Kisah di Kedai Kopi

By | July 15, 2013

Seperti biasa, saya akan ke mana-mana kedai kopi yang menawarkan internet percuma, ataupun tempat yang membolehkan saya berinternet dengan hotspot di telefon saya.

Biasanya saya akan duduk di satu sudut yang agak terlindung, dan saya tak terpandang orang, orang tak memandang saya (perasan?).

Kedai-kedai kopi biasanya menjadi tumpuan mereka yang ‘nak buat kerja’ menggunakan laptop (free wi-fi) dan tumpuan networkers untuk bertemu dengan prospek masing-masing.

…. seorang lelaki di belakang bersama-sama 3 orang yang lain sedang melakukan ‘business presentation’.

…. seorang wanita dan seorang wanita lain berbincang-bincang sambil mengira sesuatu di kertas, bersama fail-fail dan pamplet dalam briefcase.

…. seoarang lelaki mendekati mereka di dalam kedai kopi dan memberi kad perniagaannya, seorang network marketer

Apa yang salahnya tentang semua tu? Tak salah langsung.

Tapi saya seorang yang tak suka berjumpa orang, tak pandai nak bercakap beramah-tamah. Pendiam. Suka bersendirian.. Jadi saya tak berapa sesuai untuk menjalankan bisnes sebegitu.

Selama 3 tahun saya berbisnes ni, tak pernah sekalipun jumpa prospek untuk memperkenalkan bisnes, baik di kedai kopi mahupun di rumah. Yang selalu menemui saya dan saya temui adalah leader di atas saya, dan leader-leader di bawah saya, bukan prospek yang belum teragak lagi nak menjalankan bisnes.

Beroperasi dari rumah secara online, coaching dan mentoring pun dibuat secara online.

Marketing tool untuk menarik prospek?

Alhamdulillah, dengan aplikasi permissive marketing atau pemasaran berizin serta teknik magnet, tak susah untuk buat semua tu. Inilah yang kami jalankan dalam kelas-kelas online kami. Saya ke kedai kopi pun sebab nak buka kelas online, hehe. Selain dari menguruskan order customer.

Memang sesuai sangat untuk mereka yang pendiam, introvert, tak suka jumpa orang dan sebagainya. Network marketing bukan untuk yang pandai bercakap saja. Saya ada teknik ber-network untuk yang tak suka networking, macam saya 🙂

Category: buat duit online Money and More Work From Home

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

2 thoughts on “Kisah di Kedai Kopi

  1. irfa

    hebat 😉
    sy suka bercakap dan jumpa org
    cuma cabang bisnes yg sesuai belum jumpa

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge