayah. Malah sampai masuk U pun Mommy hari2 telefon mengadu betapa tidak best-nya menjadi student U. Hehehe. Tok Ayah jawab apa saja yang Mommy tanya, dengan penuh kesederhanaan, tapi cukup berisi. Cuma sekarang Mommy rasa lebih bijak dan tak perlu bertanya lagi
Anak-anak sekarang sudah advance sedikit dari anak-anak zaman Mommy dulu. Bayangkan dulu masa Mommy darjah satu, sebilangan besar rakan sekelas Mommy tak pandai membaca, malah ada yang tak pernah kenal A B C. Tapi sekarang, ada yang seawal usia 2-3 tahun dah boleh baca macam2. Apa lagi dari segi pemikiran. Dulu Mommy cuma reti main kejar2 je, budak2 hari ni dah main komputer. Jadi, otak mereka dah evolve menjadi lebih kritis. Maklumlah zaman sekarang kebanyakan anak-anak dah dibrestfeed kan.
Jadi maknye yang tak dibreastfeed ni kena usaha lebih gigih sikit. Terutama memikirkan jawapan2 bagi persoalan mereka. Agar mereka tak rasa down dengan jawapan yang diberikan… Terutama bagi soalan2 yang sensitif begitu… Budak pintar mesti selalu gembira kan.
Leave a Reply