Kalau Suami Dah Tak Suka…

By | December 2, 2014

Kalau suami dah tak suka… sebagai isteri, perlu buat apa?

KALAU SUAMI TAK SUKA

Kalau suami tak suka dengan masakan kita, haruslah sebagai isteri, kita kena cuba masakan baru, resepi baru, atau belajar masak. Kadang tu bukanlah apa pun, buka  kita tak reti masak, tapi mungkin dia nak ubah selera nak rasa masakan lain. Kalau suami kata dah tak suka masakan kita, jangan sentap tapi tanya dia, dia nak makan masakan yang macamana?

Kalau suami dah tak suka dengan gaya kita berpakaian di rumah, cuba gaya baru pula. Tukar fesyen rambut ke, tukar pakaian dari T-Shirt kepada maxi dress ke… Mungkinlah kita rasa terlalu sibuk urus anak-anak sampai tak ada masa untuk bersiap, tapi cuba cari masa sekejap saja untuk sikat rambut cara lain, pakai baju cara lain. Kalau tak ada baju lain, minta dia belikan. Nak sangat kan.

Komunikasi suami isteri sangat penting, memanglah kita tak boleh nak buatkan semua pihak puas hati. Tapi sekurang-kurangnya, kita bincang elok-elok. Give and take lah, barulah boleh menghasilkan sinergi bersama.

Tapi macamana pula kalau suami kata dah tak suka pada isterinya lagi?

Terlebih dulu isteri jangan mudah sentap atau teru down. Cuba siasat apa sebenarnya yang telah berlaku pada suami. Mungkinkah suami sedang mengalami masalah teknikal yang menyebabkan dia jadi buntu dan menuturkan ayat paling menakutkan itu.

Atau mungkin suami cuma bergurau nak mengusik je (gurauan paling tak boleh diterima akal), atau sebenarnya dia tengah plan satu kejutan, saja buat drama… jangan mudah kecil hati ya… Semoga rumahtangga kekal bahagia hingga ke syurga.

Category: Relationship

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Kalau Suami Dah Tak Suka…

  1. Hajar

    btl apa yg admin ckp..kte sbgai seorang isteri prlu peka dgn kehendak suami..tp suami pn jgn pulak amik kesempatan klu isteri tu terlalu sibuk dgn anak2..pengorbanan seorang isteri tu amatlah besar dlm menjaga anak2 dn hal rumah tangga..jgn jadikan alsan utk pasang lain lak..msg2 kna peka dan sensitif tentang sesuatu perkara dn jgn letakkan tnggungjwb menjaga ank itu kepada isteri semata2..
    Hajar´s menulis tentang ..Ibu sedih cari solusi cara menyusukan bayi pramatang supaya anak mendapat khasiat susu ibu sepenuhnyaMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge