Di Miri dulu, Hafiy memang ramah orangnya dan kalau kami bawa dia ke KRP, dia sangat suka bermain dengan budak2 lain kat sana. Mostly anak-anak orang Shell lah. Tak kira lah budak tu Indian ke Chinese ke Iban ke semua Hafiy pegi main.
Hafiy and friends.
Tapi biasanya budak-budak besar je layan dia, sebab budak-budak baya dia still clinging to their mothers & malu2-takut2 bila Hafiy approach.
Di sini agak berbeza. Mungkin sebab kami tak bawa Hafiy ke tempat-tempat ‘mood bermain’. Biasanya ke shopping mall or kedai buku, Hafiy memang excited terlebih. Dia tak boleh tengok budak2, macam kene cucuk adrenaline, terus teruja. Tapi yang sadisnya, maybe sebab tempat tak sesuai dan budak2 tak kenal dia, last2 terjadi pengakhiran yang memilukan. Hafiy okey je, budak itulah.
Ada sorang budak menangis sebab Hafiy tarik dia ajak main. Ada sorang budak merajuk sebab Hafiy pegi duduk tepi dia, usik-usik buku dia dan kasut dia. Mommy akui memang susah sungguh nak kontrol si mamat ni, especially bila pegi kedai buku yang ada kid’s area, sebab situ banyak rak & banyak budak. Walaupun budak-budak lain bukannya tengah bermain pun, tapi Hafiy tiba-tibe je pegi sergah ajak main.
Mommy tengok (baca) orang lain macam ‘concern’ sebab takut anak tak pandai bersosial tapi Mommy ni anaknya terlebih bersosial (Biasa la budak-budak kan).
Hafiy memang seorang yang aktif dan tak boleh duduk diam. Ada-ada aje benda yang nak dibuatnya. OK la dia memang ‘kaki buli’ budak-budak kecil (yang lebih kecil dari dia) tapi kalau budak kecil yang dia baru kenal, dia akan sayang-sayang-sayang. Kalau budak kecil tu kawan2 atau adik dia, dia suka usik2. Nazhan selalu kena dulu sebab Nazhan lagi kecil dari Hafiy. Fahry tak usah kata lah… Tapi buli2 pun Hafiy sayang. Kalau Fahry nangis, dia yang dulu akan inform Mommy or Bibik. Takpun kalau Mommy tengah buat kerja or solat, dia yang tukang tepuk2 adik suruh diam.
Mommy memang susah nak predict perangai Hafiy ni, sebab dia masih kecil dan tak boleh cakap lagi. So Mommy pun referlah pada hasil kajian Dr Fadzilah Kamsah tentang anak kelahiran bulan Oktober..
-
suka bersembang
-
tidak suka terima pandangan orang lain
-
suka orang yang sayang padanya
-
emosi yang mudah terusik
-
suka ambil jln tengah
-
suka berangan & pandai bercakap
-
sangat menawan & sopan santun
-
emosi yang kelam kabut
-
manja
-
daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan)
-
kecantikan luar & dalam
-
suka melancong, bidang sastera & seni
-
tidak pandai berbohong & berpura-pura
-
pengasih, penyayang & lemah lembut
-
mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan
-
romantik dlm percintaan
-
sentiasa berkawan
-
mudah terusik hati & cemburu
-
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
-
ambil berat tentang orang lain
-
cepat marah
-
suka kegiatan luar
-
pentingkan diri sendiri
-
orang yang adil
-
tidak menolong orang kecuali diminta
-
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
-
suka melihat dari perspektifnya sendiri
-
mudah patah semangat
Mommy dapati memang kena dengan perangai Hafiy. Jadi, lepas baca entry dalam blog IbuKauthar (yg memang suka mengkaji personaliti anak2nyer) tentang mendidik anak berdasarkan personalitinya, Mommy rasa pengetahuan macam ni penting, especially bagi ibu bapa, untuk find the right way to approach our kids. Sapa lagi kan nak buat.. cikgu? Ada 40 orang dalam kelas.. mau krem kepala cikgu hehe.
Kami (Abiy & Mommy) dulu suka baca perkara berkaitan personaliti ni untuk lebih mengenali dan mendalami diri sendiri dan masing-masing. Ini bukanlah satu perkara ‘meramal’ tapi salah satu cabang ilmu untuk ‘membaca’ karakter seseorang.
Apa yang kami lakukan untuk Hafiy ialah, mendorong dan menggalakkan perkara positif, dan mengatasi perkara yang negatif agar boleh ditukar menjadi positif.
Kami bukan parents yang kiasu dan menganggap dunia ini macam a piece of cake, tidak. Bagi kami, dunia dan peluang di dalamnya adalah abundance, dan semua orang ada peluang masing-masing untuk berjaya dalam hidup. Of course kami mahukan anak kami berjaya dan outstanding. Ada ke mak yang nak anaknya ‘biasa-biasa je udahlah..’? Kalau Glenn Doman tu dia kata ‘Semua budak adalah genius tapi ibu bapa yang men-de-genius-kan mereka’. Tapi bukan Doman je kata begitu, sebab memang tujuan manusia diciptakan adalah untuk jadi khalifah, bukannya saja2 duduk atas dunia lepas tu pergi… Jadi memang wajar untuk setiap ibubapa menjadikan anak-anaknya genius. Tapi jangan de-genius kan anak orang pulak ye. Takkan le kita nak anak kita sorang je bijak, tapi duk dalam masyarakat yang separuh bodoh?
Buat masa ni Mommy sedang berusaha ‘menjinakkan’ Hafiy. At least dia tak agresif sangat bila di luar. Dia bukan apa, kalau nampak budak-budak dia akan jadi excited terlebih.
NOTA: Nakal/terlalu aktif dan agresif tu bagus, menandakan kepalanya giat bekerja, tapi harus dikawal, kerana kalau tak dikawal ia akan jadi nakal yang buruk. ‘Kenakalan’ ni kedangkala tak boleh disekat sebab dia lagi akan membuakkan perasaan tak puas hati dan lagi akan mencetuskan sifat negatif tapi tak boleh dibiarkan. Perlu digalakkan dengan jalan yang betul, agar dia tahu kat mana nak lepaskan perasaan agresif dia tu.
Jadinya, setiap pagi lepas bangun tidur Mommy cium dia dan pesan supaya jadi budak baik & suruh Hafiy angkat tangan berdoa “Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah Hafiy anak yang soleh, aminn”.
Mommy meneruskan aktiviti 5-minutes suggestion method yang dah lama tak buat sebab perubahan jadual tidur. huhu. Bab doa tak payah ceritalah, memang jadi satu kewajipan untuk sorang mak mendoakan yang baik-baik untuk anaknya kan.
Antara doa yang dikatakan berkesan untuk sikap anak:
-Baca ‘Ya Latif’ sebanyak 7 kali dan dihembuskan kat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur…
– Al-Fatihah, Surah Toha ayat 1-5..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3 kali
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (NAMA ANAK) SEBAGAIMANA ENGKAU LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI"-Al Insyirah (alam nasyrah) dan Surah al-Waqiah ayat 9.
Dan Mommy tak pernah kata "Hafiy nakal” especially di depan dia. Kalau kata aktif dan agresif tu lagi sedap di dengar di telinga berbanding nakal. Lagipun masih budak benar lagi. Lainlah kalau umur dah 14 tahun tapi masih macam tu, memang harus nakal lah tu.
Tapi cemana pun, Hafiy lembut hati. Kalau dia kacau adik ke, kacau Mommy ke Abiy ke, kami suruh minta maaf, dia cepat-cepat hulur tangan dan kiss pipi. Memang dah budaya keluarga kami (Mommy), kalau buat salah kena say sorry& kiss pipi. In fact, kami still kiss-kiss pipi lagi adik beradik walaupun dah besar panjang.
Harapan kami agak keaktifan Hafiy tu nantinya dapat dikawal oleh mindanya termasuk minda separa sedar agar dapat dikembangkan dan diselenggara dengan baik. Ada orang cadangkan supaya Hafiy selalu dirangsang untuk menjadi ketua supaya dia dapat gunakan ‘semangat’ dia dengan maksima di jalan yang baik. Insya-Allah, itu yang patut dia buat, sebab dia ketua kepada anak-anak Mommy dan Abiy.
Gelagat anak-anak ni hiburan yang tak ternilai bagi ibubapa kan. Harap-harapnya janganlah ada antara anak-anak kita yang nanti kerjanya menyusahkan orang. Lebih baik jadi manusia yang tak menyumbang apa-apa pada orang lain daripada menyusahkan masyarakat.
Leave a Reply