Harga Emas Makin Naik Tapi Kenapa MySuperKids Cakap Tak Bagus?

admin Avatar

Saya dapat good comment daripada salah seorang pembaca MySuperKids yang mempersoalkan harga emas makin naik walaupun berkali-kali saya tekankan beberapa risiko yang mungkin terjadi. Komennya adalah seperti berikut,

Harga Emas Naik

Awal Jan tahun ini, harga emas direkodkan pada paras USD1,100/oz. Pada waktu tu, nilai USD (forex exchange) adalah pada paras MYR3.42/USD. Jika diambil-kira spread forex (USD-MYR @ 0.41% premium), harga belian untuk 1oz emas dalam nilaian Ringgit Malaysia ialah MYR3,777/oz atau RM133.24/g.

Hari ini, harga emas ialah USD1,350/oz atau MYR4,109.62 (Forex pada MYR3.15/USD + @-3.36% forex spread). Jika anda beli emas awal tahun ni tapi tak jual lagi, anda dikira untung 8.8% on paper. Tapi, jika anda jual emas tadi dengan spread emas (harga jualan) pada kadar 5% (ada yang sampai 7-9%), kadar pulangan sebenar jatuh kepada paras 3.4% sahaja (harga jual MYR3,904.13/oz atau RM137.71/g).

Saya mula perasan benda ni sejak 2-3 minggu lepas bila nak jual emas yang dibeli, sekali cuma untung RM3/g jek. Somore, only 3% return on investment (ROI).

Bagi saya, pulangan 3.4% sangat tidak memadai dengan extra risiko yang saya ambil. What’s the point saya melabur dalam emas yang hanya memberikan pulangan 3.4% jika,

1.       Fixed Deposit (guarateed return) dalam lingkungan 3%.
2.       Tabung Haji (risiko yang sangat rendah) pun bagi 5.5%.
3.       Blue-chip KLCI (risiko sangat sederhana) naik 17%.

…pada tempoh masa yang sama?

Ni tak ambil kira jika anda membeli emas pakai pinjaman; sama ada pinjaman peribadi atau pun konsep gadaian ar-rahnu, yang sudah tentu kadar faedahnya lebih daripada 3.4%. If indeed anda beli emas guna pinjaman dengan kadar faedah 9% awal tahun ni, anda dah rugi 5%. Kalau beli emas gold bar 100g yang bernilai sekitar RM13k, 5% daripadanya bersamaan RM650 oledi.

But still, emas is still good untuk asset preservation. Cuma kalau anda nak beli emas sebagai pelaburan, bandingkan dengan semua pilihan yang anda. Untung memang untung, tapi kalau sama je macam FD or tak boleh tripple than Tabung Haji, I think very the not worth it.

admin Avatar

273 responses to “Harga Emas Makin Naik Tapi Kenapa MySuperKids Cakap Tak Bagus?”

  1. farieth bijakemas and nilaiemas Avatar

    silap2.. “dikala waktu2 tgh gaji x naik.. 😉

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ada ke gaji naik setiap hari cm harga minyak or emas? or even setiap bulan? kalo ade cepat2 bagitau, i nak apply!

  2. farieth bijakemas and nilaiemas Avatar

    ok..ok….yg pasal pelaburan emas ke simpanan emas ke ASB ke unit trust ke..anda semua bole pilih mana yg anda mahu..pilih emas, anda mmg bijak..bijak emas.. 😉

    skrg ni kita diskus pasal minyak plak yg tetiba naik..stat sy tulis komen ni, minyak dh sedia naik dh..tp gaji x naik2..cmne tu?? gaji naik 4% (tp xnaik sebenarnya), ade inflasi plak 4% , macam x naik..minyak naik…gaji naik mcm x naik..mcm mane nk buat??

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      exactly. kenapa nak mengagung-agungkan emas tak tentu hala? terlalu banyak pilihan lain kat muka bumi allah ni.

      psl minyak, itu memang permainan hedge fund/spekulator. sama macam emas jugak, pelabur uUS nak hedge against currency dema tapi orang negara lain pulak yang lebey2.

  3. azrul syahrizan Avatar

    Salam ML dan rakan yg memberi komen..
    Saya amat tertarik dgn semua komen yg diberi oleh semua pihak. Terima kasih kerana memberi saya satu “ruang” baru tentang pelaburan emas yg telah sy buat sejak 2006 dengan membeli kijang emas dan “perniagaan emas” sejak tahun 2009 .
    Sy akui byk lagi jenis pelaburan & perniagaan yg lebih menguntungkan drpd pelaburan & perniagaan EMAS. tetapi ia yg paling MUDAH dan SENANG kerana produk yg dijual ialah EMAS. Semua org tahu EMAS adalah BERHARGA dan ingin memilikinya walaupun seberat 1g!
    Namun disini sy ingin tekankan marilah bersama2 kita berazam HAPUSKAN WANG KERTAS dan KEMBALIKAN DINAR dan DIRHAM dalam kehidupan kita. Semoga kita bersama-sama utk memiliki emas sehingga mampu melumpuhkan sistem kewangan yg berasaskan wang kertas yg selama ini menipu dan menjajah kita.
    InsyaAllah. semoga kita diberi petunjuk dan Hidayah dr Allah s.w.t. Wallahualam

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      yup, emas is the simplest la. usaha nak kembalikan dinar bukan dengan jual emas/beli emas setiap individu, tapi gi bentang & push menteri kewangan malaysia & negara pak arab soh pakai. baru la untuk kepentingan muslimin & muslimat secara umum?

  4. Raja Harith Rifqi Avatar

    kenapa anda kira keuntungan perlu tolak dgn spread?
    Perlu ker anda jual balik kepada supplier/dealer itu?
    Anda ada emas,anda dah boleh dikira sbg peniaga.
    Jual ke end user lain.
    Spread ini semua lain ceritanya kalau main spot/forex.
    Kalau harga beli RM100
    Lepas 6 bulan,naik RM120
    Perlu ker jual balik dgn potongan 5%?
    Jual shj pada RM120.

    Anda pemilik emas,jual shj pada harga dihajati.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh je jual ke end user lain, tapi org kebanyakan tak tahu. bese dia refer ke tpt yg dia beli je. kalo beli kat habib, ke habib la dema g jual.

    2. ifimpm Avatar

      cakap boleh la bro..tak semudah tu… kalau nak jual balik.. kesian kat orang ramai… tak semua bijak mcm awak

      1. tokey dinar Avatar
        tokey dinar

        jom tgk blog nee tgk keuntungan menyimpan emas drpd bulan 8/2009 hingga hari ini lebih 30%.. http://www.auraurum.com/search/label/sejarah so apa komen saudara dan ML??

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          secara umumnya, dari bulan 8/2009 sampai sekarang, klse juga naik 36%. kalo u belasah je beli mana-mana blue chip yg sgt obvious (tak payah susah susah pilih pun), for sure dapat >36% tu.

          jom tengok kalo beli rumah landed in KL (ini kisah benar). beli rumah teres harga RM800k. 10% downpayment RM25k legal fee, so kena keluar duit dalam RM105k. ni kes beli bulan 8/2009. rumah ni dijual bulan lepas for RM1.2juta. lepas tolak RM3.6k/mo selama setahun bayaran bank, untung bersih dalam RM410k or pulangan 285% over downpayment+insuran+legal fees.

          my komen, belajar pilihan pelaburan yang ada dan pilih jenis yang paling selesa & paling tahu. jgn hanya tahu satu-satu jenis je sbb susah kalo tak nampak macro view. the best investment untuk seseorang for sure not the best for all.

          1. gaponamo Avatar
            gaponamo

            setuju2…. kena belajar at least 4-5 investment vehicles, pastu barulah leh nampak and buat comparison secara menyeluruh…. apa yg saya nampak especially orang kita ni terlalu cepat buat kesimpulan dalam sesuatu hal…..

            btw, return yg mama bagi utk property tu memang boleh dicapai especially kalau jual rumah thn 2009 dan 2010…. tapi start dr sekarang kena beringat2 jugak sbb market dah tak berapa stabil….. bukan apa, takut nanti semua orang akan invest dlm property pulak bila tgk return yg mama tulis tu….. a

            1. Mommy Lyna Avatar
              Mommy Lyna

              ya2, betul2. trimas kerana ingatkan pasal mende ni. in fact mmg ade plan nak tulis artikel pasal jual-beli rumah from now onwards. property market sekarang sangat soft. semua ejen will tell u volume dah shrink. so mungkin tindakan BNM letakkan limit 70% tu berkesan.

  5. pelabur emas Avatar
    pelabur emas

    SALAM..NK KONGSI LINK MENARIK..BACA PENGALAMAN ORG YG DH INVOLVE DENGAN EMAS..SECARA PRAKTIKAL..DIULANG..SECARA PRAKTIKAL..BUKAN TEORI

    http://www.carigold.com/portal/forum…d.php?t=177548
    (dikunci tp masih blh baca-100 page )

    klu dh advanced..blh bca sini..

    http://www.carigold.com/portal/forum…d.php?t=187351

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      habes advance ke ni? huhu…
      nak tahu kisah org praktikal, baca komen saya di atas (just right above yours).

  6. gaponamo Avatar
    gaponamo

    salam semua…. bagus betul perbincangan ni, kekadang tergelincir jadi beremosi tu biasala, tapi cuba balik ke tujuan asal balik… teruskan,,,,

    nak komen jugak, saya ada melabur dlm property/asb/stock/unit trust and gold (mengikut turutan peratus pegangan)…. tanpa nak sebelah mana2 pihak, bagi saya gold adalah investment yg paling complicated dari segi faktor2 yg drive harganya….. jadi, kpd sesiapa yg nak jadi PELABUR tu kena pahmkan betul2…. iannya bukannya semudah “beli sekarang dan konfem akan naik thn depan atau 2-3 thn lagi”….. saya amat setuju ngan tuan tanah (in fact saya dari dulu lagi duk bimbang akan hal ni cuma tak pandai nak menulis blog ni) ttg kebanyakkan kita beli emas ni anggap beli emas PASTI untung…… dan saya nampak dlm blog ni ada jugak yg betul betul paham ttg pelaburan emas ni…. bagus2…. cuma peringatan kpd yg majoriti tu kena pahamkan betul2….. jgn terjun tiruk k….. dan of course memang tak salah melabur dlm emas ni provided kita betul2 paham….

    ok, teruskan perbincangan semua…. best2….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      bila i challenge emas as pelaburan, jwpnnya jadi ’emas utk simpanan’ huhu. push to the edge, tu yg jadi ‘ekonomi islam’ la, ‘spekulator’ la & paling best ‘toilet paper’!.

      semua berkaitan dgn finance/ekonomi mmg sangat2 komplikated. yg senang cuma proses membeli & menjual je. bab analisa tu boleh pecah pala, tu pun still kena decide based on 30% of info yg available. terlalu banyak faktor di luar jangka when comes to economy. but somehow the selling point is always the same for gold; ‘ekonomi islam’, ‘confirm naik’, ‘wang fiat tadek guna’ bla..bla..bla..

      open your mind, then only u see new frontier…

  7. ifimpm Avatar

    eleh stakat pilih harga emas bulan8/2009 pas tu banding harga hari nie.. untung 30%..

    aku pun boleh aku pilih unit trust… pilih harga paling murah pas tu banding harga hari nie.. untung 1000%

    tengok graph boleh la… cuba ko beli mas hari nie.. boleh ramal ke bila ko nak untung 30%

    1. tokey dinar Avatar
      tokey dinar

      ok saya ramalkan emas akan mencecah usd1700 ke atas dalam awal tahun 2012.. tpi jika ekonomi semakin teruk mungkin dalam pertenghan bulan OGOS 2011 dah cecah usd1700.. INSYA’ALLAH sekadar RAMALAN. =)

      1. tokey dinar Avatar
        tokey dinar

        by d way habib jewel kn da ramalkan usd2000/oz thn 2012

  8. Aweh Fairuz Avatar
    Aweh Fairuz

    Hm…emas adalah logam yang dimuliakan oleh Allah. thats it! Kenapa bangsa penjajah mencipta benda lain utk digunakan sebagai alat untu berjual beli dan memperbodohkan ramai org supaya lebih pentingkn kertas berbanding emas atau perak sebagai matawang sebenar! Semuanya ada tujuan… In fact, org yang mengagung2kan wang kertas sudah dijajah pemikiran mereka. Ramai masih belum sedar, emas adalah penyimpan kekayaan sebenar, bukannya wang kertas!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Allah guna perkataan emas untuk menceritakan sesuatu. cth:
      “….dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar saja dia tidak akan mengembalikan kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya” (Al-Imran: 75)

      maksudnya, mmg ada manusia yang jenis suka berhutang tapi takmo bayar. tang mana yang u tafsir “matawang islam cuma emas sahaja. matawang kulit siput, kupang & tisu toilet semua tak dimuliakan Allah”?

      dalam al-quran sebut kuda, tapi ape pasai pakai kereta, motor or even keretapi gi kerja? or, sebab lesen kenderaan tak disebut dalam quran, u said “orang yg ada lesen ni sudah di jajah pemikirannya”?

    2. ifimpm Avatar

      awat hang pikir lagu tu?…

      hang nie tksub sangat dengan emas ..terlalu mencintai dunia..

      satu isu kat sini adakah dunia/negara perlu akan gunakan emas sebagai matawang (kalau gunakan wang kertas pun takpe tapi nilainya perlu disandarkan pada emas..spt sebelum bretton wood tak silap..banyak mana wang dicetak bergantung banyak mana simpanan emas..korang baca la sikit..???..setakat beli emas 10g 100g tak kemana pun….

      satu isu lagi adakah pelaburan emas itu terlalu menguntungkan berbanding pelaburan lain…???? hartanah,saham, burung walit, nasik lemak…
      seperti segelintir agen emas terpekik terlolong mcm kena histeria..

      ramai tak paham kat sini..sebab kemaruk dengan emas kot…

    3. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tak sapa nak mengagung-agungkan wang kertas. semua orang (hatta orang bukan islam pun) tertunggu-tunggu akan saat wang kertas bertukar kepada emas or disandarkan kepada emas. tapi tadek yang nampak bersungguh-sungguh pursue mende ni at global scale. nak tak nak, bayar bil api, tepon, air kena gak pakai wang kertas. den tak cukup kayo nak bayo tu semua pakai dinar or syling emas.

      penyimpan sebenar? hmm, ape-ape yang real asset (esp hartanah, tanah, perak) pun antara cara menyimpan kekayaan. so agak-agak la mana yang lebih kaya kuasa simpanannya. lain masa, lain kuasa simpanan untuk setiap asset class.

      1. tokey dinar Avatar
        tokey dinar

        ML saya rasa dunia tak akn guna emas sbg matawang/sandarkan pada emas.. sbb itu akan sebuat negara limited utk cetk duit. Berbalik pada sejarah ms lepas perang dunia kedua di mana presiden us sape yeak namanya bila dia lihat simpanan reserves usa berkurangan dia stop tambat dengan emas. cuba bygkan jika dia tak buat camtue agak2 apa yg berlaku pada usa sekrng. mungkin dunia hanya akan terima emas sbg m/wang jika ekonomi kuasa2 besar lingkup dan wang kertas mrka dah takde nilai. selagi tue rasanya emas ttp sbgai komoditi..

        cuma saya nak tanya mommy sekiranya wang kertas usd terus jatuh adakah us akan terus cetak duit atau jual emas reserves depa??

        pendapat saya selagi us pegang reserves emas depa mrka selagi itu harga emas akan terus memuncak naik mcm yg berlaku skrg nee.. sbb itu sy berpendapat mmg untung besar dan sgt berbaloi2 bgi mrka yg berkemampuan membeli sebanyak mungkin emas fizikal di ketika ini kerana utk wang usd jatuh pasti memakan masa yg pjg..

        pelaburan yg nama selamat adalah komoditi aset kekal seperti emas, perak dan hartanah.. petroluem mmg ada potensi tinggi tpi ia hanya meninggalkan angka dalam akaun. just my two cents.

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          rumours sekarang, kalau US terus jatuh orang nak pakai renminbi sebagai matawang dunia. berdasarkan economic growth, memang tak mustahil in 25-50 yrs time. cuma china belum bersedia nak pegang ekonomi dunia sebab mereka belum betul-betul kuat lagi (in terms of nisbah per capita etc). dan maybe kena tunggu lagi satu perang dunia nak ubah benda ni.

          pasal USD jatuh either print wang kertas or jual emas; it depends:
          1-kalau USD jatuh kesan inflasi lepas ekonomi berkembang pesat, US akan naikkan OPR dan slow down printing duit.
          2-kalau USD jatuh tatkala ekonomi sangat lembap dan negara lain pun berkembang pada kadar yang perlahan, for sure US akan print more money bagi stimulate ekonomi mereka dan keep their gold.
          3-tapi kalau USD jatuh sebab ekonomi mereka lembap disebalik ekonomi negara lain yang betul-betul pesat, sangat tidak mustahil US jual stok emas mereka bagi ‘lock profit’. dengan duit lebih jualan emas, mereka gunakan untuk naikkan GDP/GNI mereka. bila ekonomi kembali pesat, they will do kes pertama tadi (naikkan OPR) dan beli semula emas sebab for sure emas akan ada correction masa tu sebab orang berpusu-pusu beli USD in short term.

          make sense?

  9. Aweh Fairuz Avatar
    Aweh Fairuz

    Satu lagi…anda nak bercakap soal pelaburan, anda rasa anda tu sapa? Tinggi mana ilmu anda? Sedangkan Datuk Saleh Majid, BEKAS PRESIDEN KLSE pun sarankan kita simpan/melabur dengan EMAS, bukannya Wang Kertas..inikan pulak anda yang tak seberapa ni nak tunjuk terror dari bekas PRESIDEN sendiri? haha…lawak2…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      i’m nobody compare to semua guru emas yang komen di sini, apetah lagi to Datuk Salleh Majid EX-president KLSE. tapi hanya kerana seseorang ternama tu cakap sesuatu, apekah kita perlu ikut membabi-buta?

      jika u selesa, silakan.

      i never make decision just becos so-called “expert” asked me to (kec Allah & Rasul la); especially when it comes to money. banyak sangat scam laa ni. unless kalau pape jadi dia sanggup bertanggungjawab ah; with black & white agreement. logik?

    2. gaponamo Avatar
      gaponamo

      emmm, awal nya nak baca jer komen2 tuan2 semua…. tapi yg ni saya terpanggil utk komen….

      fyi, warren buffet x suka invest dalam emas…
      george soros invest dlm gold…

      kedua dua adalah tokoh ekonomi dunia….. point nak highlight kat sini, x perlu ikut orang melabur… masing2 punya strategi dan bergantung pada keadaan individu tu sendiri samada dari segi kewangan atau risk tolerance

  10. duwe Avatar

    tokey emas2 memang pejuang emas..walaubagaimanapun Ml bukan anti investment emas…

  11. ifimpm Avatar

    Ada dua isu sebenarnya

    satu isu kat sini adakah dunia/negara perlu akan gunakan emas sebagai matawang (kalau gunakan wang kertas pun takpe tapi nilainya perlu disandarkan pada emas..spt sebelum bretton wood tak silap..banyak mana wang dicetak bergantung banyak mana simpanan emas..korang baca la sikit..???..setakat beli emas 10g 100g tak kemana pun….kalau jaguh sangat cubalah ubah..

    satu isu lagi adakah pelaburan emas itu terlalu menguntungkan berbanding pelaburan lain…???? hartanah,saham, burung walit, nasik lemak…
    seperti segelintir agen emas terpekik terlolong mcm kena histeria..YANG INI MOMMY LYNA BANGKITKAN..

    ramai tak paham kat sini..sebab kemaruk dengan emas kot…

  12. Aweh Fairuz Avatar
    Aweh Fairuz

    Malang sekali ada lagi yang masih sokong Sistem Dajjal ciptaan Yahudi Laknatullah… aku tak kata pelaburan lain tu tak bagus, tapi keuntungan yang boleh dapat dari pelaburan lain tu janganlah digunakan untuk dijadikan simpanan! Gunakan utk beli aset seperti tanah atau emas, sebab itulah aset sebenar, bukannya wang kertas berjuta-juta… Mungkin kita hanya insan kecil nak jadi pejuang dinar emas dan dirham perak sebab siapalah kita waktu sekarang ni. Bab kata nak suruh bentang depan Menteri Kewangan tu, itu nampak sangat kejahilan anda! Kita skrg ni hanya boleh bermula utk generasi akan datang. Kena sedarkan anak-anak kita, cucu2 kita untuk simpan aset sebenar, bukan berlumba2 simpan wang kertas! Siapa tahu selepas beberapa generasi selepas kita, ada cucu cicik kita yang dilahirkan utk menjadi Pemimpin pilihan Allah, masa itulah berlakunya kesan kepada kesedaran yang kita mulakan sekarang! Kalau asyik nak suruh simpan guna khidmat bank sebagai simpanan masa depan, alamat tak sedar2 la anak cucu kita nanti… Ingat, salah satu amalan yang Allah terus terima selepas pemergian kita nanti ialah Doa anak yang soleh… Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri sampai tergadai agama anak cucu cicik kita suatu hari nanti…

    1. ifimpm Avatar

      nie ape main dajjal2 nie…tak baik tuduh2 tau.. cakap islam mengalahkan ustaz..tapi perkataan nye…malas nak cakap la…

      HEHE TU LA..

      kau nie jual agama untuk dapat keuntungan…kreatif la sikit…

      Mommy lYna yang mulakan artikel nie tak pernah sokong wang kertas pun…

      aku pun tak pernah sokong wang kertas…membabi buta…

      cakap guna otak la bro????

      takkan ko tak de account kat bank/ASB ko tu nilanya dalam ringgit kan/tabung haji ko pun dalam ringgit/…

      jahil nye ko nie…bacalah sikit..apa fungsi wang????.. tujuannye penyimpan nilai

      aku ulang ststement nie 3 x

      dulu memang betul berapa banyak wang dicetak berdasarkan berapa banyak simpanan emas yang ada…

      kan mudah guna kertas berbanding guna logam..mesin atm..simpan kat pocket.. mcm2 la..

      cuma sitem selepas bretton wood (yang nie baru sisytem dajjal-mata satu atas piramid..) oleh US yang buat masaalah ..wang kertas tidak dicagarkan pada emas lagi..paham tak???

      kalau matawang sekarang dicagar pada nilai emas semula sedikit settle masaalah…tu pun kalau takde dajjal yang manipulate harga emas..

      dulu memang betul berapa banyak wang dicetak berdasarkan berapa banyak simpanan emas yang ada…

      kan mudah guna kertas berbanding guna logam..mesin atm..simpan kat pocket.. mcm2 la..

      cuma sitem selepas bretton wood (yang nie baru sisytem dajjal-mata satu atas piramid..) oleh US yang buat masaalah ..wang kertas tidak dicagarkan pada emas lagi..paham tak???

      kalau matawang sekarang dicagar pada nilai emas semula sedikit settle masaalah…tu pun kalau takde dajjal yang manipulate harga emas..

      dulu memang betul berapa banyak wang dicetak berdasarkan berapa banyak simpanan emas yang ada…

      kan mudah guna kertas berbanding guna logam..mesin atm..simpan kat pocket.. mcm2 la..

      cuma sitem selepas bretton wood (yang nie baru sisytem dajjal-mata satu atas piramid..) oleh US yang buat masaalah ..wang kertas tidak dicagarkan pada emas lagi..paham tak???

      kalau matawang sekarang dicagar pada nilai emas semula sedikit settle masaalah…tu pun kalau takde dajjal yang manipulate harga emas..

      janganla emosi sangat…mcm la ko seorang je paling handal sangat cakap pasal islam..

      korang beli emas buka nak jadikan emas tu sebagai matawang…beli nak dapat untung punyer..jgn tipu ok..
      tak mungkin simpan sampai mati..kalau ada untung beza harga mesti jual punyer… hihihih boleh la bangga aku untung 30% labur dalam emas…hihih
      kalau harga emas merudum jatuh..mesti ko tak tahan jual balik kan..cuba la tengok sejarah.. tahun 1978-1982

      1. tokey dinar Avatar
        tokey dinar

        pada pendapat saya maksud saudara aweh fairuz itu kita kena ubah mindset kita utk menyimpan emas bukan lg wang kertas. supaya anak cucu kita mendapat kesedaran yg sama keuntungan menyimpan emas drpd kecil lgi.. mungkin apabila dia sudah dewasa menjadi pemimpin dan nampak lebih jauh daripada kita.. rasanya jik mula menyimpan emas daripada skrg mungkin satu hari nnti kita bole beli hartanah dengan emas tpi jika simpan duit di ASB belum tentu kita mampu membeli hartanah suatu hari nnti.

        rasanya simpanan emas yg paling selamat, mudah dan menguntungkan lain jika anda mmg expertise mcm mommy lyna

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      emas bukan mende baru. atuk nenek kita dah lama saving dalam emas. yg ade sifat usahawan sikit, beli tanah. yang baru cume sistem penjualan emas PG yang ala2 MLM. jgn salah faham, nothing wrong dgn sistem MLM ni (aku pun ejen MLM jugak). cume bila orang biasa pun boleh jual emas, rasa ‘teruja’ tu lebih sikit.

      keuntungan daripada pelaburan boleh je dijadikan simpanan terus. tapi lebih baik dilaburkan semula agar terus-terusan berkembang. jauh lebih baik jika hasil pelaburan semula ini digunakan untuk menubuhkan perniagaan yang 100% milik muslim. anak-cucu kita pun terjaga. ni baru betul-betul memberi kesan kpd anak cucu kita.

      saya pun ada jongkong emas jugak. tapi malu nak claim pejuang matawang/ekonomi. bagi saya, terlalu banyak economic structural changes yang lebih penting than just buying gold. priroritize ur priority. beli emas alone takkan mampu membantu sesiapa. harta jenis lain pun kena bayar zakat, bukan emas je.

