Masalah Pemakanan Anak-Anak

By | August 12, 2012

Walaupun saya bukan pakar pemakanan tapi ramai ibu yang suka berkongsi dengan saya tentang masalah pemakanan anak mereka. Selain dari anak tak selera makan, ada juga yang suka makan sejenis makanan saja, dan makanan itu pula adalah termasuk dalam kategori makanan rapu atau junk food. Misalnya suka makan keropok, cikedis, french fries dan sebagainya.

pemakanan kanak-kanak

Saya percaya tentang ‘segalanya bermula dari rumah’. Anak-anak yang kecil tu diperkenalkan kepada makanan rapu yang mengandungi garam & gula yang tinggi, empty calorie, dan sebagainya… oleh siapa? Saya tidaklah nak menyalahkan ibu bapa… tapi budak2 kecil tak kenal benda-benda tu kalau bukan orang tua yang memperkenalkan.

Kebanyakannya bukanlah ibu bapa yang feed anak-anak dengan makanan rapu ni.. tapi orang-orang lain.. biasalah dalam minda masyarakat – gula-gula, cikedis, coklat dan sebagainya adalah makanan budak-budak. Kita boleh tengok pun dalam majlis2 biasanya doorgift untuk budak-budak ni adalah benda-benda merapu.. Ini memang dah jadi sebahagian dari cara hidup kita agaknya.. Budak-budak = gula-gula.

gula gulaSebagai orang dewasa, tak kiralah ada anak atau tidak, masanya untuk kita ubah persepsi ni. Berhenti kaitkan kanak-kanak dengan segala jenis junk food, kerana mereka tak perluka itu. Kanak-kanak yang sedang membesar perlukan zat makanan yang  cukup, bukan saja untuk perkembangan tubuh tapi juga otak mereka.

snek sihat

Tugas ibu bapa ialah menyediakan makanan sihat dan snek sihat di rumah. Anak-anak yang tak suka makan sayur, mungkin sebab dia ada pilihan yang lebih sedap dari sayur. Jadi, cubalah jadikan sayur sebagai makanan kegemaran mereka.

Anak-anak saya biasa saya berikan sayur mentah sebagai finger food. Be it timun ke, malah apa saja daun yang dijadikan hiasan di pinggan, saya beri mereka pegang. Secara tak langsung mereka biasa dan ‘seronok bermain-main’ dengan sayur-sayuran. Saya sendiri sebenarnya masa kecil tak makan sayur. Tak tahulah kenapa kan, ada tanggapan yang ‘sayur tak sedap’. Ye lah, mana nak sedapnya bukan ada rasa manis ke apa.

makan sayur

Jadi ibu-ibu ayuh kita mulakan resolusi. HOMEMADE HEALTHY FOOD FOR MY BABIES. Cubalah untuk tidak bergantung kepada kilang-made. Apa lagi kalau yang tak ada kandungan nutrien… Berseronoklah dengan makanan sebenar.

Category: Dapur Mommy Lyna Health & Beauty

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

One thought on “Masalah Pemakanan Anak-Anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge