, ,

Itinerary Road Trip Round Iceland Ketika Midnight Sun

admin Avatar

Walaupun dah setahun berlalu tapi masih belum terlambat untuk saya kongsikan itinerary penuh roadtrip kami sekeluarga di Iceland pada summer 2014. Pengalaman ni ada termuat dalam majalah Keluarga keluaran September 2015. Pengembaraan memburu midnight sun di Iceland 🙂

Kami menaiki pesawat KLM dari KLIA, transit di Amsterdam sebelum ke Reykjavik, Iceland dengan pesawat Icelandair. Sewa kereta di airport. Sepanjang perjalanan ni kami cuma booking penginapan di Reykjavik dan Keflavik saja. Yang lain-lain ikut nasib mendarat di mana. Kami memiliki GPS Europe, jadi senang nak tour Europe.

Negara : Iceland
Benua : Eropah
Lokasi : Antara Lautan Atlantik Utara dan Lautan Artik, berhampiran Greenland
Matawang : Icelandic Kronar (ISK). Rate tukaran ke MYR : RM1 bersamaan ISK30.

Hari 1

Hari ketibaan

Tiba di Reykjavik. Menginap di Ambassade Apartment, Reykjavik yang terletak di Þingholtsstræti 21. Nak cari jalan ni satu hal sebab abjad2 Þ,æ, tu mana ada dalam keyboard GPS T_T Nak menangis mencarinya. Akhirnya entah macamana boleh jumpa. ALhamdulillah.

Cuaca cerah di Reykjavik. Menurut orang kat situ, dua tiga minggu sebelum ni memang kerjanya hujan je. Hari tu alhamdulillah, cerah.

Penginapan : Ambassade Apartment, Reykjavik. Rate : ISK30,000.

Hari 2

Reykjavik – Golden Circle – Hveragerði  – Gulfoss – The Great Geysir – Vatnsleysufoss – Selfoss – Seljalandsfoss – Skogafoss – Reynisfjara – Skaftafell

Kami mula memandu dari Reykjavik ke Golden Circle, tourist route yang sangat terkenal di Iceland. Di sini terletak banyak tarikan natural. Antaranya Geysir, air pancut semulajadi yang terhasil daripada ledakan air panas atau geyser yang memancut mengikut masa tertentu. Sayangnya tak pernah sempat snap 🙁

Kami juga sempat singgah di beberapa air terjun seperti Gulfoss, Skogafoss, Selfoss, Seljalandsfoss dan Vatnsleysufoss. (Skogafoss dan Seljalandsfoss tu tempat shooting Dilwale tau!) Foss dalam bahasa Iceland maksudnya air terjun. Gulfoss ni sebuah air terjun yang sangat besar, dan kita akan pandang dari bahagian atas macam gambar di bawah ni.

WATERFALL ICELAND

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Skaftafell yang terletak kira2 330km dari Reykjavik.Dalam perjalanan kami sempat singgah Reynisfjara yang mana penggambaran filem Noah dan klip video Gerua Dilwale dibuat di sini!

Di Skaftafell ni kami mula operasi ‘gamble’ untuk dapatkan penginapan. Alhamdulillah, Hotel Skaftafell masih ada bilik yang kosong. Perjalanan di musim panas ni memang best. Walaupun kami tiba jam 9 malam, tapi suasana cerah macam jam 5 petang.

Penginapan : Hotel Skaftafel. Rate : ISK20,000.

Hari 3

Skaftafell – Jakulsarlon – Hofn – fjords – Seyðisfjörður – Borgarfjörður Eystri

Selepas bersarapan, kami explore di sekitar Skaftafell. Di belakang hotel kami terdapat kawasan glasier. Tak ada larangan nak pegi dekat mahupun nak memanjatnya, tapi takut pula nak mendekatinya… Bimbang ada avalance! Maklumlah bersendirian tanpa guide. Tak biasa pula dengan keadaan di tempat itu. Kami cuma memanjat di bukit2 kecil sekitarnya dan menikmati keindahan glasier yang sangat cantik. Subhanallah. GLASIER ICELAND

Next stop adalah Jakulsarlon… kawasan lagun iceberg yang terkenal di sini. Subhanallah cantik sangat2. Dilwale lah sangat kan.

DILWALE

Hampir tengahari barulah kami bertolak ke Hofn.

Guess what…?

Lingoustine! Lingoustine adalah sejenis lobster dan merupakan hidangan yang terkenal di Hofn.

WALTER MITTY

Siap ada gambar Ben Stiller, Walter Mitty… the reason why I was in Iceland 😀

Nak sampai ke tempat idaman di Borgarfjörður Eystri tu memang sikit punya cabaran. Mula2 kena lalu fjords. Ya Robbi, taktau nak cakap pening kepala pusing2 fjords tu.

Sempat lagi singgah di Egilsstadir dan Seyðisfjörður. Tempat ni dibuat penggambaran filem Walter Mitty… tempat Mitty naik skateboard tu.

Bila dah hampir sampai di Borgarfjörður, kena pula merentas bukit. Jalannya tak berturap T_T tak ada penghadang jalan. menakutkan betul.

Borgarfjörður Eystri

Masa ni rasa stress sangat. Dah jam 10.30 malam, budak2 dah penat. Kami pun penat. Driver lagi penat. Oh stress…!

Tapi sebaik saja sampai, subhanallah, cantik sangat! Hilang semua penat. Memang berbaloi panjat bukit tu. Masa tu dah jam 11.30 malam, akak owner tempat penginapan tu bagitau masa ni puffin balik ke sarang. Tak sempat check in, kami terus ke tempat puffin. Masha-Allah, menyaksikan burung puffin di kala midnight sun… sangat mengkagumkan.

Sampai sekarang masih terbayang di mata.

Penginapan : Alfheimar Guesthouse. Rate : ISK27,000.

Hari 4

Borgarfjörður Eystri – Hverir – Myvatn Lake – Godafoss – Akureyvi

Hujan plak hari ni.

Pemilik tempat penginapan tu ajak kami ke ladang bapanya untuk melihat biri-biri.. FOC je katanya.Tapi kami menolak sebab nak cepat.

Maklumlah, perjalanan masih jauh. Kini bermulalah perjalanan ke bahagian utara Iceland pula. Keluar saja dari Borgarfjörður Eystri, kami melalui kawasan perbukitkan yang diselimuti salji. Tak nampak apa kecuali benda putih (salji) dan hitam-putih (jalan raya). Rasa macam berada di dunia lain. Kerajaan langit, hehe.

JALAN RAYA ICELAND

Lepas je kawasan bersalji yang creepy tu.. dahle takde orang… kami tiba di Hverir. Ia sebuah kawasan tanah merah bekarat yang berbau sulfur. Kat sini ada boiling mudpot dan cerobong2 sulfur yang tak henti-henti berasap.

ICELAND

Selepas melepasi banjaran gunung-ganang Namaskard Pass, tibalah kami di Tasik Myvatn. Alhamdulillah dah jumpa hijau semula.

Selepas makan tengahari dan melawat ladang kambing, kami sambung perjalanan ke Akureyri.

Akureyri adalah pusat perikanan di Iceland. Dari Akureyri boleh naik bot ke Grimsey, sebuat pulau yang terletak di Artic Circle. Whale watching juga ada. Namun begitu, bot ke Grimsey tidak ada hari-hari. Cuma ada 3 atau 4 kali seminggu saja.

Penginapan : Pearl of The North Apartment, 2 bedrooms. Rate : ISK24,000.

Hari 5

Akureyvi – Snaeffellsnes Peninsular

Cadang nak ke Grimsey tapi tak sempat. Jadi kami teruskan perjalanan ke Snaeffellsnes Peninsular.Perjalanan memang jauh, dalam 420km. Kami pun dah penat sebenarnya, hari-hari tukar tempat dan hari-hari habis masa dalam kereta.

Kat sini lah dibuat penggambaran scene Walter Mitty naik basikal.

Di semenanjung tu, lami terus ke hujung tanjung semenanjung tu yakni ke Hellnar. Masya-Allah cantik dan damai sangat. Tapi hujan renyai-renyai mulai turun. Kami cuma menikmati pemadangan dari tingkap bilik je. Nampak 2-3 ekor dolphin melompat-lompat.

Penginapan : Hotel Hellnar. Rate : ISK21,000.

Hari 6

Hellnar – Snæfellsjökull – Dritvík – Djúpalónssandur – Ólafsvík – Kirkjufell – Borgarness – Reykjavik

Selepas berjalan-jalan di sekitar Hellnar (hiking), kami mula berkemas untuk bergerak ke Reyjavik semula. Dalam perjalanan tu banyak tempat yang kami singgah. Snæfellsjökull hari sebelum tu tak nampak sebab hujan, hari ni nampak jelas puncak gunung berapi ni. Lepas tu ke Dritvik, pantai berbatu yang cantik sangat. Pasir pun hitam. Djúpalónssandur adala sebuah teluk, dulu tempat ni jadi pangkalan tangkap ikan. Olafsvik konon-konon sebab namanya Olaf. Hehehe. Ia adalah pangkalan perikanan di bahagian barat Iceland.

Lepas tu terus ke Kirkjufell, bukit yang cantik sangat ni. *tak jumpa pulak gambar kami, amik kat Google je la kira halal naaa*

KIRKJUFELL ICELAND

Nak dapat pemandangan macam di atas ni kena cari angle yang sesuai. Kalau tak nampak macam bongkah flat je.

Lepas bergambar, melompat kat sini, kami teruskan perjalanan. Sempat singgah di sebuah bandar yang terlibat dalam penggambaran filem The Secret Life of Walter  Mitty. Tempat tu namanya Bogarness. Tempat yang Mitty makan Papa John tu. Tapi takde pun restoran Papa John tu. Kedai lain. Hehe. Dari Bogarness ke Reykjavik dah tak jauh dah, dalam 70km.

Penginapan : Reykjavik4You Apartment Hotel. Rate : ISK30,000.

Hari 7

Reykjavik – Blue Lagoon – Keflavik

Hari terakhir di Iceland… kami decide untuk jalan2 di bandar Reykjavik dan paling penting ke Blue Lagoon. Hehe, layan budak2 mandi lagoon. Jadi kenangan juga bila jaket kesayangan Hafiy tiba2 hilang. Takpelah, takde rezeki.

Lepas puas berendam di Blue Lagoon, kami terus ke station terakhir sementara menunggu flight jam 2 pagi ke Amsterdam dan seterusnya ke KL… tempat tidur! B&B Keflavik Airport jadi pilihan. Rehat sekejap sebelum ke airport.

Penginapan : B&B Keflavik Airport. Rate : ISK12,000.

Itulah dia catatan ringkas perjalanan kami selama 7 hari mengelilingi pulau Iceland. Ada banyak lagi kenangan dan tempat menarik yang kami singgah. Tapi disebabkan ada yang incidetally singgah (tak plan), jadi banyak yang tak ingat. Nanti kalau ingat balik saya tulis balik.

Kenangan yang tetap tersemat di sanubari. Sekali-sekala menggamit kerinduan.

