London Halal Restaurant

By | June 8, 2010

Tak habis2 lagi cerita London 😀

London 301

Kami ke Edgware Road untuk cuba restoran2 Arab yang berlambak2 kat sini. Ada macam2 jenis restoran dari Timur Tengah, yang memang kami tak biasa. Tak biasa dengan makanan Arab.. Kat Malaysia memang tak pernah makan kat restoran Arab. Kalau makan pun masa pergi umrah dulu je (I lurve nasi minyak Arab!).

Disebabkan takut termakan benda yang tak sedap di tekak, kami belek satu-satu menu yang ada kat restoran2 tu, preferably yang ada gambar sebab senang nak imagine banda macamana 😀 Ye lah, nama pelik2 kan, sekali sampai pengat pisang ke, sapa nak jawab tu.

So kami sepakat pilih Halal Restaurant. Satunya sebab menu dia ada gambar, dan second sebab memang sah2 Halal. Kui3x. Nama pun Halal Restaurant.

Sayangnya saya lupa nak snap gambar makanan yang kami pesan. Lapar sangat, sampai2 je terus membedal.

DSC00895

Menu

DSC00897

Dia dah taknak duduk dalam baby chair

DSC00899

Prickle yang saya pun tak tau tujuannya apa. Masam giler tapi Fahry suka asam yang bulat2 tu.

Dapatlah makan nasi minyak Arab. Masya-Allah sedapnye… 😀 Jus mangganya sangat pekat dan rasa macam baru diblend dari buah segar, walaupun datang dari botol. Abiy pula dapat seekor ayam dengan roti nan. Hehe.

Yang kat bawah ni Lebanese food yang kami makan di Harrods102, yang terletak berhadapan dengan gedung membeli-belah Harrods di Knightbridge.

DSC00778

Sambil tunggu order dia kasik roti ni

DSC00780

Menu

DSC00784

My lunch. Ape tah nama dia tapi ayam berbalut roti garing.

DSC00787

Sedap!

DSC00785

Abiy punya. Lamb dalam roti pita.

DSC00786

Yummy!

Kalau ikut tips orang yang dah lama kat London, katanya nak safe makanlah kat Restoran Pak Arab sebab kebanyakannya halal 🙂

9 thoughts on “London Halal Restaurant

    1. Mommy Lyna Post author

      tak banyak sangat macam kat Saudi. Bole la habiskan. Kalau kat Arab Saudi satu pinggan kena share 😛

      Reply
  1. umi nadhrah

    pickle tu as starters… most middle east cafe/restaurant will serve that… makan cenggitu je.. mcm menaikkan lagi selera makan.. huhu

    Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      oh yaka haha. jakun saya. sebab kat restoren arab lain xpenah dapat. masam gila, macam makin mematikan selera je 😛 ehehe tekak lain2 kan.

      Reply
    1. Mommy Lyna Post author

      syhhh.. itu kadang2 i buang tau sbb masam 😛

      Reply
  2. aida

    byk cite pasal london along..i pun tak penah gi restoren halal ni…wlaupun boleh jalan kaki je gi situ..
    .-= aida´s last blog ..Adam..Adam… =-.

    Reply
  3. ana

    Setuju about halal. Tapi kenapa tak share price? Boleh jugak plan bajet makan kat edgware tu. Agak2 ade satu hidangan nasi minyak Arab = 12 pound tak? Erkkk…takut lagi bajet ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge