Alhamdulillah, jutaan tahniah buat my BFF, Watie the proud founder of Genius Baby on Board (GBOB) di atas pembukaan branch ke-4 GBOB di Shah Alam. Masih teringat GBOB humble beginning di Wisma Bling Lustre, Meranti Jaya satu masa dulu.. sekarang dah pun berkembang ke Klang, Shah Alam dan Johor Bahru!
Oh, apakah bendanya GBOB ni… Β ia adalah inspirasi seorang ibu yang sangat cintakan pendidikan awal terhadap anak-anak. Entry tentang GBOB ni ada di sini (klik untuk baca). Berbalik kepada grand opening ni… sebenarnya saya dengan 2 bloggers lain (yang famous lah, aku jugak yang picisan) dijemput oleh Puan Watie sebagai blogger jemputan….
Specialnya event ni sebab dirasmikan oleh selebriti terkenal tanahair, yang sekarang ni sibuk dengan butik Najjah-nya, Farrah Adeeba.
GBOB Shah Alam terletak di 102B, Tingkat 2, Jalan Pelabur A/23A, Seksyen 23, agak strategik kerana terletak di jalan yang kurang sibuk. sepanjang 2-3 kali saya ke Seksyen 23 ni, trafik jem tak sangat lah, kecuali pada masa peak hour.
Saya sampai ke perasmian GBOB Shah Alam ni dalam jam 1.30 tengah hari. Lepas berjabat tangan dengan semua orang, kami makan-makan dulu..
Lepas tu, upacara potong riben dan potong kek sebagai simbolik pelancaran secara rasmi Genius Baby on Board Shah Alam!
Lepas acara potong-potong tu, tetamu VIP dibawa melawat sekitar GBOB. Dalam gambar ni Teacher Watie sedang explain tentang produk GBOB kepada Farrah Deeba. Yang dua orang tu Teacher Azie (GBOB Shah Alam) dan Teacher Anne (GBOB Klang).
Selepas itu kami berehat sambil berbual-bual di dalam pejabat GBOB. Cantik sangat office GBOB ni. Dekorasi memang kreatif.
Rupanya ada hadiah untuk jemputan, hehe. Alhamdulillah, sebuah buku tentang Allahyarham Ahmad Ammar kini dalam genggaman.
Sesi bergambar bersama pemilik GBOB Shah Alam, Teacher Azie, Farrah Adeeba dan bloggers jemputan, Ros Little Mama dengan Ben Ashaari.
Dah datang ke pusat perkembangan kanak-kanak, dan ada pula anak usia 2 tahun, haruslah kena dengar penerangan dari Teacher Watie, kan Ben? Mungkinkah Qhaliff bakal menjadi salah seorang anak didik GBOB? Kita tunggu je nanti π
So, orang-orang Shah Alam, yang ada anak dari newborn sampai 4 tahun, boleh lah kunjungi GBOB Shah Alam. Kalau ada sebarang isu dengan anak-anak, contohnya tak dengar cakap ke… boleh cuba dapatkan konsultasi dengan cikgu-cikgu yang berdedikasi ni. Sejam je setiap minggu. Nak buka GBOB pun boleh kot, hubungilah mereka!
My personal thanks to Watie, Azie & Anne atas jemputan ni, dan semoga terus sukses dalam mendidik anak bangsa!
Leave a Reply