      1. tokey dinar Avatar
        tokey dinar

        cuma jika kita dpt bayangkan ubah bayar zakat kita dengan emas atau dinar rasanya lebih menguntungkan drpd kita membayar dengan nilai wang kertas.

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          hmm, part mana yang lebih menguntungkan?

          dengan keadaan dana muslim m’sia yang selamanya tak cukup duit, once kita bagi dinar ke pusat zakat pasti mereka tukarkannya kepada wang kertas serta-merta agar lebih mudah nak beli barang keperluan untuk yang memerlukan? tataula kalau mereka boleh simpan dinar tu tunggu naik baru jual sedangkan orang yang memerlukan tu nak kena makan sejak semalam, bukan bila emas naik.

  13. ifimpm Avatar

    salam..minta maaf kalau ada yang terguris…
    saya malas nak berhujah dengan fakta.. maklumlah tak ambik ekonomi..
    tapi saya ada fikiran yang boleh berfikir…

    dibawah ada link yang bagus cerita pasal emas dan matawang..

    ada kesimpulan “apa jadi kelantan nak pakai dinar dan darham sepenuhnya”
    menarik…
    “bagaimana tun mahathir tak sependapat dgn nik aziz pasal penggunaan emas”..
    “Bila E&P jatuh teruk, takut nanti Nik Aziz dan Husam Musa kena kutuk kerana bodoh”

    pada saya emas pun satu komoditi.. harga boleh turun dan naik…
    kalau gaji anda 100g emas sebulan?…
    mcm mana majikan nak bayar… kalau harga emas juga berubah2.. sedangkan harga emas setiap minit juga berubah2…tapi keuntungan syarikat boleh katakan tetap..

    saya sokong apa saja sistem perekonomian islam..biarlah mereka yang lebih arif yang menentukan(siapalah kita untuk pung pang)..
    tapi bukan sistem dari buah fikiran tokey emas jalanan yang membabi buta..
    taksub dengan emas ..
    semata2 ingin mendapatkan keuntungan dari pelaburan emas itu sendiri..
    menggunakan fakta dan agama untuk kepentingan target jualan…

    bacalah link dibawah..
    http://remgold.blogspot.com/2010/11/gold-standard-matawang-kertas-inflasi.html
    http://remgold.blogspot.com/2010/11/gold-standard-matawang-kertas-inflasi_13.html
    http://remgold.blogspot.com/2010/11/gold-standard-matawang-kertas-bah-3.html

    sama2 kita kongsikan

  14. duwe Avatar

    2,3 kali pegi seminar emas..ramai bercita-cita jadi tokey emas…emas mungkin tak banyak manapun..tapi explain macam ader 2 ,3 kilo..ape pun..saya sokong emas..tapi tak layak lagi jadi pejuang emas…

  15. ifimpm Avatar

    tabik kat lu duwe…

    kat sini jgn ada yg tukar nama dah le…sebab point yg dibagi sebelum nie.. dah kena taji (bak kata taufan emas)

    tabik lagi duwe.. nama lu tetap duwe dari mula2..

    aku suka bincang2 nie.. aku pun ada simpan emas… bolehla ada jugak untung..tapi aku tak taksub…

    aku takut lepas nie ada org carik makan dgn seminar emas je…

    tau tak berapa banyak emas yang sudah ditemui sejak dari mula2 dijumpai?

    ada tak sebesar KLCC???

  16. TaufanEmas Avatar

    Assalamualaikum semua,

    Marilah kita tenangkan diri, tak elok bakar membakar. Dan harap jangan menyerang peribadi masing-masing. Atas komen kedua saya, saya nyaris-nyaris “terbakar”. Jadi saya berhenti sekejap follow up sini.

    Hehehehe…. Setiap orang ada pendapat mereka tersendiri. Saya sendiri pun bukanlah penentang wang kertas, sebab memang memang wang kertas dah jadi penggunaan harian kita. Nak tak nak tak boleh nak elak. Silalah teruskan dengan perjuangan masing-masing. Jangan sampai bergaduh bertumbuk bunuh-membunuh dah la. Bangsa kat luar tergelak-gelak sambil tepuk tangan tengok kita macam ni.

    Persoalan Mommy Lina “USD 1 = RM2.20” cukup menarik minat saya. Malah beberapa minggu yang lepas saya pernah terfikir “Jika USD 1 = RM1 , adakah harga emas akan turun?? ” . Sebenarnya jika ini yang berlaku, hanya satu dapat saya simpulkan “Alhamdulillah, ekonomi Malaysia semakin baik dan dah setanding dengan dolar”. Mengikut teori saya, harga barang akan turun, kehidupan kita bertambah baik, dan kuasa membeli semakin banyak. Bukankah lagi baik dari kenaikan emas?

    Pada pendapat saya, yang main spekulasi dan penyebab ekonomi dunia terumbang-ambing adalah kerana pencetakan berleluasa wang kertas dollar. Dan negara-negara lain join sama cetak wang kertas. Kerana mudah untuk dicetak, dan dengan kertas yang dicetak itu hanya beri kepada rakyat mereka. Yang tertindas orang-orang seperti kita, menerima wang kertas yang hanya dijamin “Sah diperlakukan dengan nilai”. Jika pegang RM10 sekarang dan boleh beli 2 nasi ayam, lagi 10 tahun anda pegang RM10 yang sama belum tentu anda dapat beli 2 nasi ayam yang sama.

    Dari pandangan depan memang hanya yang nampak kenaikan emas, cuba lihat dari perspektif yang berlainan. NILAI MATAWANG semakin susut di mana tidak dapat menampung nilai emas itu sendiri. Sama cerita seperti kenaikan harga barang. Lebih banyak wang diperlukan untuk membeli sesuatu barang di mana wang kertas semakin susut nilai.

    Bagi yang nampak kenaikan emas, memang nampak KEUNTUNGAN, tapi dari mata sesetengah penyimpan emas, emas adalah kalis inflasi, di mana mereka membeli untuk mengelakkan KERUGIAN atas susut nilai matawang.

    Cerita tentang sejarah, pada 1913, Federal Bank mengishtiharkan dolar bersandarkan emas sebanyak 40% dari nilai dolar. Pada 1945, hanya 25.5% dari nilai dolar bersandarkan emas. Ini bermakna 100 dolar dicetak, Federal Bank mesti menyimpan emas bernilai 25.5dolar.

    Hehehe…nanti cerita panjang lagi. Tak habis lagi ni. Waktu lunch dah habis. Keje…keje…keje….

    1. ifimpm Avatar

      cerita nasi ayam….

      RM10 dapat 2 pinggan..apa mau takut..bro..
      baik bro bagi conth p ramlee naik beca dlm pendekar bujang lapuk..lagi best ada jugak lawak…mungkin ada yg senyum sorang ingat dialog nie..

