Buffet Ramadhan Yang TIDAK HALAL

admin Avatar

Buffet Ramadhan yang tak halal… Susah kan. Nama Ramadhan tu patutnya menyediakan juadah halal sebab yang menikmati Ramadhan tu adalah orang-orang Islam.

Tapi ramai je yang ambil kesempatan atas nama Buffet Ramadhan ni. Maklumlah time ni la banyak syarikat kontraktor nak belanja client buka puasa, time ni la orang2 berfamily nak bawa keluarga makan hotel, time ni la banyak syarikat2 pengiklanan, media, etc. membelanja client. Masyuk lah bagi mana2 restoran yang offer Buffet Ramadhan…

Saya menerima forwarded email tentang kenyataan JAKIM tentang Buffet Ramadhan yang tidak halal.

Sekadar berkongsi 🙂

——————————————————————————

Tarikh : 20 Ogos 2010

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

BERKENAAN ”PERKEMBANGAN PENSIJILAN HALAL KEPADA HOTEL MELALUI JAKIM SEPANJANG 10 RAMADHAN PERTAMA 1431H”
_________________________________________
1. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menjalankan pemantauan terhadap 34 buah hotel yang menawarkan sajian “Bufet Ramadan” bermula pada 1 hingga 10 Ramadan 1431 Hijriah di beberapa buah negeri di Malaysia. Kesemua pemeriksaan dan serbuan tersebut telah dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Selangor dan Kedah.

Hotel-hotel tersebut meliputi hotel 5 bintang, 4 bintang dan 3 bintang
ke bawah.

2. Dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 2 buah hotel telah memperolehi sijil halal Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Penemuan turut mendapati sebanyak 34 buah hotel telah
menggunakan istilah Buffet Ramadhan dan 24 buah hotel didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

3. Tujuan pemantauan ini diadakan adalah untuk memastikan premis berkenaan menyediakan makanan halal yang mematuhi hukum syarak. Di samping itu juga, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pihak berkenaan terhadap tanggungjawab dalam
penyediaan makanan halal kepada pengguna Islam.

4. Hasil pemantauan tersebut, didapati 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia. Promosi buffet Ramadan yang ditawarkan adalah jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan
Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

5. Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di
kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan.

6. Walau bagaimanapun, kesemua pihak premis memberikan kerjasama dan maklumbalas yang baik di sepanjang proses pemantauan ini dijalankan. Pihak premis juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN)

7. JAKIM akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan. Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma Buffet Ramadhan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa. Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah Buffet Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil
tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan.

8. Sementara itu, sepanjang 10 Ramadhan pertama ini, JAKIM telah menerima sebanyak 16 permohonan daripada hotel-hotel seluruh Malaysia. Daripada jumlah hotel tersebut, sebanyak 9 hotel telah memperlengkap dokumen dan sedang diproses dan sebanyak 7 hotel masih belum melengkapkan dokumen mereka. Manakala sebanyak 2 hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadhan ini. Hotel-hotel tersebut adalah JB Central, Johor dan Pearl International, Selangor.

9. Suka JAKIM mengingatkan kepada pemohon yang memohon secara on-line agar segera menghantar dokumen sokongan mereka bagi mengelakkan permohonan mereka ditolak secara automatik oleh sistem e-halal sekiranya melebihi 5 hari permohonan.

10. Seterusnya, JAKIM ingin memaklumkan bahawa mana-mana permohonan (produk/ premis/ rumah sembelih/ logistik) boleh mengemukakan permohonan kepada JAKIM / JAIN.

11. JAKIM juga amat menghargai kerjasama pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) yang telah mewar-warkan senarai hotel yang telah diberikan pensijilan halal oleh pihak berkuasa negeri kepada pihak media untuk makluman orang ramai.

12. Sehubungan dengan itu, JAKIM menasihatkan pengguna Islam supaya berhati-hati memilih makanan halal dan mengelakkan daripada perkara yang was-was seperti sabda Nabi Muhammad
SAW yang bermaksud:
“Yang halal itu sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas, di antara kedua-duanya ada beberapa perkara yang belum jelas hukumnya (syubhat)”. HR Muslim dan at-Tirmizi.

13. Untuk maklumat lanjut berkenaan pensijilan halal JAKIM serta senarai pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh JAKIM, orang ramai bolehlah melayari laman web halal JAKIM di www.halal.gov.my.

14. Atas jasa baik pihak media dalam mewar-warkan perkara ini kepada para pengusaha hotel di Malaysia khususnya dan masyarakat Malaysia amnya amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
DATO’ HAJI WAN MOHAMAD BIN DATO’ SHEIKH ABDUL AZIZ

STATISTIK HOTEL YANG MEMPROMOSIKAN BUFFET RAMADHAN YANG TIDAK MEMATUHI PIAWAIAN HALAL
MULAI 1 RAMADHAN SEHINGGA 10 RAMADHAN

1.
ONE WORLD HOTEL
FIRST AVENUE
Bandar Utama City Center
47800, Petaling Jaya

2.
BISTRO & THEATRE RESTAURANT
139, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC)
Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur

3.
IMPIANA KLCC HOTEL & SPA
No.13 Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

4.
HOTEL EQUATORIAL (M) SDN BHD
Jalan Sultan Ismail, 50250
Kuala Lumpur

5.
PUTRAJAYA SHANGRI-LA
Jalan Putra Perdana
Taman Putra Perdana
Precinct, 62000 Putrajaya

6.
HOTEL NIKKO KUALA LUMPUR
MTJ Development Sdn. Bhd
165,Jalan Ampang, 50450
Kuala Lumpur

7.
SHAH’S VILLAGE HOTEL
3&5, Lorong Sultan, Peti Surat 115
46719, Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

8.
PRESCOOT INN KAJANG
Wisma Metro Kajang
Jalan Semenyih
43000 Kajang Selangor

9.
LAGENDA CUISINE SDN BHD
(PRESCOTT INN KAJANG)

10.
ORIENTAL CRYSTAL KAJANG
Lot 13, Jln S10/3, Section 10,
Off Jalan Bukit 43000 Kajang Selangor

11.
RESTORAN TUPAI-TUPAI
Lot 1513 Kg. Sg. Tangkas
Bt. 18, Jalan Bangi Kajang, 43000
Selangor

12.
EASTIN HOTEL PETALING JAYA
13, Jalan 6/11
Pusat Dagang Seksyen 16, 46350,
Selangor Darul Ehsan

13.
CONCORDE HOTEL KUALA LUMPUR
2, Jalan Sultan Ismail
50250, Kuala Lumpur

14.
NOVOTEL K.L CITY CENTER
(CONCIERGE-DEPT)
2, Jalan Kia Peng, 50450,
Kuala Lumpur

15.
BANGI GOLF RESTAURANT
Bangi

16.
CITITEL MID VALLEY
Mid Valley City
Lingkaran Syed Putra
59200 Kuala Lumpur

17.
KANPEI RESTAURANT
Eminent Pedestal SdnBhd
Lot L1, Lobby Micasa All Suite Hotel
368-B, Jln 1/68F, Off JalanTunRazak
50400 Kuala Lumpur

18.
THE ZON ALL SUITES RESIDENCES
161-D, JalanAmpang, 50450
Kuala Lumpur

19.
THE ROYALE BINTANG
KUALA LUMPUR

20.
R & B SERVICES
BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL
1 JALAN IMBI, 55100, KUALA LUMPUR

21.
THE SAUJANA KUALA LUMPUR
SAUJANA RESORT
Jalan Lapangan Terbang SAAS
40150 Shah Alam, Selangor

22.
HILTON KUALA LUMPUR
3, Jalan Stesen Sentral
50470 Kuala Lumpur
P.O. Box 11815, 50758
Kuala Lumpur

23.
LE MERIDIEN
2,Jalan StesenSentral,Kuala Lumpur
50470 Kuala Lumpur

24.
THE REGENCY HOTEL
No.3, Jalan Raja Alang
50300 Kuala Lumpur

admin Avatar

12 responses to “Buffet Ramadhan Yang TIDAK HALAL”

  1. knv Avatar
    knv

    hmm.. agak tersasar tujuan puasa yang sebenarnya..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Puasa hanya menjadi prerequisite utk menyambut raya. Dont u think so? Kita lebih risau baju raya tak beli lagi dr risaukan ruginya tak rebut peluang2 yg ada sepanjang Ramadhan. Hehehe.

  2. Ibu Emir Avatar
    Ibu Emir

    aih, restoren tupai2 macam pelik je. ape yang derang buat sampai JAKIM ragu ragu

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Never heard about Tupai2 huhu. Kesian kan.

  3. z@m Avatar

    Going fwd, I’d prefer if there is only 1 sijil halal yg diterima di Msia ni. Meaning, if u think u r serving halal food, sila gi JAKIM and apply. Some kedai-s, they displayed sijil halal dr Australia dan negara2 lain. How confident are we that this is not forged? Kita bukannya biasa pun tgk logo2 tu. Or at least, JAKIM should announce that only Halal cert from this and that countries yg menepati piawaian dia. That way, ada credibility skit.
    .-= z@m´s last blog ..Donation Drive- Part II =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      banyak kan logo2 halal yg kito pun tak pasti betul ke dop. Ntah2 cop sendiri.

  4. Langit Avatar

    Penah dgr chef hotel citer.Biasanya kitchen dan labelkan mesin proses makanan dgn “Pork” dan “non-Pork”, tapi pekerjanya campur adukkan juga. Nak2 chef yg bukan dari Malaysia, dorg tak alert ttg sensitivity Muslim kat sini…
    .-= Langit´s last blog ..Gu Jun Pyo =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      macamana dengan yang campurkan wine/apa2 arak dalam makanan?

      tapi, ada pendapat ulama mengatakan arak bila dicampur dalam makanan dan dimasak atas api, dia dah tak menjadi zat arak tu tapi jadi benda lain. tapi lebih baik kita amik yang asal kan?

  5. Madoct05 Avatar
    Madoct05

    Eow…byknye hotel yg tk dapat sijil halal ek.. tapi rasanya org muslim kite ni kurang peka ke pekak ek? Ramai je tgk pegi buffet Ramadhan kat hotel2 mewah ni…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      maybe sebab namanya Ramadhan tu orang tak periksa sangat since dah jamu org buka posa patutnya takde la benda2 tak halal, tol tak kct?

  6. ummuabdullahsyaakir Avatar

    Salam kak,terima kasih kongssikan,tak sangka banyak buffet dari nama2 yang famous juga.saya nak mntk izn copy dalm blog yea.
    .-= ummuabdullahsyaakir´s last blog ..Saya dah open blog ni macam biasamaaf sebab saya dah susahkan semua =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam Ummu

      Silakan copy sekiranya bermanfaat 🙂 jgn lupa masukkan sourcenya ya. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge