,

Menarik di Busan : Gamcheon Cultural Village

admin Avatar

Semasa kami berkunjung ke Korea tahun lepas, tak sempat nak ke kampung yang cantik ni. Sebenarnya, tak tahu pun. Setelah disarankan oleh rakan-rakan dari Female Backpackers Community, kali ni berazam nak jejak kaki juga, walaupun badan tak berapa sihat.

Kenapa saya nak sangat datang ke Gamcheon Village ni?

Sebab ini…

SANTORINI OF ASIA

Cantik kan? Inilah kampung yang mendapat jolokan ‘Santorini of Asia’, dengan bangunannya yang berwarna warni di pinggiran bukit ni.

Mulanya kami memang tak tahu kat mana tempat ni. Ikut saja direction yang diberi… rupanya sangat dekat saja… dalam Google Map beritahu perjalanan  hampir 2 jam! Hampir putus asa tau, nasib baik pergi juga.

Cara nak sampai ke Gamcheon Village ni, boleh naik bas No 2, atau No. 2-2, dari Bujeon pun boleh, kena check route dia lah. Tapi paling mudah bagi saya, naik train, kemudian baru naik bas mini tu.

Cara ke Gamcheon Cultural Village dengan train:

Ambil metro Line 1 ke Toseong (menghala ke arah Sipyeong), kemudian bila dah sampai, keluar ikut Exit 8. Jalan sikit ikut kaki lima, cari PNU Cancer Center.. Lintas jalan dan tunggu di perhentian bas di depan Cancer Center tu. Naik bas No. 2 atau 2-2.Bas ni akan bawa ke Gamcheon. Biasanya di Gamcheon tu ramai-ramai akan turun. kalau tak ada orang, petunjuknya papan tanda warna-warni di atas bukit. Atau, beritahu saja pemandu bas tu nak berhenti di Gamcheon.

Ada cerita menarik di dalam perjalan ke Gamcheon, nanti saya cerita dalam entry lain ya!

admin Avatar

7 responses to “Menarik di Busan : Gamcheon Cultural Village”

  1. Mak Jemah Jual Vitamin Avatar

    eh eh eh eh…baru nak rasa merindui busan..im waiting:)

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      apakah yg berlaku ini… penat akacan berjaga di waktu dinihari…

  2. daya Avatar

    bestnya kak Lyna…unik nampaknya rumah mereka kan…

  3. Aiza Avatar

    Seronoknya dapat mengembara ke tempat orang sambil melihat keindahan ciptaan Allah

  4. Fyda Noh Avatar

    Cantiknya akak.. thanks sebab share banyak tempat menarik. melalui pembacaan juga boleh bayangkan diri berasa di sana

  5. Fatihah Salleh Avatar

    Bestnya…. tengok dalam Running Man je kampung ni. RM selalu shooting kat sini…

  6. Raihanah Ahmad Avatar

    semoga murah rezeki tahun depan k anah nak pi pulak 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge