Dah setahun lebih sebenarnya peristiwa ni berlaku… barulah berkesempatan nak mencoretnya dalam blog ni. Ini ringkasan kembara kami ber-backpack di Timur Tengah : Sri Lanka (titik mula) – Qatar – Jordan – Mesir – Emiriah Arab Bersatu – Hong Kong (titik akhir).
Sebenarnya ia adalah rentetan dari kembara di bumi matahari terbit, Jepun. Selepas 2 minggu di Jepun, kami balik ke Malaysia sehari, dan bertolak ke Middle East pada keesokan harinya. Sempat lagi turun HQ SHaklee jumpa dengan anak cucu di sana.
Saya buat ringkasan dulu sebelum cerita details ya.
Itinerary perjalanan:
Tarikh & Masa : 3 April 2013 @4.30pm
Pesawat & Tujuan : Sri Lankan Airlines, KUL-CMB (KLIA-Colombo, Sri Lanka)
Jarak Perjalanan : 3 jam 25 minit
Kami bermula dengan menaiki pesawat Sri Lankan Airlines dari KLIA ke Colombo. Alang-alang transit, kami ambil penerbangan dengan transit paling lama, sempat jalan-jalan di sekitar Colombo. Kami tiba di Colombo dah lewat petang. Bermalam di sana untuk satu malam.
Tarikh & Masa : 4 April 2013 @6.50pm
Pesawat & Tujuan : Sri Lankan Airlines, CMB-DOH (Colombo-Doha, Qatar)
Jarak Perjalanan : 5 jam 5 minit
Di Doha, kami menginap di sebuah hotel berdekatan dengan Souq Waqif. Antara aktiviti di Doha adalah melawat sahabat-sahabat yang tinggal di sana, menggelungsur di pasir berdengung, melawat bandar Doha dan sekitarnya termasuk muzium, pantai dan sebagainya. Yang paling manis, di sinilah merasa air hujan di padang pasir buat pertama kali.
Tarikh & Masa : 7 April 2013 @12.50pm
Pesawat & Tujuan : Qatar Airways, DOH-AMM (Doha-Amman, Jordan)
Jarak Perjalanan : 2 jam 45 minit
Di Jordan, kami menyewa kereta dari Airport Amman, memandu dari Amman ke Madaba, kemudian ke selatan lagi menuju Laut Mati, wadi-wadi dan Petra. Kemudian balik ke Amman, dan ke Irbid bertemu dengan sepupu saya yang belajar di sana.
Tarikh & Masa : 12 April 2013 @6.45pm
Pesawat & Tujuan : Royal Jordanian, AMM-CAI (Amman-Kaherah, Mesir)
Jarak Perjalanan : 1 jam 30 minit
Di Kaherah kami menginap di rumah kawan baik kami yang menetap di sana, Azizul dan Shazrah. Pada mulanya nak tinggal di hotel berdekatan dataran Tahrir, tapi kerana baru saja berlaku pergolakan di situ (sehari sebelum kami bertolak ke Kaherah dari Amman), maka kami memilih option paling selamat. Lagipun masa ni saya diuji dengan sakit berkaitan paru-paru.
Tarikh & Masa : 15 April 2013 @8.00m
Kenderaan & Tujuan : Sleeper 84 Deluxe (Giza-Luxor)
Jarak Perjalanan : 9 jam 40 minit
Setelah menikmati hari-hari di Kota Kaherah, kami bergerak ke Luxor dengan sleeper train. Keadaan train-nya agak dahsyat, tapi cukup bagus untuk kami. Asal boleh tidur. Kami tiba di Luxor dengan disambut oleh segerombolan pemandu teksi (keadaan biasa di sini). Luxor adalah tempat yang paling saya sukai… dan yang paling hebat tentunya melihat sendiri mumia Firaun Tutankhamun di Lembah Raja-Raja (Valley of The Kings), tapi sayangnya tidak dibenarkan bawa kamera di situ..
Tarikh & Masa : 18 April 2013 @10.20am
Pesawat & Tujuan : Qatar Airways, LXR-DOH (Luxor, Mesir – Doha) – transit 2 jam
Jarak Perjalanan : 2 jam 45 minit
Tarikh & Masa : 18 April 2013 @4.05pm
Pesawat & Tujuan : Qatar Airways, DOH-AUH (Doha-Abu Dhabi, UAE)
Jarak Perjalanan : 1 jam
Pertama kali mendarat di Abu Dhabi… nak cepat-cepat sampai ke hotel kerana badan rasa penat sangat. Hotel kami di tengah ibu kota, bersebelahan dengan Al Wahda Mall. Ada junior saya tinggal di sini, jadi ambil kesempatan bertemu beliau.
Tarikh & Masa : 20 April 2013 @12.00pm
Kenderaan & Tujuan : Teksi, Abu Dhabi-Dubai
Jarak Perjalanan : 1 jam 30 minit
Pada mulanya kami nak naik bas, tapi tak jumpa sumber yang reliable untuk bas yang bakal bawa kami ke Dubai (pernah tersilap naik bas di Abu Dhabi sebelum ni) jadi kami memutuskan untuk naik teksi saja. Teksi ni pula tak tahu di mana hotel kami, terpaksalah cari teksi lain yang boleh bawa kami ke hotel.. Sudahnya dah lewat petang baru sampai.
Tarikh & Masa : 22 April 2013 @11.00pm
Pesawat & Tujuan : Cathay Pacific, DXB-HKG (Dubai, UAE – Hong Kong)
Jarak Perjalanan : 8 jam 5 minit
Alang-alang transit di Hong Kong, kami ambil kesempatan untuk bermalam di sana satu malam. Hong Kong masih jerebu seperti kami datang 2 bulan sebelum tu. Walau bagaimanapun, I love Hong Kong!
Tarikh & Masa : 24 April 2013 @4.15pm
Pesawat & Tujuan : Cathay Pacific, HKG-KUL
Jarak Perjalanan : 3 jam 40 minit
Alhamdulillah, tamatlah perjalanan kami di Timur Tengah. Yang paling lekat di hati saya adalah kisah-kisah ambiyak di bumi Jordan, serta Firaun di bumi Mesir. Insya-Allah akan saya kongsikan nanti perkara-perkara yang saya tak pernah tahu sebelum ni yang dikorek dari perbualan dengan penduduk tempatan di sana.
2 hari selepas tiba di tanahair, datang pula hari paling bersejarah untuk saya, yakni sambutan Master Celebration di Empire Hotel.
Leave a Reply