,

Adakah Saya Sesuai Untuk Light Packing?

admin Avatar

Dalam entry ini, saya ada menerima komen seperti di bawah:

tips packing baju

Macamana nak light packing, kalau anak asyik kotorkan baju, asyik kena tukar baju saja?

Sebenarnya, light packing ni walaupun sesuai untuk sesiapa saja, tapi:-

  • Ada ketika tak boleh light packing
  • Ada orang tak boleh light packing

Bila kita tak boleh nak light pack?

Semasa saya ke US untuk menghadiri Shaklee Live ( Global Convention Shaklee), walaupun saya nak, tapi tetap tak boleh nak light pack. Saya kena bawa banyak baju (dress, tuxedo, suit) untuk menghadiri acara rasmi seperti penyampaian anugerah, makan malam dan sebagainya.

Orang yang tak boleh light pack

Saya seorang yang simple. Selagi baju anak tak kena najis, tetap boleh dipakai. Kalau basah? Kerana itu untuk light pack kena pilih fabrik yang ringan dan mudah kering.  Untuk minimumkan kesan basah lenjun dengan peluh (panas kan), pilih fabrik mikrofiber contohnya Nike Dri-FIT. Kalau anda seorang yang pengemas, mungkin kurang sesuai untuk light pack. Ada kawan saya perlu tukar baju setiap kali solat, ada la tu sebab dia tersendiri… Sehari minima dah 5 pasang kan.

Bagaimana nak optimumkan penggunaan 3 pasang baju?

Bila kami mengembara, hotel hanya tempat untuk tidur saja. Seawal pagi kami dah bergerak keluar, dan bakal tiba ke destinasi bermalam seterusnya menjelang lewat petang. Sepanjang hari tu, saya tak kuasa nak tukar-tukar baju. Bila dah sampai ke destinasi, bersihkan diri dan cuci baju yang dipakai, pakai pula pasangan baju yang kedua. Keesokan harinya, pakai pula pasangan yang ketiga. Kalau belum check-out lagi, sempat untuk baju yang dibasuh untuk kering dalam sehari tu… Kalau dah kena check-out, seterika lah kasi kering apa lagi!

 

Tagged in :

admin Avatar

11 responses to “Adakah Saya Sesuai Untuk Light Packing?”

  1. Anna Avatar

    Dengar best je kan light packing ni. Saya mencuba untuk be very simple. Tapi tak pandai sangat lagi. Boleh cuba lagi. hehe

    Jom singgah : http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com/

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      macma best tp kesabaran jugaklah nk melaluinya hehe

  2. Iffah Azhar Avatar

    nampak simple… tapi sedang berkira-kira macamana nak implement. hahaha.. boleh je kalau mahu seribu cara, nak seribu cara! tak sabarnyaa nak gi holiday!!!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ke manakah destinasi seterusnya ituuu

  3. Raihanah Ahmad Avatar

    kalaulah boleh light packer camni.. i wish… huhuh

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      pasti boleh kak anah 😀

  4. mirah Avatar

    Betul tu, bab pakai baju ni terpulang pada pilihan masing2. JIka saya travel overseas bawa anak2, mmg bawa baju cukup2 sepasang siang dan baju tidur. Biasanya mmg tak sempat nak mencuci sebab ada masanya cuaca atau itinerary packed sangat. Cuma teringat masa pergi Bukit Tinggi, Indonesia dulu, Adam kena cirit birit dan muntah2 maka kena basuh baju dan setengahnya hantar dobi kain selimut etc. Tp kalau anak masih baby 0-2 yrs old, mmg kena standby extra baju. Tp kalau baby lg, baju pun kecik2 blh selit je 🙂

    Tapi kalau pg lama mcm umrah, mmg kena basuh baju lah, ya kena pilih baju yg ringan dan mudah kering sbb jemur dlm bilik shja. 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      umrah tu tokleh lightpacking kot kalau kita dari Malaysia ni. nak isi kain ihram, telekung bagai, belum masuk yg dari sana nk bawa balik macam2 (esepecially air zam-zam)

  5. maizira Avatar
    maizira

    Salam, mommy lyna, sorry out of topik…bile nak buat entry p swiss baru2 nie bersama 3 hero kecik tue…kot2 ada tip yg boleh sy apply nk drive ke naik train je ke..tq

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam mai, insya-Allah on the way 🙂

  6. Nurul Huda MS Avatar

    Bagus tips ni. Sokmo pening kalo pk baju nk bwk. Mesti bwk extra takot terkene itu ini. Kes nk cuci baju tu lemah sket tu. Huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge