Bila berhadapan dengan sebarang idea, cerita, hujah mahupun arahan, manusia biasanya akan respon dalam 3 cara;
1. Benar-benar setuju dan cakap OK
2. Tak tahu dan/atau tak setuju tapi cakap OK
3. Cakap TAK OK sebab benar-benar tak setuju
Golongan ke-2 kelihatan seperti talam 2-muka mungkin sebab, i) tak tahu dan malas nak ambil tahu (so buat sekadar ikut-ikutan) ataupun, ii) tak berani nak cakap tak setuju sama ada sebab takut dengan ancaman (kena buang kerja, kena pulau etc) atau terlalu rendah hati (bersangka buruk dengan diri sendiri etc).
Betul tak?
Antara ketiga-tiga tu, paling susah dah tentu nak jadi golongan ke-3.
Kajian tentang perkembangan organisasi membuktikan saban tahun ia akan melalui fasa perkembangan atau keruntuhan yang berbeza-beza. Bila mula-mula ia ditubuhkan, semua pekerja bekerja keras untuk membina organisasi tersebut sebab jika gagal, mereka juga terkesan (tak ada kerja). Di peringkat awal ni hampir semua orang tak takut nak kongsi pendirian masing-masing kerana tak rugi apa-apa sangat kalau jadi apa-apa pun (e.g. dah la tak ada pangkat, gaji pun ciput. Dengan gaji ciput tu boleh anytime cari syarikat lain yang bayar gaji lebih kurang sama. Sekurang-kurangnya boleh dapat pengalaman & pengajaran).
Over the years, keuntungan kian meningkat sejajar dengan perkembangan organisasi tersebut. Akan sampai satu tahap di mana hampir kesemua pekerja berada di dalam zon selesa; sudah la dapat increment tahunan yang banyak, bonus pun masyuk. Ketika ini, sejarah membuktikan pekerja lebih selesa jadi yes bos; a.k.a. tukang kipas, agar dia disayangi pemimpin lalu ditawarkan jawatan yang lebih tinggi. Lebih teruk bila terbukti kalau melawan sikit terus kena transfer ke ulu atau ditempatkan di jabatan yang berpotensi rendah.
Pada masa inilah biasanya peratusan golongan ke-2 dalam organisasi sangat tinggi. Dan kalau ada pun jenis orang berpendirian (golongan ke-3); sama ada dia berhenti untuk hijrah ke organisasi lain atau pun sibuk buat kerja sendiri je (tak kesah dah apa nak jadi dengan organisasi tersebut). Bila golongan ke-2 ni mula menguasai organisasi, maka bermula lah era kejatuhan organisasi tersebut. Inilah yang terjadi kepada syarikat Apple suatu ketika dahulu sebelum Steve Job dipanggil semula. Inilah juga yang terjadi kepada umat Islam, betul kan?
It is proven & to be repeated over and over again.
Punca kedua ketidak-wujudan perbezaan pendapat adalah kerana kita lebih gemar mengambil jalan pintas dengan hanya bersetuju daripada benar-benar faham persoalan yang dipersutujui dan kesan jika mengambil keputusan yang sama. Ini mungkin berkait rapat dengan budaya ilmu seseorang; budaya ilmu yang rendah mengakibatkan diri sendiri pun tak tahu apa yang perlu diambil kira. Kesannya, lebih selesa menjadi ikut-ikutan kerana tak tahu & tak mahu mengambil risiko berbeza dengan orang lain.
Jika anda one of those leaders, try muhasabah komuniti/organisasi anda dalam fasa yang mana? And even if u r one of those followers, apakah betul yang anda follow or percaya? Ikuti sambungannya dalam artikel seterusnya….
(tak bulih nak sambung sebab Hafiy & Fahry suruh terjun dalam swimming pool ;P)
Leave a Reply