ICEBERG

Beberapa tips memandu keliling pulau Iceland:-

  • Untuk habiskan satu pulau tanpa singgah di mana-mana, boleh ambil masa 4 hari… tapi sesungguhnya tidak enjoy kalau sekadar tengok dari dalam kereta saja.
  • Paling minimum untuk memandu keliling Iceland adalah 7 hari. Paling bagus 2 minggu.
  • Pilih kereta yang menggunakan diesel kerana ia lebih murah berbanding petrol.
  • Bersedia untuk isi minyak bila jumpa stesen minyak. Mungkin the next stesen minyak sangat jauh!
  • Hati-hati di jalanraya, binatang-binatang melintas sesuka hati.
  • Jangan pernah rasa bosan terutama bila melalui kawasan fiords. Tolong enjoy!
  • Jalan raya tiada bahu jalan, dan ramai orang berjalan serta naik basikal di sana. Jangan bawa laju-laju walaupun jalan clear.
  • Kenalpasti jalan tak berturap supaya boleh bersedia mental dan fizikal.
  • Jangan lupa bekal. Ikan kering Iceland sangat sedap dimakan semasa dalam kereta.
  • Masa musim midnight sun ni sila tengok jam, jangan agak2 gelap sebab Maghrib pun masuk hampir jam 12 tengah malam (itu pun tak gelap pun).

Take Note:

1. Tempat penginapan tu kami on-the-spot (dalam perjalanan baru cari) jadi memang tak dapat best deal & limited choice (nasib tak kena tidur dalam kereta). Sila plan awal-awal untuk itinerary dan penginapan untuk dapatkan lebih nilai dan pilihan.

2. Makanan halal boleh didapati di bandar-bandar besar je. Town2 kecik tu sila deal dengan tukang masak untuk sediakan makanan yang kita boleh makan. Insya-Allah diorang layan. Nak senang bawa je bekal atau sewa apartment & masak sendiri.

3. Harga barang-barang kat sini memang mahal tapi OK lah.. takat nak makan2 je. Jangan bershopping pulak.

Semoga membantu dan selamat menjejalah Iceland!

Tagged in :

admin Avatar

15 responses to “Itinerary Road Trip Round Iceland Ketika Midnight Sun”

  1. Fara Fadzil Avatar

    Best2! Lagi best kalo admin bole ltk dlm kurungan camner nk sebut nm tpt yg plik2 tu 😀
    Berbelit lidah nak bacanya hihihi

    1. admin Avatar
      admin

      admin pun tak reti nak menyebutnya

      1. Khadeejah Hasmad Avatar

        Fjord sebut fiord. Huhu. Ai sgt curious cara sebut sampai YouTube cara pronounce 😛

        1. admin Avatar
          admin

          a ah, derangnya huruf J jadi sebutan Y. Reykjavik sebutannya – rek-ya-vik

  2. rumah teres Avatar

    Thanks telah kongsikan itinerary penuh roadtrip di Iceland

    1. admin Avatar

      Banyak lg tempat2 persinggahan yg tak tercatat ni ☺️

      1. Eddy Avatar
        Eddy

        Berapa harga tiket pergi balik?

        1. admin Avatar
          admin

          Kosnya agak2 seperti dlm entry ni Tuan ===> http://bit.ly/1LSJ6cb

  3. Amyz Avatar

    Allah hu akhbar. Seronoknya. Selama ni tgk dalam tv je iceland tu macam mana kan? Bila ada org yg pergi ni barulah dapat tau rasa debor2 journey dia macam mana. Fuh fuh. Alhamdulillah budak2 pun baik2 saje.

  4. Ros Avatar

    bestnya.. baca pun dah terasa bestnya.

  5. Khadeejah Hasmad Avatar

    Kalau summer dia panas tak? Atau panas yang nyaman ke?

    1. admin Avatar
      admin

      cold summer in Iceland, Deeja 🙂

  6. Lini Avatar
    Lini

    Assalam puan,
    Saya harap dpt email dr puan utk itinerary lengkap ke iceland ni.
    Saya pun bercadang nk pegi bwa anak2.

  7. habi Avatar

    terimakasih kerana telah berkongsi pengalaman di sini

    1. admin Avatar
      admin

      sama-sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge