Ni kalau kita kutuk drama Melayu mesti ada je la yang tak suka, konon tak support produk negara sendiri. Ada je lah yang kata “Kau buat je la drama sendiri”.
Sedarlah bahawa pengkritik memang dijadikan bukan dari kaum yang melaksanakan sesuatu, kalo tak mesti tak jadi pengkritik sebab dia dah tahu penat jerih nak hasilkan benda tu.
Tapi kan kalau tengok drama Melayu ni mesti rasa macam “korang ni tak buat research habis ke?”, “Buat drama macam pementasan kanak2 tahun 4 je”.
KalaI drama yang biasa2, mengisahkan makcik2 kampung, nak jodohkan anak, gossip sana gossip sini, tu kira OK la sebab benda rutin. Tak perlu nak studi2 bagai. Tapi drama2 yang konon2 nak menyajikan adegan saspen kepada penonton, akhirnya meninggalkan penonton yang bijak pandai macam saya dengan satu persoalan “Apa motif cerita ni?”.
Ya, motif cerita adalah sangat penting sebab saya bukan jenis tengok TV semata2 tengok je. Macam tu lebih baik saya tengok Raja Lawak. Drama sepatutnya menyajikan sesuatu yang bermotiflah, kut ye pun takde pengajaran berguna. Ini pengajaran pun takde, motif pun takde, conclusion pun takde. Tau2 je dah habis.
Oit, jangan kata “Sapa suh kau tengok?”
Saya tengok tu dah menyumbang pada rating drama tu OK!
Saya kadang2 teruja tau tengok trailer dan tajuk dia, terutama Cerekarama, tajuk cerita punyalah gempak lagi membuat hati ini tertanya…. Tapi bila dah tengok, ternyata hampehhhh. Hampeh kerana tajuk yang hebat itu langsung tak kena dengan jalan cerita, dan cerita tu tiba2 je habis meninggalkan saya terpinga2.
Macam orang bercerita tak habis je. OK maybe nak buat saspen, tapi sesungguhnya tak saspen langsung.
And saya tak kisah drama tu tak canggih ke, tak pakai CGI bagai, takpe, takpe. Tapi biarle logik, dan bermanfaat. Tapi saya dapati sekarang dah jarang cerita ‘jerit-jerit-kau-marah-aku-aku-marah-kau’, tapi banyak pulak cerita bunuh, sembelih dan tembak. Boleh tak kalau let cerita orang putih je camtu? Tak macho langsung bila Pakcik Kamal (bukan nama sebenar) pegang pistol. Pakcik Kamal lebih baik pegang tasbih, biar je Uncle Cammy yang pegang pistol. Kenapa nak kena tunjuk cara orang buat jenayah? Kot ye nak suruh public hati-hati, cakap je tak boleh ke? Cakap je lah “Pastikan pasang grill pintu dan tingkap nanti pencuri masuk”.
Maybe saya terlalu meletakkan expectation yang tinggi. Mungkin kena rendahkan sikit jangkaan saya.
Tapi takpelah, kira OK la kan ada revolusi. Pelan-pelan kayuh orang kata. Selamat maju jaya.





{ 33 comments… read them below or add one }
jgn kn drama melayu movie melayu pun sama jek (kata2 org nyesal pi tgk lagenda dak setan) hehe
hahahahaha
lain kali ingat rule of thumb ni : KALAU NAK TGK MOVIE MELAYU TUNGGU MASUK TV AJELAH…
tu le psl…slalu aku tunggu raya ntah nape tetiba gatal plak nak tgk amik sebijik tu le langgar pantang larang citer melayu wakaakakakak
semalam saya baru berkesempatan tengak Fatimah Juling. itu pun cerita yang takda motif.
betapa kejam dan takda hati perutnya produser drama tu, hari tu buat Halimah Jongang, ni Fatimah Juling..
saya terus terbayangkan perasaan orang2 yang jongang & juling tu bila diejek2 dengan lagu tema drama tu.
.-= ain fathihah´s last blog ..Anak tak layak =-.
lagu dia sungguh annoying. cerita dia pun.. masa dia jongang asik kene ejek je. helllooo (yg buat cite tu) zaman skg tak kisahla jongang2 bole pakai braces Okeh! (stail marah sebab ai pun jongang tau! hehehe.
drama melayu sesuai buat bentuk pengajaran je..baru orang2 mesia ni insap
.-= aizuddin´s last blog ..Pulau Sibu In Memory =-.
jom kita buat drama TV nak? geram plak akak eiii.
Masyarakat kita malas berfikir, maka jadilah filem/drama hasil orang2 yang malas berfikir untuk tontonan orang2 yang malas berfikir juga…sigh…anyways, bak kata MommyLyna, kna pelan-pelan kayuh… produser/pengarah/pelakon/penonton kna sama2 revolusi nampaknya
.-= syahida´s last blog ..Win, Lose or Draw =-.
tapi saya suka fikir. huhu. tolonglah jangan didera pemikiranku ini.
drama mana yg mommylyna maksudkan agaknya ye?
mesti ada 1 drama recently yg trigger utk entry ni ditulis.
.-= isabelle´s last blog ..Fine! U r narcisst. So what? =-.
