Main saham diketahui sangat sebagai salah satu cara nak melabur. Kalau membandingkan saham dengan mana-mana pelaburan (macam hartanah), semua buku pun tulis kelebihan main saham terletak pada liquidity-nya. Maksudnya tu, senang nak jual-beli tanpa perlu ada pihak ketiga; kalau ada pun broker je la.
Tapi bagi saya…, kelebihan main saham ni bukan la pada liquidity-nya pun… sangat sebab by right you should only invest the ‘extra cash’ only and have enough reserve untuk kes-kes emergency. Sepatutnya tak laburkan semua duit dengan harapan boleh dapat untung berganda.
And from my personal experience, it’s more than that:
Business Minded
Cari stock mana yang nak di-invest is like mencari peluang business mana yg nak masuk. End up you’ll learn apa yg buat sesuatu business tu untung and apa yg diperlukan untuk sesuatu perniagaan tu berjaya. Lagi, you’ll struggle to understand some business model & market research. Sangat best bila kita discover ada banyak rupanya cara nak jual goreng pisang rather than just tepi jalan & pasar malam setiap hari.
Orang keja mkn gaji & belum kaya (macam saya) akan dapat banyak benefit. Rather than sibuk komplen apsal ler gaji tak naik-naik, at least boleh la faham kenapa as syarikat, they cannot do so at that time, and what it takes as syarikat utk bagi pekerja gaji yg masyuuuk.
Kalau ikut theory RDPD, boleh move to quadrant org business & pelabur (B & I). And seriously, it will upgradeyour thoughts sebab we start thinking as shareholder than just a regular employee.
Financial Engineering
Cara paling cepat nk korek stock mana yang bagus ialah membandingkan beberapa financial ratio (e.g. ROE & profit margin) untuk syarikat yang berbeza tapi dalam business model & industry yg sama. Kalau nk menilai secara qualitative pulak, kita kena look into detail financial report (income statement, balance sheet & cashflow); some accounting skills required tapi takde la susah mcm ACCA, huhu.
Bila dah tahu apa standard ratio sesuatu industry, sangat bagus jika kita pun apply untuk business sendiri. Contohnya, buat kira-kira sikit daripada akaun keluar masuk & compare sejauh mana kita dah ‘berjaya’. Lepas tu senang nak tahu apa yang kena buat untuk mencapai standard yang perlu. We used this standard utk measure online business. Dan jugak, guna gak utk pelaburan hartanah & benchmark dengan orang yang own Garden MV.
Macro-Micro Economics
Dengan melabur dalam saham, sangat senang nak paham dunia pelaburan guna bottom-up approach. Belajar apa syarikat punya status & progess, then relate dgn overall industry utk dapatkn macro view. Dengan cara ni, banyak macro-economic punya indicator (mcm inflasi, bond, commodity….) will make a lot of sense to you. Sbb economically, semua benda adalah berkait antara satu sama lain.
Dan sekiranya kita berminat nk jadi medium & short term traders (especially commodity, stock & forex), macro & micro economic indicator sangat2 penting. Kalau tak mampu nak buat quick & profitable decision hanya akan membawa padah. Dengan memahami how actual things works (in this case how profitable a company will be), kita boleh memajukan skill pelaburan, termasuk derivative product yg digunakan speculators.
Rasa mcm banyak je lagi tapi cukup la for now… terlalu teknikal kan? Hehe.
Satu lg yg saya rasa worth highlighting, loan rumah sangat senang diapprove dengan special rates (lebih rendah daripada rate yg bank tu beritahu) & term jika kita tunjukkan bank terbabit dengan beberapa teknik yg dah digunakan dlm pelaburan saham.
Nak tahu? Tunggu….
Leave a Reply