Blog, Blogger dan Duit

By | August 12, 2012

Blog ni yang dah berzaman saya tak update. Samada dari segi entry atau pelawat atau earnings. Hehe. Maklumlah sejak berpaling tadah dengan Nuffnang, dah tak dapat advertorial, dan tak tau la apa dah jadi dengan semua tu kan.

my superkids

Tiba-tiba suami saya tanya “Macam dah lama tak dapat cek Nuffnang”. Walla, baru teringat memang dah bertahun tak terima cek Nuffnang. Kalau tak, memang senyum je la tengok amaunnya 😀

Kali ni memang tak banyak langsung lah. After 2 years kot. Dah lama tak jadi Gliteratti member Nuffnang ni. Semuanya gara2 Innity. Eh, rupanya Innity pun saya dah tak ambik peduli dah. Duit masuk ke tidak ke, tidaklah ku tahu >__<

duit dengan blog

Sebenarnya blog ni bukanlah sumber buat duit pun, tapi seronok bila kita berblog, tup2 duit masuk. Dapatlah jugak bayar hosting dan domain kata orang tu.. dan upah menulis juga hehehe.

Sebenarnya saya suka pada blog dan media sosial seperti FaceBook dan Twitter.. secara tak langsung ia telah menemukan saya dengan kawan2 lama.

facebook twitter

Oh ya, sebenarnya saya rasa macam nak buat comeback (dah berjuta kali rasanya nak comeback). Kali ni betul2 kot. Hehehe.

Ye lah saya ni macam dah bersara sekejap dari blogging, rasa macam orang dah tak pedulu, tak kenal lagi tak tahu kewujudan blogku 😀

Tapi bila Eyriqazz PM, terasa diri ini masih lagi wujud di ingatan kawan2 blogger. Hahaha, over sungguh! Tapi for years memang rasa terpinggir (sendiri meminggirkan)  disebabkan ketiadaan slot yang sesuai untuk bersosial dengan rakan blogger. Mungkin juga sebab wabak microblogging di FaceBook dan Twitter menjadikan dan habis modal nak tulis di blog.

Walau bagaimana pun ada target nak hasilkan entry2 yang hebat, yang mungkin boleh dapat perhatian, seperti 3-4 entry saya dulu-dulu. Bukan apa, seronok bila pandangan kita dapat feedback dari ramai orang. Secara tak langsung kita boleh berkongsi ilmu dan juga menambah ilmu dengan feedback dari orang lain.

Duit.. bukanlah jadi motivasi sangat pun. Tapi seronok juga bila ada target duit ni. Saja suka-suka.. sebab duit yang masuk tu represent trafik, dan usaha kita lah.. promosi blog, buat entry menarik dan sebagainya.

Harap2 kali ni bukan hangat2 tahi ayam aje lah.

blog best

Category: Nuffnang

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

3 thoughts on “Blog, Blogger dan Duit

  1. Ibu Emir

    True.. mira cash out nuffnang once a year, and i make it only during my birthday, baru nampak memorable sikit kan hehehe.. anyway, welcome back

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge