Sebenarnya saya tidak berapa yakin yang kaedah whole word (mengajar anak membaca dengan mengenal dan mengecam perkataan berbanding mengeja satu persatu) boleh menjadikan anak saya mengeja, kerana pada pandangan saya mereka akan lebih cepat mengenal perkataan daripada bunyi hurufnya.
Tapi dua tiga hari kebelakangan ini, Hafiy membuktikan bahawa telahan saya salah. Dia bukannya mengenal perkataan sebaliknya memang mengeja perkataan-perkataan tersebut.
Abiy telah memberikan kerepek kentang perisa cili dan berkata “Hafiy, ini potato”. Akan tetapi anak kami tersilap dengar as ‘tomato’ instead of ‘potato’. Kemudian dia membetulkan “No Abiy, ini bukan rasa tomato, ini C.H.I.L.L.I, chilli”. katanya sambil mengeja tulisan di plastik kerepek itu.
Walaupun kadang-kadang terbabas, maklumlah sekarang saya jarang dapat spend masa berkualiti dengan anak-anak, tapi saya cukup gembira (syukur ilallah, segala puji bagi-Nya yang memberi segala petunjuk kepada kita yang buta) dengan perkembangan yang 2-3 kerat ni. OK la daripada tiada langsung 🙂
Kadang2 sambil berjalan sempat dia mengeja beberapa papan tanda yang ada, walaupun kadang2 main hentam saja. E.S.S.O = Oso (?) H.O.R.S.E = house 🙂
Isn’t that amazing? Amazing for me lah sebab saya sangkakan selama ni dia cuma menghafal perkataan saja.
Kemudian bila si Qarissa dapat membaca perkataan YATI as YETI (slang ko!), oh memang mereka tahu mengeja, dan bukan mengecam perkataan semata2! T_T terharu terharu.
Saya berkongsi ni sebab excited kerana apa yang saya praktikkan nampaknya tidaklah menjadikan anak saya seorang robot yang mengikut sistem yang ditetapkan. Otak anak-anak di bawah usia 6 tahun memang sangat pesat berkembang, sayang jika kita tidak gunakan masa ini dengan sebaik2nya. Seorang teman baik saya pernah berkata yang dia nak tukar otak dengan anaknya yang umur 2tahun, masa tu saya rasa “What a ridiculous” tapi hari ni saya rasa nak tukar otak dengan anak saya T_T.
Seronok bila bertemu teman2 yang sama sekepala 🙂
Walaupun ada yang berpandangan negatif dengan menganggap tiada guna jika anak boleh membaca, mengeja, mengaji, mengira di awal usia tapi perangai macam hampeh. Sebaiknya kita tolak benda2 di sebalik perkataan TAPI itu. Lagi bagus andainya anak-anak kita bukan saja pandai membaca, mengira, mengaji malah mempunyai akhlak yang mulia.
Anak2 pada zaman kegemilangan Islam diasuh dari kecil dengan pelbagai ilmu dan kecekapan, termasuk strategi peperangan dan siasah, buktinya dalam perang Badar, tentera Islam termuda adalah berusia 12 tahun! Bayangkan anak kita yang usia 12 tahun hari ini (yang akan menghadapi UPSR 2-3 hari lagi) sudah sedia menggalas senjata di bawah panji2 pimpinan Rasulullah SAW dan sanggup lalukannya kerana Allah, bukan sebab Mak suruh.
Susah untuk bandingkan situasi hari ini dengan zaman dahulukala, tetapi as almost everyone now back to basic dengan mengamalkan green living, sebagai orang Islam ada baiknya kita back to basic dengan mempelajari sejarah hidup tokoh2 ilmuan Islam yang terlebih dahulu menempa ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuklah Matematik, perubatan, astronomi dan sebagainya, sebelum pengetahuan tersebut dihapuskan dan dibawa ke Eropah selepas Perang Salib.
Namun sayangnya tak ramai yang sedar akan konsep back to basic ini. Masih ramai yang menganggap mempelajari dan menguasai ilmu agama hanya layak jadi ustaz/ustazah saja. Sedangkan pada zaman Abasiyah, anak2 kecil diajar ilmu agama terlebih dahulu sebelum ilmu2 lain. Dari situlah lahirnya tokoh2 seperti Ibnu Sina, Al-Khawarizmi, Jabir Hayyan, Ar-Razi dan sebagainya, yang bukan sahaja pakar dalam bidang mereka, malah fasih tentang hadis dan al-Quran.
Kan bagus macam tu. Barulah kita tak sesat buat selama-lamanya. Tak adalah hilang dalam terang macam sekarang ni.
*Doa tetap termasuk dalam perkara2 utama kerana doa adalah otak ibadah. Usaha tanpa doa umpama komputer tanpa CPU.
Leave a Reply