Suami Tak Perlu Taat Pada Isteri?

admin Avatar

Saya merungut pada suami “Kenapalah isteri je yang kena taat pada suami, tapi suami tak payah taat pada isteri?”. Maklumlah, kadang2 bila kita minta tolong dia buat apa2, akhirnya kita juga yang kena buat. Tapi bila dia yang minta, terus kita laksanakan tanpa alasan.

Kata suami saya “Kerana Allah sayangkan orang perempuan. Sabda Rasulullah ‘Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatan dan taat kepada suaminya, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai’. Taat pada suami tu kunci syurga seorang isteri, tak suka kah?”.

Begitulah suami saya. Selalunya ada jawapan untuk setiap sungutan dan rungutan saya.

Kedudukan seorang suami dalam hidup seorang isteri begitu tinggi. Hinggakan Rasulullah SAW sendiri bersabda “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.” (HR Tirmidzi, Ibn Hibban & al-Baihaqi).

Namun adakah begitu besar ‘power’ seorang lelaki hinggakan boleh memperlakukan isteri sesuka hati?

Bila dikatakan ‘syurga isteri di bawah tapak kaki suami’ dan ‘redha Allah pada redha suami’ bukanlah maknanya suami berhak berbuat saja terhadap isteri. Ia adalah satu mesej yang amat mendalam… Bila syurga isteri di bawah tapak kaki suami, maka suami haruslah berakhlak ahli syurga.

Bagaimana kalau suami bukan ahli syurga? Jangan risau kerana darjat wanita sangat mulia, lihatlah Asiah isteri Firaun adalah antara penghulu wanita syurga namun suaminya sendiri terlaknat.

Isteri bukan hamba mahupun abdi suami, sebaliknya ketaatan kepada suami adalah anugerah dan janji Allah buat isteri.

Tagged in :

admin Avatar

5 responses to “Suami Tak Perlu Taat Pada Isteri?”

  1. Nonie Avatar

    yerla, pasti ramai je isteri2 yg rasa camni…. Esp bila time suami2 tak berapa co-operative… Mulala syaitan naik atas kepala, pk yg bukan2 pastu rasa nak memberontak je… Bila jadi camni perlu istighfar byk2… Ingatkan diri sendiri yg kita buat satu2 benda tu bukanah semata-mata untuk suami, tapi keraa Allah taala…& doa byk2 supaya dilapangkan dada kita & juga dibukakan hati suami supaya lebih memahami apa yg kita rasa…. Tapi tula, tak tentu semua yg kita rasa tu betul pun ye tak… 😉

  2. sahrom Avatar

    assalamualaikum ML

    maaf bertanya..bila result kontes ipad nak kuar huhuhhhhhhh

  3. azma Avatar
    azma

    Suami tak laksanakan tanggungjawab dia atau prihatin pd isteri.. itu dia dengan Allah. yg penting patut isteri pada suami (selagi tak bertentangan dengan syariat) itu wajib..

  4. Wanhidayat Avatar

    Yeayyy jumpe balik!. Apa2 pun sy tahu akak ni isteri mithali kan?. hehehe

  5. nora Avatar
    nora

    salam..sy taat pd suami tp hati sy sgt berat nk pergi rumah mertua kerana adik ipar perempuan yg sy rasakan kurang ajar dgn sy,mengata mcm2 pd sy dan jg mak..sy buntu x tahu apa nk buat..sy sering dianggap pemalas sbb bila balik ke sana sy terpaksa melayan karenah si kecik..apa perlu sy buat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge