,

Kesalahan di FaceBook?

admin Avatar

Ada seorang kawan saya, dah lama dia tak update apa-apa di FaceBook. Kalau ada pun jarang-jarang sekali share benda-benda tazkirah.

Dulu dia suka cerita-cerita perihal keluarga terutama anak-anak dalam statusnya. Tapi tiba-tiba je diam.

Rupa-rupanya beliau senyap selepas ‘disound’ oleh beberapa orang… bahawa tak payah cerita tentang kebahagiaan kita di FaceBook, bahawa tak perlu cerita tentang anak-anak kita di FaceBook, bahawa tak perlu cerita tentang perihal keluarga kita di FaceBook.

Then, what’s FaceBook for?

Saya pernah tanya pada seorang teman yang lain tentang apa yang patut kita tulis dan kongsi di FaceBook… katanya share lah benda2 baik.. tazkirah dan sebagainya. Saya tanya lagi, macamana kalau benda ‘tazkirah’ tu sebenarnya palsu, samada hadis palsu, atau quote palsu dari seseorang ulama?

Ramai yang tak suka dengan keterbukaan di media sosial.. ya itu memang betul. Apa yang kita tulis dalam FB, twitter, blog.. semua mencerminkan siapa kita. Kadang-kadang yang tertulis di situ adalah benda yang tak pernah terluah di bibir, tapi mampu kita tulis di wall FaceBook. Kadang-kadang saya rasa ada orang over dalam perkongsian, yelah mungkin kita rasa media sosial ni macam online diari, apa kita buat, kita rasa, kita fikir, semua nak ditulis.

Kadang-kadang (banyak) benda yang tak perlu pun, sampah-sarap saja yang ada di FB, twitter dan sebagainya.

Benda itu yang kita kena kurangkan dan hapuskan. Sampah-sarap. Penulisan berbentuk provoking, tuduhan melulu, lepas geram entah apa-apa, melulu menyerbu atas isu yang tak diketahui, apa faedahnya?

Lantas, ramai yang keliru antara benda sampah, dengan benda yang “Aku tak suka tengok benda ni, jangan kau update lagi benda seumpama ini”

Yang baru kahwin, update gambar kahwin.. yang melihat timbul rasa “Tengah happy… besok-besok tengoklah, update lah benda sakit hati dengan pasangan pula”. Siapa yang lebih dahsyat perasaannya di sini? Salahkah kita doakan.. kawan-kawan kita semoga bahagia dunia dan akhirat.

Apa salahnya kita meraikan kebahagiaan, keseronokan kawan-kawan kita. Lihatlah nikmat mereka seperti kita melihat nikmat Allah ke atas hamba-Nya.

Adakah kita hanya suka bila berita tentang musibah yang dikongsikan… (Mengikut statistik, update tentang hal musibah yang mendapat banyak ‘like’ dan komen, update tentang kebahagiaan, kurang, sangat kurang dari itu).

Samada kita memang prihatin, atau kita ‘senang’ bila orang lain dapat musibah.

Ya, di media sosial ni ada adabnya.. kita kena tahu batas kita, terutama yang melibatkan keselamatan diri dan keluarga. Ada perkara yang kita boleh kongsi, ada yang tak boleh.

Misalnya kongsi biodata penuh anak lengkap dengan no MyKid, tempat lahir, sekolah, hobi, makanan kegemaran dan sebagainya. Bagi saya, benda ni melibatkan keselamatan anak… kita mungkin rasa “Alah, takpelah, kongsi aje… anak kita… ” tapi better safe than sorry. Butir-butir tersebut dah cukup detail untuk satu agenda yang kita tak nak. Naudzubillah.

Zaman kita ni dah tak sama macam zaman mak-mak kita dulu. Macam mak saya tinggal di kampung. Kiri kanan rumah saudara. Tak perlu dah nak apa-apa medium komunikasi, telefon pun tak payah. Jerit je.

Tapi zaman sekarang, mak di kampung, anak di Zurich. Sepupu di Taiwan, adik ipar di Argentina. Apa yang paling mudah? Media sosial.

Di FaceBook kita boleh kategorikan friends kita kepada kumpulan-kumpulan yang mana kita boleh khaskan album2 buat tatapan mereka saja. Misalnya album gambar anak-anak saya hanya untuk ahli keluarga saja.

Marilah kita jadi pengguna FaceBook yang bijak. Tak perlu nak layan benda tak berfaedah.

Tapi sekarang ni FaceBook akan timbulkan status2 kawan-kawan kita yang ada persamaan dgn kecenderungan. Jadi kalau asyik nampak status yang kurang menarik tu bawa-bawalah muhasabah, apa yang kita selalu update di FB.

Happy FaceBook-ing!

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Kesalahan di FaceBook?”

  1. emalinmohd Avatar

    Yup. Sharing the positive only..

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    ramai sangat yang dengki sebenarnya, tak boleh nak berlapang dada. tp ya benda2 negatif kenalah elakkan.

  3. Amyz Avatar

    Kita terima dengan positif. Kecuali status2 berbaur negatif. Ai tak like. 🙂

  4. Aju Avatar

    Orang-orang nie tak boleh tengok orang happy. Tue namanya dengki. Media social kalu diguna secara betul boleh menjana pendapatan.
    Sila layari Aju@VitaSyopz blog untuk mengetahui update mengenai Promosi Triple Produk: Vivix, Alfalfa Complex dan VitaLea Children

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge