Faris Pergi Jua.. Al-Fatihah

by Mommy Lyna on February 23, 2012 · 6 comments

Saya baru nak menulis tentang Faris Nur Daniel yang mengidap barah darah (Hemophagocytic Lymphohistiocytosis) atau HLH, sejenis penyakit bilamana histiocytes dan lymphocytes iaitu jenis2 sel darah putih yang bertindak menjadi ‘pengawal’ jangkitan terhadap tubuh, menjadi banyak dengan tiba2 dan mereka ni pula yang menyerang tubuh.

Tapi pagi ni mendapat berita..

======================

Khamis, Februari 23, 2012
FARIS TELAH PERGI BUAT SELAMANYA … AL-FATIHAH
“Salam Mazidul, Faris telah pergi buat selama-lamanya. Mohon maklumkan kepada semua, wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital’

Itu pesanan ringkas dihantar kepada saya oleh ayah Faris pada jam 10.18 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Mewakili keluarga Faris, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.
========================

Kisah Arwah Faris agak dekat dengan keluarga saya, arwah bapa mentua saya mengidap ALL (Acute Lymphoblastic Lukaemia) yang ada kaitan dengan HLH juga.

Keadaan arwah bapa mentua saya lebih kurang dengan arwah Faris, tambah2 lagi Arwah Faris yang masih kecil… Membuatkan hati mana2 ibu berasa sebak.

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat Faris, dan keluarganya semoga mereka tabah menghadapi situasi ini.


Selamat jalan Faris Nur Daniel…


Wajah syurga…

{ 6 comments… read them below or add one }

lydzar February 23, 2012 at 12:22 pm

al-fatihah.

alhamdulillah, rakyat malaysia memang prihatin dan murah hati. dapatla segala bil diselesaikan nnt. dan semoga keluarga arwah redha dengan pemergian sikecil.

Reply

eliss February 23, 2012 at 1:27 pm

Al-Fatihah.. mcm 2 penyakit ada yer dan tanpa kita sedari…

Reply

syigim February 23, 2012 at 1:34 pm

*nangis*

innalillah.. br tau psl dia smlm, hari ni baca posting ni dah meninggal dah. mmg ahli syurga :) moga keluarganya tabah dan diberikan kekuatan dr Allah. al-Fatihah.

Reply

zuhaini February 23, 2012 at 3:41 pm

al-Fatihah…

Sedih sangat… saya baru tergerak hati ingin menghulurkan sumbangan yang tak seberapa… tau-tau dah terlewat… huhuhu :(

Semoga ibu bapa adik Faris tabah….

Reply

Jue February 23, 2012 at 9:16 pm

Al-Fatihah.. setiap kali baca entry pasal arwah, air mata mengalir mengenangkan dugaan yang sungguh berat Allah uji ke atas kedua ibu bapa dan keluarganya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa ke atas sesuatu. Sebagai ingatan untuk diri sendiri dan rakan2, hargailah apa yang kita ada skrg, kerana kita taktau bila akan sampai masa nya.

Reply

Wanhidayat February 27, 2012 at 3:01 am

Al-Fatihah…semoga Faris berbahagia di syurga Allah.

Kak, doh bakpo ado malware blog akak nih?.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm