Kenapa Emas Sekarang Sangat Over-Valued & Over-Rated

by Mommy Lyna on December 7, 2009 · 30 comments

Pastikan anda langgan RSS Feed blog ini agar tidak terlepas tips-tips yang lebih menarik. Juga tawaran khas untuk pembaca MySuperKids!

Minggu lepas, habis kecoh satu dunia bila harga emas merekodkan harga tertinggi dalam sejarah, USD1,200. Kadar kenaikan sehingga 50% dalam masa 12-bulan ini cukup membuatkan ramai pelabur ghairah dan bersungguh-sungguh mengumpul emas sebagai pelaburan. Tak cukup dengan itu, ada juga yang menggadaikan koleksi emas mereka untuk terus membeli emas.

Betul ke sekarang adalah masa terbaik untuk membeli emas?

Secara umumnya, pelabur emas boleh dikategorikan kepada dua personality. Golongan pertama yang menjauhi emas sebab harganya terlalu mahal. Mereka ini selalunya terus-menerus kecewa bila emas naik mencanak-canak.

Golongan kedua yang percaya dengan pelaburan emas sampai harga berapa pun beli; lebih-lebih lagi bila dah pernah ‘terlepas peluang’ sebelum ini ataupun ghairah dengan keuntungan yang diraih.

Sebagai pelabur, anda tak sepatutnya tergolong dalam dua golongan ini. Jadilah golongan yg ke-3, mereka yang tahu ‘nilai sebenar’ sesuatu pelaburan berdasarkan ‘potensi masa depan’ dengan terlebih dahulu tahu bagaimana ia berfungsi dan berkait antara satu sama lain.

Secara umumnya, harga emas akan naik jika kebanyakan pelabur ‘tidak percaya’ kepada wang kertas (yeah, org economi kata duit fiat). Undi tidak percaya ini boleh terjadi jika sistem ekonomi tersebut dijangka mengalami ‘deflation’ atau ‘inflation’.

Nak senang cerita, deflation boleh terjadi jika Mercedez dah bagi diskaun 80% pun tak siapa nak beli. Inflation pula sebaliknya. Jual Mercedez dengan harga 20% lebih tinggi pun tetap habis stok. Dan pada dua masa inilah emas akan naik mencanak-canak.

crudeoil_0809_448x343

gold_0809_448x343Apabila harga minyak jatuh di bawah USD 60 mulai Nov08, ramai pakar ekonomi menjangkakan dunia bakal mengalami ancaman deflation. Ini kerana, kegawatan ekonomi yang sangat teruk membuatkan orang kebanyakan hilang punca pendapatan, tak keluar bercuti mahupun keluar jalan-jalan window-shopping.

Nilai USD, saham dan hartanah jatuh teruk pada masa itu sehingga pelabur dah tiada tempat lain nak letak duit, kecuali emas. Sebab itu jugalah harga emas naik sehingga USD 1,000, sebelum jatuh semula ke USD 900 2 bulan selepas itu. Harga emas jatuh waktu itu sebab beberapa economic indicator menunjukkan kegawatan ekonomi sudah berakhir; pelabur mula cabut daripada emas untuk melabur dalam saham, matawang USD dan hartanah semula.

Sehingga bulan May09, pelabur dunia betul-betul percaya bahawa dunia mula recover dan demand akan meningkat. Sebab itu jugalah harga minyak hampir mencecah USD 80 sebulan setengah kemudian; yang mana harga emas pun ikut naik.

Kini, harga minyak hampir flat (so-to-speak) tapi harga emas tetap naik macam gila. Ini banyak didorong oleh beberapa faktor; antaranya kerana beberapa central bank borong emas sebagai reserve currency sebab nilai USD terus susut (reserve currency dalam matawang USD). Ini boleh membuatkan emas over-valued.

Dan tak kurang juga sebab banyak ‘pelabur jalanan’ yang mula berpusu-pusu membeli emas bila kawan-kawan dok cerita ‘betapa murahnya mereka membeli emas sebelum ini’. Ini yang menyebabkan emas over-rated.

Dua faktor ini menyebabkan harga emas didorong oleh ‘market gyration’ daripada ‘fundamental value’ emas itu sendiri untuk masa terdekat.

Pada pendapat saya, harga emas akan bakal mengalami ‘correction’ (jatuh sedikit) sebelum harganya mendatar untuk seketika. Sebabnya, 1) dunia sedang mengalami proses pemulihan ekonomi; so dah kurang ancaman deflation. 2) selagi harga minyak tak terus naik, ancaman inflasi juga tidak setinggi mana.

Kedua-dua factor ini yang akan membuatkan harga emas akan flat untuk seketika; melainkan jika supply minyak tiba-tiba berkurang (macam taufan Katrina ataupun serang Negara minyak macam Iran) ataupun penduduk China tiba-tiba semuanya pakai kereta daripada naik basikal.

Popularity: 4% [?]

Continue Reading...

Langgan melalui RSS atau Emel:

{ 30 comments… read them below or add one }

littlemama December 7, 2009 at 9:33 am

oo..emas naik rega ye.. so kalau jual time ni banyak untung la ye *macam byk sangat koleksi emas..ha..ha
littlemama´s last blog ..Apa Yang Seronoknya Sunway Lagoon Theme Park? My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna December 8, 2009 at 5:54 am

depend la beli time harga berapa

Reply

Mommy Lyna December 10, 2009 at 12:56 am

gold price mcm semakin turun jek
Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul My ComLuv Profile

Reply

eyriqazz December 7, 2009 at 11:10 am

Buy low,sell high….Ritey2…
eyriqazz´s last blog ..Invitation to Mister Potato Fiesta 2009‏ My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna December 8, 2009 at 5:55 am

buy high, sell higher olso can

Reply

afidah December 7, 2009 at 1:28 pm

bestnyer website nie.. macam2 ader.. kekeke

u r followed!

Reply

Mommy Lyna December 8, 2009 at 5:55 am

keep in touch
Mommy Lyna´s last blog ..KB Mall Runtuh – Di Sebalik Tragedi My ComLuv Profile

Reply

farah December 7, 2009 at 2:27 pm

so kesimpulannye kena tunggu la emas turun baru leh beli ni.
farah´s last blog ..Macam2 afif My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna December 8, 2009 at 5:56 am

bukan tengah turun ke skng nih
Mommy Lyna´s last blog ..KB Mall Runtuh – Di Sebalik Tragedi My ComLuv Profile

Reply

mama emma® December 7, 2009 at 3:52 pm

kalau ikut cite arwah bos akak dulu, tu sbb mantan PM4 kita nak pkenalkan dinar emas utk negara islam.. tp memandangkan xdak sambutan, maka tkubur mcm tu je..
mama emma®´s last blog ..- KEPUTUSAN CONTEST COPY PASTE - My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna December 8, 2009 at 5:57 am

malaysian good in new initiative, still have to learn how to execute well… haha..
Mommy Lyna´s last blog ..KB Mall Runtuh – Di Sebalik Tragedi My ComLuv Profile

Reply

salzahari December 8, 2009 at 8:58 am

yaah rite Lyna..plan mcm tip top gilos..but execution, huh ..hancuss! habih ‘ikan2 bilis’ mcm kami ni survive nak make it works!! grrr……….

anyway, elok beli ke jual skrg? blur pulak bila dah byk matematik nih… hihii!

Reply

Mommy Lyna December 10, 2009 at 12:57 am

susah la nk ckp exact price. kalau sal really into this ‘pelaburan emas’, can start accumulate kalau emas <USD1100 kot
Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul My ComLuv Profile

Reply

wawa December 8, 2009 at 9:00 am

duit fiat tu problemnya boleh dicetak ikut suka hati je sbb tak bersandarkan apa-apa pun padahal asalnya itu ialah representative money.

Fiat money cuma bersandarkan pada nilai (janji).

Masalahnya, fiat money tu boleh jadi tak berniali apa-apa pun.

Pada hemat saya, walaupun emas tu boleh jadi over-valued or over-rated, but in the end emas mmg bernilai.

Emas kalau dibahagi dua, kita dapat nilai yangs ama. Tapi kalau duit tu dikoyak dua, dah tak ada nilai langsung.

;) wawa´s last blog ..i’m alive My ComLuv Profile

Reply

faizulamin December 9, 2009 at 6:16 pm

ohoho..
“Emas kalau dibahagi dua, kita dapat nilai yangs ama. Tapi kalau duit tu dikoyak dua, dah tak ada nilai langsung.” saya suka statement ini! :-) faizulamin´s last blog ..Kaedah Buat Duit Dari Unit Amanah dan Tingginya Caj Jualan My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna December 10, 2009 at 1:09 am

“fiat money tu boleh jadi tak berniali apa-apa pun” -> are u sure?
this currency thingy pun boleh buat duit gk kn?
Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul My ComLuv Profile

Reply

wawa December 10, 2009 at 10:18 am

u just tengok duit zimbabwe tu lah. skrg mmg ada value, but in the future, it will be just paper.
wawa´s last blog ..vertigo My ComLuv Profile

Reply

Mommy Lyna August 17, 2010 at 11:53 am

I mean, dh tau currency zimbabwe ade problem, kenapa tak simpan duit fiat dlm matawang lain? Aussie dollar one of the strongest for now. Still fiat money?

Reply

aphzan December 8, 2009 at 9:46 am

Kena kenali betul2 yang mana perlu dimasukkan ke dalam balang dahulu samada bola golf, guli, pasir atau 2 cawan kopi supaya kesemuanya muat….
Sebagai pelabur, kena tahu instrumen pelaburan tersebut, kalau tak tahu tanya, jgn main ikut orang membuta tuli….

Reply

Mommy Lyna December 10, 2009 at 1:10 am

yup, 101% agree. but still susah nk lwn nafsu tamak esp bila ‘terlepas peluang’
Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul My ComLuv Profile

Reply

balqisyia December 9, 2009 at 1:00 pm

Tak tahu ngape sekarang ni suka tengok graf turun naik emas. Hari ni emas betul-betul turun. Berita x best tuk penjual , tapi berita syiok untuk pembeli.

Hari ni dh sambar 1 Dinar Kelantan, semalam RM548 hari ni RM538. Dh jimat RM10. Berat yang sama, purity yang sama, tapi RM nya yg berubah…

Reply

Mommy Lyna December 10, 2009 at 1:12 am

great! i think harganya akn terus jatuh dlm masa terdekat sblm mendatar.
Mommy Lyna´s last blog ..Persepsi Harga Emas Takkan Turun- Sangat Naïve & Lurus Bendul My ComLuv Profile

Reply

nOj December 10, 2009 at 9:02 am

dh lama terlupa nk cek harga emas… tp last week, memandangkan gelang yg dibeli pd taun 2007 yg hanya berharga RM+++.++(ratus) asek2 putus, decided nk tukar… terkejut dgn harga emas yg segram RM138… lebih terkejut bile ditimbang, gelang taun 2007 berharga RM++++.++(ribu) wowwww… untung2 terus tukar… hehehe
nOj´s last blog ..anak ko sakit, apehal mak plak muka x malu hulur tgn suh doc cek BP?? My ComLuv Profile

Reply

shuth December 11, 2009 at 1:43 am

owh! ok.. so ia memang fundamental analysis lah yer… :)
thanks for your analysis..
shuth´s last blog ..Mengukur Kejayaan.. My ComLuv Profile

Reply

hlmi December 15, 2009 at 3:00 pm

just to add quote from Warren Buffett:

“Gold gets dug out of the ground in Africa, or someplace. Then we melt it down, dig another hole, bury it again and pay people to stand around guarding it. It has no utility. Anyone watching from Mars would be scratching their head.”

Reply

UmmyMursyeed December 30, 2009 at 1:01 pm

baru ingat nak tuka gelang kaki yg dibeli thn 2004..kene pk 2- 3 kali nih..
thx kak..buat analisis yg tak penah sy pk sblm ni..best aaa blog ni.. nak follow aa…:)..salam budak br blaja blog…
UmmyMursyeed´s last blog ..Kenapa Emas Sekarang Sangat Over-Valued & Over-Rated My ComLuv Profile

Reply

azfia August 17, 2010 at 10:07 am

bru nak menceburi pelaburan saham ni..smolek-moleknya modal yg kita nk prepare brape?

Reply

Student@SyukJohor November 29, 2010 at 12:18 pm

berapa yang kita sanggup untuk rugi.

p/s: tolong jawabkan..hee~

Reply

mei December 24, 2010 at 10:39 am

So, harga emas dah usd 1400.00 skrg, jadi telahan awak silap.
Jika awak tahu mengenai apa yg gomen2 kat dunia skrg ni buat, tentu awak akan katakan harga emas skrg terkurang nilai. Jika betul2 emas dunia dijual beli dgn fizikal bukannya dgn paper gold , maka harganya lagi terkurang nilai. Spekulator kebanyakkan beli dan jual emas dgn paper gold bukannya dgn fizikal gold.

Reply

Mommy Lyna December 24, 2010 at 2:35 pm

drpd USD1,200/oz akhir tahun 2009 kepada USD1,400 lepas setahun u think cukup bagus? emas naik hampir 2x ganda tahun 2009 tapi kenapa cuma 16% tahun 2010? naik atau turun mungkin bukan persoalan; tapi ‘how much more’ & ‘how soon’ macam mana?

pasal emas fizikal & paper, camni la. harga minyak naik sampai USD147/bbl pun bukan spekulator beli minyak mentah & simpan belakang rumah. tapi they just buy contract untuk ‘dijual semula’. nak dipendekkan cerita, bila minyak jatuh, ade ke yang suffer tu cuma paper oil je? minyak “fizikal” pun teruk gak kena sampai semua oil operator register profit drop.

make sense?

and emas terkurang nilai or not sangat subjektif just like orang luar cakap kereta proton mahal walaupun kita rakyat m’sia rasa itu yg antara termurah.

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post:

fukosantin epimedium african mango afrika mangosu epilamor ozoderm uzamax altin cilek lavixir ayak kokusu biber hapi genos penis halkasi maurers