Fahry di Usia 3 Tahun Setengah

admin Avatar

Lama saya tak menulis tentang Fahry dalam blog ini. Alhamdlillah anak istimewa saya dah hampir 4 tahun umurnya. Sekarang dia sangat petah berkata-kata hinggakan saya dah suami kadangkala berkata “Fahry, tolong senyap kejap”.

Alhamdulillah, memang sangat gembira dengar celotehnya.

Wajahnya yang comel memang menghiburkan kami.


Fahry setakat ni dah tukar kaki palsunya sekali. Sekarang ni rasanya dah kena tukar lagi sebab dia dah makin tinggi dan makin aktif.

Kaki palsu sekarang tak fleksibel, jadi susah dia nak berlari-lari.

Bahaya juga untuk jangkamasa panjang sebab ia boleh memberi kesan kepada tulang belakangnya.

Memang saya akui agak ‘cerewet’ nak jaga Fahry, untuk pastikan tubuhnya boleh berkembang dengan sempurna. Yang bab dilahirkan tanpa kaki itu satu, Fahry pun tak cukup jari kaki, jadi kakinya tu jadi bengkok. Risau dibuatnya tapi setakat ni no choice sebab dia tak ada jari untuk cengkam macam kaki orang biasa.

Tapi budak macam Fahry dia bukan kisah. Cuma mak bapaknya saja yang risau 🙂

Walau bagaimana pun, Fahry membesar sebagai kanak2 yang positif. Kami tak pernah membezakannya dengan anak2 lain. Siapa nakal kena denda, siapa bagus dapat pujian. Walau bagaimana rupa fizikal itu bukan sesuatu yang boleh dianggap ‘berbeza’.

Fahry boleh lakukan apa yang abang dan adiknya buat.

Kami lakukan apa saja untuk dia berbangga dengan dirinya 🙂

—————————————–
Saya adalah wakil Shaklee anda untuk penghantaran serata Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, etc. (ketahui bagamana untuk mendapatkan POS PERCUMA).

Hubungi saya – sauberlina(@)gmail.com – 012-2811136 [SMS/WhatsApp dialukan] untuk sebarang pertanyaan.

||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari Vitamin Shoppe||

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Fahry di Usia 3 Tahun Setengah”

  1. mirah Avatar
    mirah

    Sekejap je dah besarkan.. 🙂

  2. irfa Avatar

    BANYAK YG SAYA TAK TAHU TTG BLOG NI
    INSYA ALLAH AKAN BACA SIKIT-SIKIT SMPAI PAHAM

    1. -mart- Avatar
      -mart-

      chaiyok fahry!!! anty alweyz pray for u, moga fahry tabah n membesar sperti juara ! luv u!

  3. laila Avatar

    rindu Fahry. lama sik jumpa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge