,

Mendidik Anak Membaca Dari Kecil

admin Avatar

Mendidik anak membaca dari kecil sebenarnya bukan benda baru dalam keluarga saya. Kerana saya telah terdidik dengan suasana membaca di rumah, menjadikan saya seorang ulat buku semasa kecil dahulu. Walaupun sekarang ini ramai yang menganggap membaca pada usia sangat muda adalah ‘mendera’ anak, namun sebenarnya membaca itu bukanlah benda yang menyakitkan. Kita dapat lakukan pelbagai benda menerusi membaca, dari belajar menimba ilmu kepada menghilangkan stress dan juga membuang masa (dengan membaca bahan2 yang tak ada faedah).

Mendidik anak membaca sebenarnya simple sahaja, tapi disebabkan zaman ini terlalu banyak sogokan dari kaedah itu kaedah ini, menyebabkan ia nampak sangat komplikated. Ramai ibu bapa yang ‘takut’ untuk memperkenalkan bahan bacaan kepada anak-anak di rumah sebab takut tersalah kaedah.

Begitupun juga, ramai juga ibu bapa yang tidak menggunakan ‘common sense’ atau naluri semasa memperkenalkan bahan bacaan kepada anak-anak. Misalnya anak-anak dalam usia bawah 3 tahun suka mengoyakkan buku, jadi bagi sesetengah ibu bapa, mereka masih belum sesuai diberi buku. Sebenarnya ia hanya perlukan sedikit kreativiti dan pemikiran biasa tanpa perlu bersandar kepada mana-mana kaedah.

Bagi anak-anak di bawah usia 2 atau 3 tahun masih belum dapat menghargai nilai sebuah buku, maka yang sesuai untuk mereka adalah cloth book, atau buku yang dibuat daripada kain. Ataupun cara yang lebih mudah dan murah ialah dengan memberikan mereka katalog/majalah2 yang kita dah tak mahu gunakan lagi. Maka jika dikoyak pun tidak berasa sayang. Saya kadangkala membuat buku sendiri dengan mencetak gambar-gambar dan laminate sendiri menggunakan seterika.

Kadang-kadang perbuatan anak yang suka mengoyak buku, adalah kerana kurangnya pengelibatan ibu bapa sendiri. Anak-anak ni seperti orang batu masuk zaman moden, buku tu mereka tak tahu apa gunanya. Jadi salah satu cara nak buat eksperimen akan kegunaan buku tersebut ialah dengan mengoyaknya. Untuk membantu anak-anak, ibu bapa haruslah terlibat sekali dalam sesi ‘pembacaan’ bersama anak-anak. Anak yang kecil tak perlu nak ajar A B C, cukup  dengan ibu atau ayah tunjukkan gambar-gambar yang berwarna-warni yang menarik perhatian anak. Tujuannya bukan nak suruh anak cepat pandai baca, tapi bagi menanam sifat suka membaca sejak dari kecil.

Anak-anak saya bukan jenis yang tidak mengoyak buku. Biasalah, budak-budak. Dan selepas mereka selesai mengoyaknya saya akan terus menampal dengan selotep di depan mereka, dan memberitahu inilah cara yang kita kena buat bila buku terkoyak – tampal semula. Dan hingga sekarang Hafiy tidak mengoyakkan bukunya lagi, cuma mengoyakkan majalah-majalah lama untuk mengambil gambar yang disukainya.

Membaca memang menyeronokkan. Dan benda yang paling saya suka ialah masuk ke kedai buku. Seolah2 satu terapi. Bila hari Jumaat tiba, jika orang lain merancang untuk ke Jalan TAR atau ke mana2 tempat shopping, saya dah plan siap-siap nak habiskan masa di kedai buku berdekatan. Benda yang paling sadis ialah melihat bil kad kredit yang beratus2 diguna membeli buku setiap bulan LOL. Sekarang ni, anak-anak saya pun akan mengajak singgah ke kedai buku sekiranya kami berada di mall. Walaupun gembira tapi kadang2 rasa nak marah juga bila si Fahry suka menyelerakkan buku-buku di rak. Maka menjadi sesi mengajar kemas-mengemas pula.

Alangkah bahagianya jika anak-anak saya adalah generasi pencinta buku.

Namun saya sedikit rugi kerana minat membaca semasa kecil itu telah hilang semasa berada di universiti. Kalaulah semasa itu saya adalah ulat buku, tentu dapat 1st Class Degree gamaknya, LOL.

admin Avatar

27 responses to “Mendidik Anak Membaca Dari Kecil”

  1. zuhaini Avatar

    salam.. hafiy suka baca buku tak ya..? 🙂 alia x brapa la.. huhu

    1. Mommy Lyna Avatar

      anak2 kami terikut2 dgn bapak dia asik ngadap buku je hehe.

  2. normah Avatar
    normah

    interesting..tgk my niece suka koyakkan buku/katalog…makes me wonder mcm mane nak didik our own child to loves reading. thanks for the tips. boleh try apply utk anak sendiri nanti :)..

    1. Mommy Lyna Avatar

      normah kan suka membaca, mesti anak2 terikut punya 🙂

  3. m-i-o Avatar

    sekarang ni, anak sy tiap2 malam request nak baca buku sebelum tidur. sepatutnya sy gembira – tapi sebab sekarang sy memang asyik mengantuk aje – maka selalu tertido dulu – sampai anak yg kejut “mama, mama! bangun, bangun belum habis baca lagi ni” – sabor je la – dan sy pulak request “sudah2lah baca buku tu, besok sambung sebab mama mengantuk” – buleh gitu? LOL.

    bab koyak buku – ada ke patut anak sy tanya sy “sapa yang koyak buku ni? tak baek tauuuu” (padahal dia la yg koyakkan dulu2) LOL. actually ada sesetengah anak bukannya berniat nk koyak buku – tapi sebab helaian kertas tu nipis – bila diselak memang akan TERkoyak lalu DIKOYAKKAN TERUS (ini ada kaitan dengan curiosity budak2 jugak ni) hahahaha! buku2 anak sy memang byk yg koyak-selotep-koyak-selotep especially buku lift-a-flap tu – sebab buku sedemikian memang ‘terkoyak’ separuh utk di’flap’kan – maka mungkin sebab itu anak sy berfikiran bahawa “apakata kalau kita koyakkan terus kan senang, tak payah nak lift-a-flap lagi” – LOL.

    1. FARISYA Avatar
      FARISYA

      wahhh, m-i-o!!!…camane nk jdkan habit bace sebelum tido tu ek?…leh bg tips sket…bace sambil bukak lampu ker?nanti lg dia x tido lak sebab terang..lain lak jdnye..xnk dgr ibu bace buku, tp nk main lak…;-p (anak saya baru setahun…)

      1. Mommy Lyna Avatar

        takpe farisya, biar je dia nak buat apa, kita baca sorang2 je. lama2 dia tengok “wah mak aku ni asik baca buku macam best je”, dia pulak yg akan suruh kita baca sampai kita yg kena mintak suh stop.

  4. sitisifir10 Avatar

    uik, rajin baca buku masa degree blm ttu boleh 1st class…ngeee….

    anyway, pasal ajar anak ni, ye lah memang diorang rajin amat koyak buku. In my kes lah, selotep la depan depa seploh kali dok la koyak tara tu jugak. Tu pasai buku diorang ada seploh kali bekas selotep…ngehhehehehe…tapi berbaloi la dari depa dok hadap mende lain yg tadak pekdah. Dan…jgn cari buku mahal aje, rajin2 pi pameran buku dan cari buku yg dijual dengan harga murah. Pastu kalau ada org nk buang buku, mintak dulu tengok dan kalau ada yg berkunan…jgn malu2 mintak huhuhu…. kalau kt area kelantan ni byk weih buku terpakai kt kedai bundle tp kene tapis la sbb byk buku yg mencederakan aqidah jugak……ups, terlebih suda…sawadikapppp

    1. Mommy Lyna Avatar

      kirim buku sebundle
      hehehehe

      buku adalah benad yg palign seronok dikoyak
      mengoyak adalah satu skill tuh

  5. Yaati Nor Avatar

    alhamdulilah anak saya zahra suka pada buku..tp klu majalah ibu dia koyakkan..saya bagi dia buku yang keras tu..dulu sblm setahun dia gigit buku tu..skrg nie dia dah pandai baca buku tu..tunjuk2..saya dedahkan dia dengan buku sbb baca kat blog akak la..klu dia pandai tunjuk apa kita cakap tu akak kata dia dah pandai bacakan?mmg betul la klu practis hari2..zahra lebih minat buku dari tengok TV cite kartoon..Alhamdulillah..

    1. Mommy Lyna Avatar

      budak2 mmg superb. dia dapat cam perkataan tu kalo tunjuk kat dia hari2 🙂

  6. Mamanurins Avatar

    saya dah tak kisah dah kalau my kids koyak2 kan buku. tp kadang2 tgk mereka fokus mengaler & tengok gambar. newspaper pon diaorg layannnnn…selalu juga pesan kat diaorg ‘koyak la buku lagi nurin…alya..mama x kisah dah…” huhuhu. kene pakai reverse psychology plak …

    1. Mommy Lyna Avatar

      dah orang kata yang dilarang tu yg dia nak buat kan, toksah larang, ktia galakkan 😀

  7. Mommy Of Q's Avatar

    haaa?? laminate pakai seterika yang paling teruja aku dengar! hahahaha.. smalam baru pas amik laminate machine aku yg tersangkut plastiknya dalam tuh! ekekkee.. kalau tau aku guna seterika wei.. ahhaha.. kreatif ko jahhhhh!

    1. Mommy Lyna Avatar

      dulu2 aku read in many forums yang mak2 buat flashcard laminate pakai sterika. aku tryla buat. mmg huduh kalu nk banding dgn mesin laminate, tp bukan aku nk kasik orang pun hehehe. kene ada skill gak kalo tak dia boleh jd kedut2.

  8. altuty Avatar

    serius laminate pakai seterika? buat la tutorial!! haha thanks for sharing!! jimat dah pasni 😀

    1. Mommy Lyna Avatar

      ada nih kat sini 😀

  9. Lisa Hz Avatar

    my son will be turning one in a few weeks time. terpk jgk cmne la nk bg die cintakan buku. kekeke.. bagus entry ni. tp perenggan last tu mmg superb lah. haha

    1. Mommy Lyna Avatar

      lambakkan buku di mana2, kat hall, kat dapo, kat bilik, kat meja, kerusi, ehhehe.

  10. Nani Avatar

    my doter suka makan buku dia..flash cards hampir sume dah tak bersegi..dah byk jugakla agknya paper yg dia makan..ni cara tradisional…bagi makan buku supaya ilmu serap (joking!!)

    1. Mommy Lyna Avatar

      cuba kasik makan buku resepi pastu suh dia ikut g dapo hehehe.

  11. reitak Avatar

    yup mmg automatic they will follow/have the habit. only about 19-20months old that asrul slowly started to want to watch cartoons/animated programs. before that, mmg ngadap buku je…
    walaupun tak reti baca lagi, he will always bring a book to us to ask us to read to him.

  12. salzahari Avatar
    salzahari

    Aliah dulu suka dengar cerita…skrg kalau beli buku cerita,dia yg sibok nak ceritakan pd kita pdhal kita x cerita lagi! nanti dia buat la cerita sendiri…hmmh, overall dia tade masalah tak suka ke, suka sgt ke-average je!

  13. mama faiz Avatar

    kecik2 dulu faiz suke gak koyak2 buku..kertas2 ni..hihi

  14. Izzy B. Avatar

    mcm mn nak laminate pakai iron?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge