Minggu lepas, habis kecoh satu dunia bila harga emas merekodkan harga tertinggi dalam sejarah, USD1,200. Kadar kenaikan sehingga 50% dalam masa 12-bulan ini cukup membuatkan ramai pelabur ghairah dan bersungguh-sungguh mengumpul emas sebagai pelaburan. Tak cukup dengan itu, ada juga yang menggadaikan koleksi emas mereka untuk terus membeli emas.
Betul ke sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas?
Secara umumnya, pelabur emas boleh dikategorikan kepada dua personality. Golongan pertama yang menjauhi emas sebab harganya terlalu mahal. Mereka ini selalunya terus-menerus kecewa bila emas naik mencanak-canak.
Golongan kedua yang percaya dengan pelaburan emas sampai harga berapa pun beli; lebih-lebih lagi bila dah pernah ‘terlepas peluang’ sebelum ini ataupun ghairah dengan keuntungan yang diraih.
Sebagai pelabur, anda tak sepatutnya tergolong dalam dua golongan ini. Jadilah golongan yg ke-3, mereka yang tahu ‘nilai sebenar’ sesuatu pelaburan berdasarkan ‘potensi masa depan’ dengan terlebih dahulu tahu bagaimana ia berfungsi dan berkait antara satu sama lain.
Secara umumnya, harga emas akan naik jika kebanyakan pelabur ‘tidak percaya’ kepada wang kertas (yeah, org economi kata duit fiat). Undi tidak percaya ini boleh terjadi jika sistem ekonomi tersebut dijangka mengalami ‘deflation’ atau ‘inflation’.
Nak senang cerita, deflation boleh terjadi jika Mercedez dah bagi diskaun 80% pun tak siapa nak beli. Inflation pula sebaliknya. Jual Mercedez dengan harga 20% lebih tinggi pun tetap habis stok. Dan pada dua masa inilah emas akan naik mencanak-canak.
Apabila harga minyak jatuh di bawah USD 60 mulai Nov08, ramai pakar ekonomi menjangkakan dunia bakal mengalami ancaman deflation. Ini kerana, kegawatan ekonomi yang sangat teruk membuatkan orang kebanyakan hilang punca pendapatan, tak keluar bercuti mahupun keluar jalan-jalan window-shopping.
Nilai USD, saham dan hartanah jatuh teruk pada masa itu sehingga pelabur dah tiada tempat lain nak letak duit, kecuali emas. Sebab itu jugalah harga emas naik sehingga USD 1,000, sebelum jatuh semula ke USD 900 2 bulan selepas itu. Harga emas jatuh waktu itu sebab beberapa economic indicator menunjukkan kegawatan ekonomi sudah berakhir; pelabur mula cabut daripada emas untuk melabur dalam saham, matawang USD dan hartanah semula.
Sehingga bulan May09, pelabur dunia betul-betul percaya bahawa dunia mula recover dan demand akan meningkat. Sebab itu jugalah harga minyak hampir mencecah USD 80 sebulan setengah kemudian; yang mana harga emas pun ikut naik.
Kini, harga minyak hampir flat (so-to-speak) tapi harga emas tetap naik macam gila. Ini banyak didorong oleh beberapa faktor; antaranya kerana beberapa central bank borong emas sebagai reserve currency sebab nilai USD terus susut (reserve currency dalam matawang USD). Ini boleh membuatkan emas over-valued.
Dan tak kurang juga sebab banyak ‘pelabur jalanan’ yang mula berpusu-pusu membeli emas bila kawan-kawan dok cerita ‘betapa murahnya mereka membeli emas sebelum ini’. Ini yang menyebabkan emas over-rated.
Dua faktor ini menyebabkan harga emas didorong oleh ‘market gyration’ daripada ‘fundamental value’ emas itu sendiri untuk masa terdekat.
Pada pendapat saya, harga emas akan bakal mengalami ‘correction’ (jatuh sedikit) sebelum harganya mendatar untuk seketika. Sebabnya, 1) dunia sedang mengalami proses pemulihan ekonomi; so dah kurang ancaman deflation. 2) selagi harga minyak tak terus naik, ancaman inflasi juga tidak setinggi mana.
Kedua-dua factor ini yang akan membuatkan harga emas akan flat untuk seketika; melainkan jika supply minyak tiba-tiba berkurang (macam taufan Katrina ataupun serang Negara minyak macam Iran) ataupun penduduk China tiba-tiba semuanya pakai kereta daripada naik basikal.
Leave a Reply