9 Tips Buat Itinerary Sebelum Travel

By | October 20, 2015

Sebelum kita nak travel ke mana-mana, itinerary mesti kena ada. Melainkan kalau nak duk sana 2-3 bulan tu mungkin ada banyak masa untuk explore. Tapi kalau macam kami yang seminggu dua pun dah cukup lama… wajib ada itinerary. Kenapa? Supaya masa yang ada boleh dioptimumkan sebaiknya. Ye lah, bukannya selalu kita nak travel. Lebih baik plan siap-siap sebelum sampai di sana dan buang masa fikir nak ke mana.

SAYAP KAPAL TERBANG

Di sini saya nak kongsi beberapa tips untuk buat itinerary. Mudah-mudahan berguna dan membantu OK!

1. Tujuan Kembara

Orang travel ni atas macam-macam sebab. Ada yang nak rileks2 aje. Ada yang nak buat aktiviti. Ada yang nak menikmati nature. Ada yang nak menikmati culture. Ada nak melawat landmark. Ada yang nak shopping. Ada yang tak kisah asalkan sampai… Cuba fikir sejenak “Apa yang aku nak dari kembara ni?”.

Bila dah jelas apa yang kita nak buat, barulah senang nak plan ke mana nak pegi.

IRELAND UTARA

2. Berapa lama akan ke sana

3 hari? Seminggu? 2 minggu? Sebulan? 6 bulan? Makin singkat masa kembara kita, makin strict plan yang kita kena buat. Dan of course mesti dapat cover yang penting2 supaya berbaloi dengan apa yang dah dilaburkan.

3. Rujuk Peta, Website, Blog dan Buku-Buku Travel

Mesti kena kenal tempat yang kita nak pegi tu. Ini penting untuk menyusun itinerary, terutama dalam masa singkat. Jangan teruja dengan nama dan tarikan je, RUJUK PETA! Mesti tahu itu kat mana, ini kat mana. Yang dekat-dekat boleh tapau sekali harung.

4. Plan Nak Tinggal di Mana

Hotel? Hostel? Apartment? B&B? Rumah member? Decide nak tinggal kat mana dan check lokasinya dalam peta yang kita dah sediakan tadi. Supaya takdelah ambil masa yang lama nak ke satu-satu tempat dan balik semula ke tempat penginapan. Penat tau ulang-alik nih.

5. Plan Transport

Dah plan tempat nak tinggal, transport pun mesti plan siap2. Check tempat yang kita nak pegi tu ada pengangkutan awam yang mudah macam tren atau bas ke, atau kena pandu kereta ke, atau jalan kaki ke… Kalau ada public transport ni biasanya ada cara nak berjimat macam beli pass dan sebagainya. Sesuaikan dengan plan dan decide macamana.

TEKSI

6. Check Hari Cuti/Festival

Check masa date yang kita plan nak pegi tu, ada tak terkena dengan hari cuti atau sebarang festival di tempat terbabit. Kami pernah terkena banyak kali… di Seoul, 3 hari depa cuti! Apa pun tak bole buat. Bas pun tak jalan T__T. Di Busan pulak terkena masa Festival Bunga api di penghujung bulan Oktober. Kebetulan sangat kami rancang ke Gwangili Beach petang tu.. Memang bersesak habis dari dalam tren sampailah ke pantai. Budak-budak la kesian. Dalam tren yang macam sardin, nasib tak pengsan.

7. Check Best Time Untuk Kunjungan

Misalnya kalau nak tengok tarian kecak di Uluwatu, Bali.. mesti ada di sana sebelum senja sebab ia bermula pada waktu senja. Kalau nak tengok penguin di Phillips Island, pun kena sebelum senja sebab penguin tu akan balik ke darat bila malam mula menjelma. Janganlah terlepas time2 istimewa ni ye.

8. Bajet

Saya selalu letak bajet di akhir sekali. Sebab apa.. kalau letak bajet awal2 kadang2 minda kita jadi ‘limited’. Jadi nak fikir perkara yang dalam bajet je. Tapi kalau bajet datang selepas semua selesai, kita mungkin boleh plan untuk jimatkan belanja tapi still boleh menikmati apa yang kita dah rancang. Daripada dari awal dah cut beberapa perkara menarik sebab takde bajet.

9. Fleksible

Perlu ingat yang itinerary ni cuma panduan saja.. jangan pulak terlalu rigid nak kena ikut satu persatu. Mungkin dalam perjalanan tu kita ada hadapi isu, ataupun jumpa benda yang lebih best… jadi mesti bersedia untuk perubahan plan, atau siap2 buat plan B.

Bila masa terbaik nak buat itinerary ni? Buat je sebaik datang idea dan hasrat nak mengembara tu… Jangan tunggu last minute, nanti banyak pula benda menarik yang tertinggal. Saya biasa buat itinerary dalam sebulan dua sebelum bertolak, kadang2 ada juga seminggu dua, dan yang paling haru, sehari sebelum! Oh, yang tak sempat buat itinerary pun ada juga. Tapi macamana pun, sediakanlah itinerary sebagai panduan. Sekurang2nya jadi sebab nak study lebih sikit tempat2 yang kita nak pegi tu.

Selamat berkembara!

Category: Tips Travelling Travel with Super Kids Tags: ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “9 Tips Buat Itinerary Sebelum Travel

  1. Pingback: Panduan / Tips Itinerary Travel – YanieYusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge