Semasa kami berkunjung ke Korea tahun lepas, tak sempat nak ke kampung yang cantik ni. Sebenarnya, tak tahu pun. Setelah disarankan oleh rakan-rakan dari Female Backpackers Community, kali ni berazam nak jejak kaki juga, walaupun badan tak berapa sihat.
Kenapa saya nak sangat datang ke Gamcheon Village ni?
Sebab ini…
Cantik kan? Inilah kampung yang mendapat jolokan ‘Santorini of Asia’, dengan bangunannya yang berwarna warni di pinggiran bukit ni.
Mulanya kami memang tak tahu kat mana tempat ni. Ikut saja direction yang diberi… rupanya sangat dekat saja… dalam Google Map beritahu perjalanan hampir 2 jam! Hampir putus asa tau, nasib baik pergi juga.
Cara nak sampai ke Gamcheon Village ni, boleh naik bas No 2, atau No. 2-2, dari Bujeon pun boleh, kena check route dia lah. Tapi paling mudah bagi saya, naik train, kemudian baru naik bas mini tu.
Cara ke Gamcheon Cultural Village dengan train:
Ambil metro Line 1 ke Toseong (menghala ke arah Sipyeong), kemudian bila dah sampai, keluar ikut Exit 8. Jalan sikit ikut kaki lima, cari PNU Cancer Center.. Lintas jalan dan tunggu di perhentian bas di depan Cancer Center tu. Naik bas No. 2 atau 2-2.Bas ni akan bawa ke Gamcheon. Biasanya di Gamcheon tu ramai-ramai akan turun. kalau tak ada orang, petunjuknya papan tanda warna-warni di atas bukit. Atau, beritahu saja pemandu bas tu nak berhenti di Gamcheon.
Ada cerita menarik di dalam perjalan ke Gamcheon, nanti saya cerita dalam entry lain ya!
Leave a Reply