OK la. cerekarama. hehehe. sebab tajuk dia gempak2 OK. kalo cerita2 kat TV1 mmg dah azali tajuk dia bunga2 & cerita straightforwad je.
iye..rasanya tau drama apa…saya sgt tensen menonton..sebb malas nak ke channel lain dan berharap macam drama ni best..tapi takde motiffff…lepas je habis tengok muka husband dan cakap “nie ke je citer dia bang..kenapa ye macam ni sekali drama sekarang nie…?” hahaha..sungguh gilosss
hahaha. entahnya. tajuk punyela macam ada samting dia nak bg pengajaran. rupe2nya ntah ape tak paham laaaa
ermm mcm tau je drama ape yg lyna marahkan ni
mesti yg 1st episod dia tu, tetiba bapak hero bunuh diri sebab nk sehidup semati dgn isteri tercinta..
hampes jer ending mcm tu..anak tu sibuk2 bagi kt orang lain plak dahh
.-= lydzar´s last blog ..‘My Water Moments’ with Sony TX5 =-.
bukan cite tu kot, sebab kita tak tau pun cite apa yg awak ckp tu hehehe
alah, mana2 cite pun sama je. not worth watching. tengok you tube ketika cinta bertasbih lg best.
YEEE BETULLLLLLLL..tgk ketika cinta bertasih, 4 kali pun tak boring lagi dan rasa cerita tu sangatttttttttttttttt berguna! sgt bermoral dan sangat bermotivasi..hehe
.-= masalifah´s last blog ..Sukarelawan Malaysia dibebaskan.. =-.
Kak lyna,
agree with you 120% !
mmg pelik sungguh tgk org melayu buat drama/filem,macam tutttt ja hampeh tak hingat!pengarah n pelakon n penulis skrip dan segala-mala yg terlibat tu agaknya ingat penonton ni bodoh mcm diorg kot,hahaha.sbb tu klau tgk citer melayu ni kena anggap mcm tgk kartun je,sbg bahan ketawa…hish sabar je la…
.-= Fith´s last blog ..Shopping for raya?! =-.
agaknya ingat penonton ni bodoh mcm diorg kot —->>> hahaha sesungguhnya diorang ni kena polish lagi ni. suruh dia baca blog2 kita la mesti menyesal buat drama2 bodoh lg.
i mmg suka tgk cerita melayu walaupun i komplen bnyk
i leh komplen sbb i tgk
sapa tak tgk takleh komplen apakah??
kakakakkakaaaaaaa
.-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.
komplen je
bukan diorang tahu pun u tgk ketak hehe
i kan satu aje.. manade makcik2 kt umah mekap tebal pakai bulu mata palsu?? nk tido pakai gincu?? selagik yg itu tak diubah.. susah la nak kayuh laju2 hehehhe
.-= ely´s last blog ..Supplier Baju Kurung & Blouses =-.
dalam cite Venezuela kot? kehkehkeh
sgt la setuju
. mmg drama melayu ni kadang2 boleh buat bahan lawak. tgk jer la gerak khas…adoi la…mcm langit ngan bumi kalo nak di comparekan ngan csi.
.-= zahira´s last blog ..Makan ikan bakar pulak =-.
mungkin mereka sengaja nak buat lawak kot
oh drama melayu.. mmg pengarah kurang study. especially bab engineer pegi site. asik2 pakai tie, pakai safety helmet, bwk plan/drawing size A0/A1.. gulung2.. tgk plan kat kete.. betul2kn tie sket, angguk2..
kepala hangguk la engineer mcm tu. cuba la diorg ni study mcm mana engineer keje. hadoi hadoi..
.-= tuty´s last blog ..Nasi Goreng Cina =-.
hahahahaha
watak2 wajib :
ENGINEER – seperti komen tuty
DOKTOR – pakai labcoat, sana sini pegi bawak stetoskop gantung kat leher
STUDENT KOLEJ – watak nerd pakai spek tebal, rambut belah tepi, baju kemeja petak, bw buku banyak. kalo pompuan mekap macam anak patung baby alive, rambut tocang, baju warna warni, stoking belang2..
kamoooonnnn lahhhh!!!! ingat hindustan ke.
jarang tengok pun….
tapi betul la tuty cakap tu, kadang2 lawak pun ada, buat kerja kat office,meja kemas giler, engineer pakai tie kat site, arkitek pun sama pakai tie…in real life beza giler
.-= nadnye´s last blog ..10 cara untuk jadi lebih menarik, attractive la =-.
kerja kat ofis macam biasa2 je, tapi bawak BMW pekejadah?
dah lama rasanya xlayan cerekarama… dulu ada la jugak tengok sekali sekala… lama2 cam boring je… ada teknologi canggih pun tp kalo skrip, jalan cerita sume tunggang langgang, xguna jugak kan…
.-= Chekna´s last blog ..jangan tampal dinding rumah sudah………… =-.
betullah chekna. saya juga telah insaf. ada baiknya malam2 minggu kita tengok cerita di HBO
dah lama rasanya xlayan cerekarama… dulu ada la jugak tengok sekali sekala… lama2 cam boring je… ada teknologi canggih pun tp kalo skrip, jalan cerita sume tunggang langgang, xguna jugak kan…
dah bertahun tak tgk citer melayu..kecuali citer p ramlee..sebab rasa diperbodohkan, rasa kesian pon ada tgk pelakon2 tu, membodoh2kan diri dorang sendiri berlakon yg tak lojik..baik la layan movie omputeh..ada jugak benda baru dpt belajar, koman2 dpt gak improve english
.-= MQ´s last blog ..The Garden =-.
orang yg lebih bodoh nk memperbodoh2kan orang yg lebih cerdik darinya…itulah perumpamaan cerita Melayu pd aku..tp bukan semua..kebanyakannya..