      P. BECA Ini 5 sen.. tak cukup.. mana lagi 5 sen ?
      AJIS Apa pasal tak cukup ?
      P. BECA Janji 30 sen.. baru dapat 25 sen.. lagi 5 sen ?
      AJIS Dia orang duduk first class .. saya duduk second class… second class bayar separuh bayaran..
      P. BECA Jangan begitu .. first class baik .. second class baik .. sama juga sampai .. saya penat berkayuh..
      AJIS Sampai tu memang sampai.. tiggal lagi azab saya yang tanggung lebih.. dia orang duduk atas tilam
      saya duduk atas papan.. sampai naik kematu punggung saya wak… lain kali taruh tilam saya kasi 10sen.
      P. BECA Apa la punya orang .. kalau tiga lagi macam kau orang terpaksa kami bikin Union.

      http://technoz.com/sbl.php

      pasal inflasi tu …dimomokkan oleh orang jual emas je…

      dulu naik beca baru 30sen..(kalau p ramlee tipu tak tau la)

      skrg nie kat melaka(tu je lah yg aku tau ada beca lagi) aku naik beca RM20 (boleh je pun kita naik.. apa mau takut?).. orang kebanyakkan pun boleh naik..

      dulu teh tarik 10sen zaman p ramlee..sekarang 1.50.. pun kita boleh minum…

      aku merasa jugak la..start bujang teh tarik harga 60…

      orang kebanyakkan sekarang nie pun hidup lebih selesa dari p ramlee…

      so..inflasi ..apa mau takut…???

      selagi ada kerajaan yang waras mereka akan kawal inflasi…sapa taknak pegang kerajaan lama2 oi… PAS.. UMNO pun nak pegang kerajaan sampai bila2…

      apa la sangat kita semua nie nak bincang ekonomi..( banyak pakar2 yang tadbir ekonomi..yang buat kerja mereka..sekarang nie aku nampak dah makin cenderung pada ekonomi islam ..syukur)

      1. TaufanEmas Avatar

        menarik juga contoh p.ramlee tu.

        Setuju dengan ayat ko yang last tu. Siapalah kita untuk bincang pasal ekonomi. Hehehehe…. kadang-kadang kita rasa kita betul, padahal sebenarnya tidak.

        Sebenarnya aku pun mencari kelemahan emas ni, sebab rasa macam ada “hidden player” yang tengah main-main. Kena studi balik sejarah kejatuhan emas pada tahun yang ko cakap sebelum ni. Tak silap aku IMF lelong 1/3 dari simpanan emas mereka pada waktu itu. Nanti aku study balik, nanti cerita lebih-lebih tak pasal-pasal kena title bodoh sombong. Hehehehe….

        Waktu itu kesedaran tentang emas mungkin masih sikit, jadi senang nak dispekulasi. Bila IMF lambakkan emas di pasaran, harga jatuh terus orang takut nak beli.

        Sekarang aku rasa kalau dia buat lagi, India, China memang menyanyi riang la.. Harga emas jatuh turn diorang pula lambakkan dolar US kat negara diorang. Habis ternganga US sebab strategi tak jadi macam dulu.

        Anyway, ni cuma imaginasi aku je. Kalau betul diorang lambakkan emas, aku nak join beli juga. Sikit pun jadi lah…hehehe….

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Sifat spekulasi sampai ekonomi terumbang ambing ni lebih kepada manusia yang tamak berbanding cetakan wang kertas berleluasa. i think kalau pakai emas tapi orangnya sama je tamaknya, tadek ape yang stop them daripada terus speculate.

      what u think? logik x?

      Tips pasal MYR2.20/USD: bergantung sama ada sbb M’sia maju sangat atau ekonomi US lembap sangat. kedua-dua ni ada kesan berbeza to emas. jika faham dua2 situasi ni, u get the right timing bila nak masuk emas dan kekal kalis inflasi selagi assumption awal kekal relevan. VCA works more effectively than DCA.

      1. TaufanEmas Avatar

        Betul tu. Setuju 100%. Pada satu aspek yang lain, saya berharap sangat negara-negara memulaukan US dolar. Kononnya polis negara dan paling kuat. Setuju China dan Rusia tolak dolar untuk mempertahankan ekonomi mereka.

        Nak kata orang beli emas ni tamak, tak juga. sebab mereka tukarkan simpanan mereka dari wang kertas kepada emas. Itu saja. Saya lihat beli emas adalah salah satu cara menyimpan selain dari menyimpan wang kertas. Alhamdulillah, simpanan saya dalam bentuk emas sudah bernilai RM5k sejak bulan Feb 2010. Ini 100% menggunakan gaji saya sendiri dan bayar secara bulanan.

        Simpan dalam bank pun ok juga, tapi untuk orang macam saya ni, selagi ada duit dalam bank, selagi tu nak pakai. Tahun lepas memang tiada simpanan langsung. Alhamdulillah sejak beli emas ni, dah pandai mengira budget bulanan dan berjimat-cermat.

        Kadang-kadang maju sangat pun tak tahu la ok ke tak. Negara Jepun contohnya, harga rumah sudah main rm1/2 juta ke atas. Dan di Tokyo sendiri, sewa satu bilik (katil, ruang tamu, dapur kecil) di Roppongi boleh mencecah RM20,000 sebulan. Tapi betul kuasa beli besar, barang-barang kat sana terasa murah sebab purata gaji 200,000yen (RM7-8k) termasuk orang kerja part-time. Dengan 100yen(RM3.50) boleh beli susu segar 1Liter yang lagi sedap dari susu di Malaysia.

        Dari cerita simpan emas baik, baik jaga simpanan baik-baik dari ditipu MLM scam atau membership yang bukan-bukan. Hati-hati dengan gores dan menang, permohonan kad kredit, dan banyak lagi.

        Saya sendiri pernah kena tipu RM5k sebab ada satu syarikat buat 3 kad kredit untuk ambil bayaran tanpa pengetahuan saya. Saya sempat matikan 2 kad kredit, tapi 1 lagi dari EON Bank walaupun dimatikan masih boleh digunakan. Total mereka nak caj RM10k. Saya syak syarikat ini ada orang dalam dengan EON Bank kerana masih boleh guna kad saya walaupun saya matikan.

        Sejak itu saya sukar untuk percaya pada bank. Hanya gunakan perkhidmatan bank bila perlu. Sekarang semua kad kredit saya matikan termasuk isteri saya punya. Tiada duit buat tiada duit. Bila nak buat pinjaman pajak je emas terus. Senang. Terus terang dan tiada kos tersembunyi.

        Tipulah kalau saya takkan buat pinjaman melalui bank suatu hari nanti. Beli rumah atau kereta kena buat juga. Cuma saya cuba meminimumkan perkhidmatan bank.

        Saya bercerita pengalaman saya agar para pembaca lebih berhati-hati, elakkan bayar on the spot. Balik rumah dulu fikir masak-masak sebelum masuk/membuat bayaran yang meragukan. Berhati-hati juga ketika sain apa-apa kontrak. Semua itu mereka boleh guna di mahkamah untuk membela diri mereka.

        Anyway, nice discussion.

  17. Aweh Fairuz Avatar
    Aweh Fairuz

    aku sokong ko Taufan Emas…sebenarnya aku amat berkeyakinan yang Yahudi melalui Amerika memang nakkan semua orang dalam dunia ni menyimpan wang kertas mereka. Sebab tu lah semua urusniaga dagangan dunia menggunakan USD. Mereka sebenarnya dah bersedia untuk menyambut kedatangan Dajjal, dan sekarang ni hanya sistem yang telah berjaya mereka bentuk. Refer kata2 ulama’ seperti Sheik Imran Husin. So, bukan aku yg kata sistem dajjal… dan aku pun tak taksub dengan emas. Tapi aku taksub dengan sistem muamalat Islam yang sebenar. Wallahi, aku takde lgsg akaun Tabung Haji, Akaun2 bank untuk tujuan simpanan. In fact, ASB pun aku dah keluarkan semuanya. Terpulanglah kalau ko nak percaya atau tak…Yg penting, duit gaji aku terima, aku belanja sedikit untuk keperluan harian dan selebihnya aku simpan dinar dan dirham. Baik berpegang kepada hadis, tapi ada orang kata pakai hadis nabi nak buat untung la, bisnes la…bla bla bla…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hadis nabi yang mana soh simpan dalam emas only?

  18. duwe Avatar

    memang yahudi mengeksploitasi..simpanan emas yang paling banyak ader pada yahudi..so takut kenaikan harga emas dieksploitasi..bukan us manipulasi emas..tapi adakah kemungkinan us sengaja melemahkan mata wang mereka untuk tujuan tertentu..dan kemudian mereka mengukuhkan kembali matawang mereka..

    maaf..fikiran aku ni agak melarat jauh sket..macam sesuatu yang tak pasti je:)

    1. tokey dinar Avatar
      tokey dinar

      sejarah dah membuktikan sistem wang kertas akan gagal dan emas juga yg akan bertahan.. pendapat aku jika nilai usd telah jatuh mrka hanya bole survive tpi tak boleh pulih sedia kala atau bertambah baik.. Tun Dr M sendiri dah bgtau USD telah gagal sebenarnya tunggu masanya aje tue..

  19. Yati Avatar

    Assalamualaikum….
    Jalan2 sambil cari ilmu, terjumpa pulak blog Mommy Lina.Wah, dahsyat jugak ye para penggemar emas ni. Saya dpt bayangkan, seandainya ini adalah di dunia nyata….memang gempak.Nasib baiklah di dunia cyber.Pada saya, setiap orang ada hak.Terpulanglah nak labur emas ke, labur duit ke, labur hartanah ke. Dan setiap pelaburan tentu ada kebaikan dan ada risikonya.Labur emas,kelebihannya dari segi kenaikan harga.Risiko pulak, kemungkinan di rompak.Labur duit di unit trust,kelebihannya dari segi kenaikan harga dan pertambahan unit.Risiko nya pulak, kalau harga jatuh.Dan kalau simpan duit dirumah, kemungkinan dirompak juga.(kita tak tau apa yg akan terjadi esok.ALLAH lebih mengetahui).
    Pelaburan hartanah, kalau beli rumah, lokasi yang strategik…mmg untung.Tapi bukan sedikit orang yang membeli rumah untuk dijadikan pelaburan justeru terperangkap dgn hutang. Kerana takde orang nak beli,takde orang nak sewa.Pendapat saya, setiap pelaburan perlu ada strategi.Tak perlulah terlalu taksub dengan sesuatu peluburan.Setidaknya…pelbagaikan lah bentuk pelaburan kita.Minta maaf jika ada yang terasa…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hope u enjoy the discussion. thnx for dropping by 😉

    2. TaufanEmas Avatar

      Tiada orang terasa pun. Pendapat yang memang bagus.

      Sebenarnya untuk mengurangkan risiko dirompak di rumah, kebanyakannya simpan emas di deposit box, Murah je dalam RM100+ setahun. Tapi saya syorkan yang ada insurans.

      Pada awal komen saya nak menerangkan tentang emas, tapi ada kaki bakar, tu yang nampak macam taksub dengan emas ni. Emas ni pun jangan terlalu taksub sampai buat pinjaman/pajak tak tentu hala, silap-silap makan diri.

      Ramai orang cerita emas ni bagus, emas ni bagus, tapi masuk skim pelaburan emas dengan dijanjikan keuntungan tetap setiap bulan. Itu pun masalah juga tu. Berapa ramai terkena masa kes Etika Emas dulu. Itu belum termasuk yang buat pinjaman lagi.

      Pelbagaikan pelaburan anda. “Don’t put all eggs in one basket” kata seorang customer saya. Dia ni bawa kereta Iswara tapi rumah dah ada 5 buah dan dia beli emas untuk mencuba. Memang tabik spring kat dia ni.

      Akhir kata, perlu jelas emas bukanlah CONFIRM akan naik sentiasa, kita hanyalah analisis melalui sejarah sahaja. Ikut pendapat masing-masing. Beli atau tidak itu terserah. Jangan kena tipu sudahlah. Macam-macam jenis orang sekarang ini. hehehehe…. Emas tipu pun boleh jual kata emas betul….

      Tuan tanah : meriah betul artikel ini, saya pun nanti nak buat artikel : Keburukan pelaburan emas. Hehehe…emas pun ada keburukan juga, mana ada semua BAIKKK je… (mengamuk member-member emas aku…aku memang suka cerita the whole thing, senang.)

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        if u do that, pengguna will trust u more! trust is the most expensive currency in the world; bukan emas ma.

        semua orang pun tahu manede benda tadek risiko. cuma tak banyak yang dare to expose everything? and somore, tak byk yg betul-betul faham hal-hal teknikal pun (sorry, tu yg i nampak from bulk komens here). moga jualan emas taufan makin menjadi2. jgn lupa sound i kalu sudah publish itu artikel. den nak blajo gak from hang. hopes i can learn new things from u.

      2. gaponamo Avatar
        gaponamo

        well said….. itulah yg sebaik baiknya…. kena bagitau pelabur2 emas yg emas pun ada risiko jugak……

        setuju ngan ML, kalau saudara TE bagitau customer lagi diaorang suka dan percya….

        kesudahan yg baik… yeayyyyyyy….. good job guys…..

      3. ifimpm Avatar

        mohon saudara taufan Emas ..kongsikan pendapat saudara ..
        terutamanya agen2 yang terlalu menaruh harapan sangat tinggi pada emas..(kata taksub marah pulak..sorry sempat lagi tu!!!!.)
        supaya lebih rasional..
        supaya ramai orang diluar sana tidak terlepas pelaburan2 lain…
        kasihan orang kita..kalau ada benda baru…begitu cepat terpesona..

  20. ifimpm Avatar

    Mommy Lyna…tolong komen pasal inflasi..(komen Mommy lyna berilmiah..tu saya suka baca)

    sebab agen emas nie suka kaitkan emas dengan inflasi??..mcm la inflasi nie teruk sangat…sampai duit mcm takde nilai je..

    pada saya inflasi…”apa mau (takut?)?”.. refer posting saya pasal nak beca 30sen..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      huhu. wokeh. i dh masukkan dalam to do list. nt kalu sudah publish i sound

  21. duwe Avatar

    sekali fikir kenapa syraikat jual jual emas tidak menyatakan analisis untuk tahun -tahun sebelum 2005…sebelum tu emas takder kenaikan ketara snagat…
    pada saya sesuatu yang telah berlaku itu tak semestinya akan berlaku lagi..analisis 5 tahun kebelakangan ini memang lah kalo pejuang2 emas yang buat rempit arrahnu boleh untung..tapi kalo kenaikan emas sekitar 9%setahun dalam RM rase nyer tak dapat nak support upah simpan sangat…apatah lagi selepas merempit harga emas tak naik ketara atau turun naik….risiko jugak kepada yang merempit..analisis teknikal ini yang diajar lebih kepada pemain forex..sebagai penyimpan biasa ..beli dan duk diam sajer la…

  22. duwe Avatar

    pejuang emas promote emas macam fiat money tak der nilai..
    tapi jual emas untuk dapat fiat money jugak kan..

  23. Ikram Avatar
    Ikram

    Salam,
    Kawan-kawan semua, baca paragraph last, dua ayat pertama. Ini sebenarnya mindset kita kalau nak beli emas. Orang putih kata “As a hedge against inflation.” Kalau untuk “capital gain”, kurang tepat.
    Simpan la jugak emas tapi takkan sampai 70% nettworth kita beli precious metals (lain la kalau kita ni berniaga emas). Insurans, ansuran kereta, ansuran rumah, sewa, groceries still guna duit kertas lagi.

  24. Aweh Fairuz Avatar
    Aweh Fairuz

    Skrg ni bukan masalah tak percaya kat kerajaan atau matawang Malaysia, tapi hakikat sebenar ialah matawang itu adalah dari Emas dan Perak. Thats it! Skrg ni cuma guna kertas tapi takde sapa yg boleh jamin sampai bila…yang pasti sistem itu sedang digunakan…Nabi Muhammad pernah bersabda:
    “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan).
    Itu yang menjadi pegangan kita di dunia ini…Kalau kita berkeras nak menegakkan sistem yang digunakan sekarang, amatlah malang. Igt, tugas kita hanya menyedarkan supaya generasi akan datang tak sesat… Percayalah satu hari nanti akan berbalik juga ke sistem Islam yg sebenarnya…

  25. TaufanEmas Avatar

    Salam,

    Alhamdulillah saya dah dapat information tentang keburukan emas. Tunggu bagi saya masa untuk beri laluan kepada pertandingan yang akan saya buat dalam blog saya.

    Saya bagi review secara ringkas la ek. Sebenarnya naik turun emas ni boleh menyebabkan inflasi yang lebih teruk dari penggunaan wang kertas jika disalahgunakan. Betul pelaksanaan dinar emas ni rumit dan mungkin agak mustahil diimplikasikan. AGAK mustahil tak bererti MUSTAHIL.

    Ok, ada beberapa point lagi, rasanya 5-6 point tentang keburukan emas. Oleh itu, belilah SILVER@DIRHAM! hehehe…..InsyaAllah bila saya siap saya akan publish pada post. (Artikel terbaru tentang inflasi la tapi.)

    *Bila anda akan baca artikel yang saya buat, anda akan tahu betapa bahayanya emas dari wang kertas. well, GOLD = COMPLICATED.

    Pelabur emas perlu jelas baik buruk tentang emas ni, dan ini tujuan blog saya (bisnes pun ada juga…hehehe…) ditubuhkan. Supaya pelabur emas tak tersalah langkah @ silap persepsi.

    1. gaponamo Avatar
      gaponamo

      bagus2 TE….. saya memang setuju GOLD adalah peaburan paling complicated (banyak factor yg mempengaruhi harga emas yg sesetengahnya memang kita takde kawalan)…. teruskan niat saudara utk menyedarkan orang ramai…. mcm saya cakap, gold investment adalah bagus tapi kena tahu risiko2 yg ada….. kena tahu apa jadi pd 1972, 1975, 1979,1980, 1980-2000, 2002,2008, etc….. semua tu ada sebab…. tugas kita sebagai pelabur ni kita pahamkan situasi2 tersebut….. kita tak mahu stuck selama 20 thn (1980-2000)…..

  26. duwe Avatar

    saya setuju ngan pendapat ikram..
    ” emas tidak dapat dimanipulasi”
    saya tidak berapa setuju dengan kenyataan diatas..
    sebab emas turut didagangkan dalam forex, stock sama juga dengan fiat money.
    so harga emas boleh dimanipulasi..
    belian dan jualan emas dibuat bukan secara fizikal adalam jumlah yang banyak melalui forex trading dan stock market..
    apa pendapat otai2 emas.

    1. Ikram Avatar
      Ikram

      Jom tengok YouTube video nih:
      http://www.youtube.com/watch?v=Bru2tVghbqw
      Kenyataan yang dibuat ni mengatakan emas dan perak melalui pembelian ETF (paper gold/silver), harga emas dan perak dah lama dimanipulasi dan ditekan. Setiap 45oz paper gold/silver dijual, hanya 1 oz shj yg ada dlm simpanan.

      Siapa yg jual ETF ni? Bank.

      Secara teori, jika lebih ramai membeli emas/perak secara fizikal skim manipulasi bank menjual ETF ni akan terbongkar DAN melonjakkan harga emas / perak. Tapi jangan percaya cakap saya shj, tolong buat due dilligence/research sendiri.

  27. tokey dinar Avatar
    tokey dinar

    Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan

    apa kata mommy lyna??

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      apa salahnya simpan emas? kalo dr m tak soh pun saya beli. saya pun ada jugak ba. but for investment, different case…

  28. Org Kaya Avatar
    Org Kaya

    suka sume skali yg ada kt cni..haha

  29. Aweh Fairuz Avatar
    Aweh Fairuz

    haha…Mummy Lina lagi cerdik dari Dr. Mahathir…

  30. nana Avatar
    nana

    Pokok pangkalnya, kene faham betul2 apa maksud simpanan & apa maksud pelaburan. Emas sebagai simpanan mmg langkah yg bagus. Emas sebagai pelaburan, hmm kena research la baik buruk & risikonya. bes betui la blog ni. Chayokkk mommy lyna!!! 1st time i read ur blog, so informative & useful .. keep it up~

  31. sai Avatar
    sai

    Assalamualaikum semua. Em kita cuma boleh ramal je harga emas naik. Tapi pendapat saya (saya juga ada melanggan forecast website yg reliable) harga emas akan turun (mungkin juga retrace dan akan naik semula atau turun terus) bermula Jun 2011. Setiap yang naik akan turun juga. Simpan emas atau tukar matawang kertas kepada dinar emas memang bagus, tapi pelaburan emas jangkmasa panjang saya kurang yakin melainkan kita trade emas mcm forex (memang akan lbh berisiko) saya lebih berkeyakinan sebab jika kita trade emas ia bukan jangka masa panjang dan kita boleh close position bila2 masa. Kepada yang bertanya jika usd jatuh ada kah usa akan terus cetak matawang usd? Memang tiada yang certain dalam dunia ni tetapi hampir semua negara berdagang dengan usd, dan speculator dan economist usa (dan mungkin negara lain juga termasuk china) takkan biarkan usd jatuh terlalu teruk. jika ekonomi usa (atau ekonomi negara2 dagang utama) bungkus, ia akan pengaruhi ekonomi negara lain juga yang berdagang dengan negara tersebut. Saya setuju dgn pendapat saudara ikram, harga komoditi sama juga dgn harga matawang, jika terlalu ramai beli, ia akan jadi overbought dan pd masa tersebut harga komoditi tersebut akan jatuh. Dan jika harga sesuatu komoditi/matawang terlalu tinggi atau terlalu rendah, ia akan pengaruhi aktiviti perdagangan dunia dan pd akhirnya ia terpaksa diseimbangkan pada harga asal. So kpd sesiapa yang yakin dengan pelaburan emas boleh teruskan tetapi hati2 lah jangan simpan terlalu lama pelaburan tu sebab harga emas boleh dimanipulasi oleh jerung2 ekonomi luar sana. Dan nasihat saya jika melabur emas tu tengok2 lah keadaan ekonomi negara pengeluar emas utama yer (etc australia) sbb jika ekonomi negara2 tersebut jatuh, ia akan pengaruhi harga komoditi tersebut juga…Cuma pendapat daripada trader yg tak seberapa ni. TQ

  32. pokli Avatar

    Rasanya org beli emas bkn sbb nak untung besar…tp sebab rupanya yg cantik….jatuh cinta dgn emas tsb 🙂

    1. ifimpm Avatar
      ifimpm

      tabik spring dgn pokli…master sifu pasal emas…sudah kaya raya…dengar cerita…ASB dah penuh kouta…beli rumah kedai lagi…tahniah master sifu…

      tapi tetap cool..maintain macho……

      korang semua contohilah pokli…belajar dari pokli…selain dari emas banyak lagi bakul2 lain yang pokli dah penuhkan….

      pada aku…
      kalau jual emas jual ajelah…..sapa nak halang setakat artikel mommy lyna..tu terjejas ke sales korang..

      pada aku korang dapat input lagi dari mommy lina….tulisan nya banyak fakta bukan emosi…

      kalau berjuang untuk islam berjuang lah takde sapa nak halang…

      kalau ada orang kita kaya raya jual emas..alhamdulillah..
      kalau orng kita kaya dengan hartanah…alhamdulillah…

      jangan sesama kita emosi sangat…

      p/s
      aweh firus..pejuang islam sejati….fisabillilah…untung emas untuk fisabilillah……

  33. Fauzi b Musa Avatar

    Nilai emas sangat setabil, walau 1,000,000 tahun. STABIL itu sendiri kita kena berjaga-jaga jangan termakan pujuk rayu yang harga emas melambung naik, mari-mari melabur. ITU SALAH. Ia setabil, maka menjadi KAYU ukur kepada setiap komoditi yang menjana ekonomi. SAYA BELI EMAS KERANA SAYA TAHU NILAINYA 1000 TAHUN PUN TETAP SAMA. Sedangkan fiat money semua orang pun tahu. BELI EMAS UNTUK STABILKAN EKONOMI, BUKAN CARI UNTUNG tq

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      So tell me, berapa banyak ekonomi dah stabil sejak beli emas?

  34. bublers Avatar

    Emas “mahal” bila ada perbandingan dengan kertas.
    Kalau perbandingan ……….. takde la “mahal” …
    Silap silap ekonomi boleh lumpuh bila tak cukup emas dipasaran untuk cycle …
    Gelap adalah apabila ketiadaan cahaya.
    Cahaya cantik dilihat bila kita dalam gelap. Kalau just ada cahaya, maki hamun silau plak .. esok cakap gelap pulak cantik …

  35. Aweh Fairuz Avatar
    Aweh Fairuz

    Selagi ML ni iktiraf duit kertas, selagi tu la dia akan membuat perbandingan harga emas dengan lain2… aku tak paham betul la, kita beli emas untuk simpanan… Dlm Quran pun kata harta itu adalah emas dan perak, mana ada kata kertas… kertas ni cuma harta ciptaan manusia, so kalau rasa sayang sgt dgn kertas, simpan la kertas…bagi sapa yg sygkan harta sebagaimana Al-Quran sebut, simpan emas dan perak… payah cakap dengan org yg pandang ekonomi ikut sistem kapitalis skrg ni…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      en aweh fairuz, u totally got me wrong.

      ni bukan soal iktiraf duit kertas or not. tapi apa nak buat dgn simpanan kita yg terhad. sebab dana yang terhad, kita perlu bijak mengimbangi portfolio dgn membandingkan dengan kelas aset yang lain.

      dlm quran, allah tak limitkan harta as emas atau perak sahaja. gedung (perniagaan), istana (property) juga pernah disebut what? yg buat paling saya tak paham, kenapa just becos “perkataan emas ” tu disebut dalam Quran kita kena kumpul emas shj? dlm quran sebut kuda, dah beli sekor kuda ke belum? kalau tak beli lagi, islam belum sempurna lagi tu? or maybe, tak cukup islam? i dunno

      u got i mean?

      kalau en aweh dah setuju perniagaan & property juga adalah harta, bukankah lebih bijak jika memiliki semuanya daripada emas & perak sahaja?

      btw, jgn lupa baca ni jugak,
      => http://mysuperkids.net/emas-tak-sesuai-digunakan-sebagai-matawang-kata-pakar-ekonomi/

  36. pelabur emas Avatar
    pelabur emas

    masalahnya bukan semua mampu beli rumah dan hartanah ML..maybe u banyak duit..tp bukan semua org byk duit..

    kalau emas,nak beli 1gram pun boleh..baru rm180+..

    mana dpt nk beli rumah dan tanah dgn hrga serendah tu..(klu ada ML bgtau sy ye)

    bg sy emas dan perak mmpu disimpan/dilabur oleh orang kebanyakan..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ada ke jual emas fizikal yg 1g saje? Nk bukak gold account pun mula2 perlu 10-20g. Mcm mana nk mula dgn 1g saje? Psl hartanah tu satu perbandingan emas dgn asset lain saje. Tahu tak boleh beli saham kurang RM50? Mana lebih mampu?

      Lagi satu, kini beli rumah tak perlu modal pun bulih. Zero cost infinite return?

  37. pelabur emas Avatar
    pelabur emas

    100% tk setuju dengan anda ML 😛

    sorry to say

    hujah anda hujah orang kaya yang mampu pelbagaikan pelaburan..
    emas dan perak mampu dimiliki oleh ramai org..aset lain tidak!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      rujuk komen saya di atas b4 u say sorry, haha…

      1. Aweh Fairuz Avatar
        Aweh Fairuz

        Saya tolong jawap, kenapa plak tak ada org jual emas 1 gram? Dah pernah tanya dan cari tak? sebab tu la anda tak tahu…selidik dulu dunia emas ni, baru kita bicara…

        1. Mommy Lyna Avatar
          Mommy Lyna

          adeh… in case en aweh tak faham apa yang cuba saya sampaikan; sangkaan sahabat pelabur emas yg cakap asset lain tidak mampu milik cuma sebab sangkaan harga emas RM180/g adalah yang paling mampu milik itu salah. semua benda kalau tahu caranya, tak payah modal besar pun boleh jadi…

          biasanya yg jadi isu orang kita ni bukan masalah mampu milik atau tidak, tapi sebab tak tahu dan takmo tahu. btw, mana nak beli emas fizikal yang 1g saje ye? banyak orang kampung saya nak tau ni. tapi tanak la jenis potong/kikis emas 5-1000g jadi 1g ye…

  38. ifimpm Avatar
    ifimpm

    harga emas dah mula jatuh…..
    mcm mana nie kata kalis inflasi…
    rugi aku mcm nie….nasib baik aku tak beli masa bulan okt,nov,dis.. 2010..

    kalau tak rugi aku…

    memang la..kalau aku simpan 100g..selamanya beratnya 100g…

  39. ifimpm Avatar
    ifimpm

    Duit sama ada Emas, Perak, Wang Kertas bukan Barang Dagangan..ingat tu nanti makan riba pulak..korang..

    http://www.pakdi.net/duit-sama-ada-emas-perak-wang-kertas-bukan-barang-dagangan/

  40. pelabur emas Avatar
    pelabur emas

    hahaha..kalau dh tegar tu tegar jugakla…tp skrg suruh beli pulak..

    mcm2…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      luahkan perasan & menang iPad nak? baru la berbaloi… detail kat bawah,
      => http://mysuperkids.net/ipad-mysuperkids-audition-bermula-di-sini/

  41. pelabur emas Avatar
    pelabur emas

    anda fikir semua org sekadar jual beli emas?penjual emas nk untung?

    anda mmg silap besar 🙂

  42. shuth Avatar

    perbincangan yang menarik…
    tahun lepas, saya nak beli emas, tapi tak jadi bila baca entri blog mommy lyna ini.. sekarang rasa rugi pula..

    jadi sekarang, saya lebih prefer pendapat dari orang2 yang lebih berkredibiliti seperti robert t. kiyosaki dan juga azizi ali.. oh!

    peace.. 🙂

  43. Rafie Avatar

    Ate..teman setuju sangat ler dengan Mr.Shuth..!!!!
    setelah membace blog Mommy Lyna…kebiasaanyer saya akan kehilangan prospek..saya pon tak tahu camne prospek2 saya tuh..bole jumpe website blog nih..( maybe diorang jumpe masa buat research & browsing kt google kut)..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itu pasai marketing penting, huhu.
      peace no war 🙂

  44. Aweh Fairuz Avatar
    Aweh Fairuz

    Mummy Lina…cuba kaji kenyataan dalam link ni…apa pendapat ML? http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_01.htm

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Beli emas simpan sorang2 takkan membantu ke arah matawang emas ummah. Kalau penulis dah baca & faham buku Fiqh Awlayiwat (Yusuf Qardhawi), she/he will know where am coming from.

  45. Lebih Seposen Avatar
    Lebih Seposen

    Tadi saya pegi Habib buat pertanyaan. Mereka jual emas at fixed price this week of Rm 166/gram. Mungkin akan review harga masa terdekat. Harga ni adalah 20% lebih tinggi dari harga pasaran dunia. Harga buy back kena tolak lagi 10-15%. Tempat lain ada yang jual RM 142/gram.

    Bila jual tempat lain dari yg kita beli, susut emas boleh sampai -25%. Kalau jongkong emas – 10-15%.

    Beli di cekik kita, jual dia bunuh kita. Mereka ni boleh kalahkan Yahudi. Yang naik harga emas, kita sebagai pelabur diperguna oleh Public Gold, Nubex, KFH, Habib, Wah Chan, Poh Kong dll.

    Nak kaya susah, nak lagi kaya lagi susah.

  46. terima Avatar
    terima

    salam…snyp dah psal emas…berinfo page ni …nasib baik tak beli emas lagi..biaq la duit dkt asb n saham felda KPF jer..mls layan mas2

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Awat malas? G r blajaq. Tak susah nk dpt pulangan lebih baik dari ASB tu kalu kena gaya 😉

  47. MIR Avatar
    MIR

    ni just pendapat saya…kalo silap, otai2 tolong la beri tunjuk ajar…

    pelaburan mana2 pon xsalah…tp jngan tngok pulangannya ja…tngok risiko dan kelebihannya/kekurangannya jugak…jngan tngok org beli, kita pon nk beli…org untung bnyak, kita pon nk untung bnyak…org rugi, kita pon nk rugi…eh…ada ka org cmtu..?

    pelbagaikan pelaburan dengan bijak…make sure risiko yg diambil berbaloi dengan pulangan…bg yg baru, bole mulakan dengan pelaburan yg berisiko rendah mcm ASB…

    actually apa yg saya belajar, emas ni sbgai satu aset yg bernilai yg dijadikan harta atau sbgai simpanan kekayaan kita…nilai dia maintain tp harga dia jer yg berubah2 brgantung kepada ekonomi dunia…value and price benda yg berbeza…

    saya sndri pon ada simpan emas sbgai aset yg kalis pelbagai masalah dunia sperti kemelesetan ekonomi, masalah inflasi atau kejatuhan nilai mata wang…sbgai aset yer, bukan pelaburan…tp kalo harga dia melambung, syukur la…rezeki…hehehe…

    tp kalo nk melabur ngan emas, make sure untuk long term atau mid term…kalo nk buat untung short term ngan emas, jadilah peniaga emas dan bukannya pelabur emas atau jadilah kedua2nya, lg untung…hehehe…

    sekadar berkongsi pendapat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge