Menilai Harga Rumah – 4 Cara Paling Berkesan

admin Avatar

Menilai harga rumah antara skill yang you need to master kalau nak terlibat dalam pelaburan hartanah. Harga rumah RM1 juta memang nampak mahal. Tapi dari perspektif nilai belian, ianya sangat murah jika ia adalah banglo yang terletak di sebelah KLCC. Dalam hal berkaitan pelaburan hartanah, membeli dengan nilaian yang sangat tinggi adalah salah satu kesilapan terbesar.

Perbandingan kaki persegi or per-square-feet (psf)

Ini cara paling popular untuk rumah bertingkat macam condo, apartment atau flat. Cara nak kira senang aje. Bahagikan harga rumah (RM) dengan build-up area (sqft), so dapatlah RMpsf.

Untuk kawasan yang sama, antara sebab satu-satu flat, apartment mahupun condo lebih mahal daripada yang lain ialah;

  1. Lokasi lebih strategik. Contohnya lebih dekat dengan pusat komersil, lebih dekat dengan pelbagai kemudahan (macam stesen bas or putra station) or lebih mudah untuk keluar masuk (macam tak payah pusing-pusing or buat u-turn nak balik rumah).
  2. Reputasi pemaju. Kalau kat Mont Kiara ni, paling mahal adalah condo yang dibangunkan oleh Sunrise. Tak kira berapa pun harga, memang confirm sold out. Dah la sold out, condo pun confirm naik 20%. Condo tau, bukan rumah teres landed.
  3. Lebih terbaru. Harga rumah New launch sure lebih mahal daripada rumah terdahulu dan ini akan reflect harga psf yang lebih tinggi juga untuk harga sub-sale years down the road.
  4. Size lebih kecil. Harga psf untuk studio atau condo 1-bilik lebih mahal daripada condo 2-3 bilik untuk condo yang sama.
  5. Facing yg cantik. Unit di condo Seri Maya yang mengadap swimming pool atau KLCC lebih mahal berbanding unit yang mengadap kem askar ataupun LRT track.
  6. Kelebihan yang unik. Contohnya setiap condo OneKL di KLCC ada swimming pool untuk setiap unit. And Vox Tower di Condo Verve Suite, Mont Kiara yang ada “beach in the sky”.

menilai harga rumah

On the other hand, sebab harga psf untuk rumah juga boleh jadi lebih rendah daripada unit sekitarnya,

  1. Management yang teruk antara sebab kenapa Avenue K sangat tidak digemari walaupun the only condo yang ada Putra Station right underneath.
  2. Ade sejarah hitam. Tingkat 19 Bayu condo, Mont Kiara up for sale for very cheap sebab ade kes owner yang baru beli  condo tu jumpe mayat yang dicincang masuk dalam peti ais.
  3. Facing jalan besar. Di Meridin Mont Kiara, walaupun dibangunkan oleh Sunrise, unit yang mengadap Tol Jalan Duta paling murah in psf sebab bunyi bising; especially bila rush hour which is as early as after Subuh!

Yield = sewa tahunan/ harga rumah

Consider rumah teres setingkat yang saya plan nk beli ni, harga sewa bulanan ialah RM1,700. So sewa tahunan ialah RM20,400. jika harga rumah tersebut ialah RM550,000, yield untuk rumah tu ialah RM20,400/RM550,000 = 3.7%.

Untuk rumah landed, yield sekitar 3-4% is normal. Kalau condo yang mahal-mahal tu biasanya 5-6%. Apartment pula boleh dapat 7-8% and low-cost flat can go 9-12%. From the yield alone, memang flat la kelihatan paling menarik sebab harganya yang murah. Yield untuk rumah landed paling rendah sebab harganya yang terlalu tinggi dan most buyer beli untuk capital appeciation, not really for rental.

Kalau nak tahu murah atau mahal rumah yang anda nak beli tu, dapatkan kadar sewa sekitarnya dan kira yield. Kalau 1-3% lebih rendah daripada skala di atas, to me hartanah tu overvalue. Kalau lepas tawar pun owner taknak kurangkan harga, biasanya I’ll say “Good Luck” to him/her. Hal ini sangat sering terjadi jika rumah tu owner yang duduk. So owner tu takde urgency sangat nak jual. Kalau ade orang beli OK, kalau tidak pun takpa.

Return on Investment (ROI) or Cash on Cash (COC) Return

Little bit advanced, cara ni yang paling saya suka. You can use my personal property calculator nak kira (sorry, tak sempat lagi nak translate BM). Paling penting kat sini ialah, anda tahu berapa boleh dapat untuk setiap sen yang anda dah keluarkan untuk beli rumah tu (downpayment, lawyer, value etc).

And even more important, anda boleh buat smart decision nak masuk Tabung Haji, ASB, atau mana-mana unit trust atau pun nak melabur dalam hartanah yang anda nak beli tu sebab it’s an apple to apple comparison.

Discounted cash

Ha, ini sangat advance. Formula dia (which never revealed by any property gurus yet) complicated sikit. For now I better not to confused you yet. Tapi kalau nak tahu jugak cemana, tunggu…

admin Avatar

10 responses to “Menilai Harga Rumah – 4 Cara Paling Berkesan”

  1. Asiah Abd Jalil Avatar

    Lawyers banyak buat duit with conveyancing matters like this la. Bila orang sibuk beli rumah, lawyers pun happy, kerja senang, duit masuk banyak. As compared to practising lawyers yang turun naik mahkamah, duit lambat masuk, tak mahsyuk macam lawyers yang urus S&P ni.

    Saya tak minat conveyancing ni…
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Lafaz cerai =-.

  2. adam Avatar
    adam

    salam..tq for so much useful info on properties…kagum la ngan awak, so much knowledge & energy to write such this wonderful blog…just nak tau, are u working in any of engineering company in miri?just wondering je…ok salam.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      I used to work in miri. Now dh move to KL. Tq for such a compliment

  3. KID A Avatar
    KID A

    just read your blog today..quite impressive with your knowledge in properties..keep posting useful info and thanks for the so much input i had today 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sama2. keep on coming for more tips.

  4. ezord Avatar

    Thanks its really help me..Memang tengah cari info berkaitan perumahan ni. Lengkap dan memang best la mommy..

  5. Nazri Avatar
    Nazri

    Huh
    Ilmu ni tak dapat dalam mana2 buku ni. Heran aah, camana / darimana Momy Line belajar semua ni aah ? Bukan apa, saya pun nak belajar gak..

  6. NUR Avatar

    jom sama-sama belajar dari Mommy Lyna..ALL IN ONE

  7. zack Avatar

    Saya dah beli rumah…. tapi since highway depan tuh siap, rumah penuh habuk…..hari2 kena vacuum

  8. lya Avatar
    lya

    nak cari rumah area kl or selangor boleh pm saya ye…
    ataw ingin menjual rumah tp xtaw caranya biar sy membantu anda…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge