Duta Bling Buubies dan Keputusan My Bling Moment Breastfeeding

admin Avatar

Pengumuman Duta Bling Buubies…

Keputusan yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta ya.

Susah betul nak pilih pemenang, semua pun hebat2 belaka. Daripada gambar yang dihantar dan slogan yang ditulis, semuanya menarik. Oleh itu kami telah sub-kan keputusan untuk memilih siapa yang bakal membawa pulang trofi.. eh takde trofi pun 🙂 kepada *juri separa profesional. Siapa yang akan membawa balik hadiah2 dari Bling Buubies dan Bling Baby???

*Juri luar yang tiada kaitan dengan mana-mana peserta, supaya pengadilan lebih adil dijalankan.

Saya harap semua peserta berpuas hati dengan keputusan ini. Kepada semua pemenang, tahniah diucapkan dan kepada semua peserta, terima kasih berbanyak-banyak dan tahniah di atas penyertaan anda.

Sebagai penghargaan kepada penyertaan yang hebat dari anda semua, semuanya terpilih untuk ‘featured’ dalam Blog Susu Sihat dan blog masing-masing akan di-attach dalam FaceBook Blog SusuSihat 😉

Jadi.. pemenang2nya adalah…

bling buubies winner

Dari kiri ke kanan, bawah ke atas, pemenang pertama, kedua, ketiga dan seterusnya saguhati…

Dengan ini Duta Bling Buubies yang telah dipilih oleh para juri adalah..

HARLINDA HALIM
http://www.harlindahalim.com

Pemenang kedua

AANIE
http://aanie.blogspot.com

Pemenang ketiga

MOMMY ICHA
http://www.yoursupermom.com

5 Pemenang saguhati

WATIE
http://geniusqarissa.blogspot.com

SITI FAUZIAH
(penyertaan dari FaceBook)

NURUL
http://hezrina1983.blogspot.com

INTAN
http://azmiraazman.blogspot.com

ALIN ALAN
http://alinalan.blogspot.com

Tahniah kepada semua pemenang. Kepada semua peserta, saya minta izin untuk masukkan gambar anda semua beserta dengan luahan hati yang anda telah coretkan dalam Blog SusuSihat ya.

Ops, belum habis lagi. Disebabkan penyertaan yang begitu menggalakkan, maka 2 orang peserta telah dianugerahkan dengan

ANUGERAH KHAS JURI

Jangan main-main.. Macam ABPBH gitu 🙂

Jadi siapa yang telah diberi penghormatan untuk anugerah khas juri ini?

Mereka adalah pemilik gambar ini:

yatie chomeyl

Dan puisi ini:

Susu ibu sangat berharga…
Nilai khasiatnya tiada tara..
Menyusu anak di mana-mana..

Hasilnya erat kasih terbina..

Menyusu anak bukanlah susah..

Perlukan ilmu dan juga usaha..
Kata orang jangan ambil kisah..
Yang penting kita rasa bahagia..
Susu ibu susu terbaik..
Tiada dua tiada ganti..
Ilmu yang ada jangan tak praktik..

Barulah senang menyusukan nanti..

Susu ibu sangat bernilai..

Cuma antara mahu tak mahu..
Orang menyusu janganlah intai..
Cucuk mata baru tahu..^_^

Marilah sokong penyusuan ibu..
Belum cuba belum tahu..
Lengkapkan diri dengan ilmu..
Agar urusan dipermudahkan selalu..

InsyaAllah..

Hakcipta terpelihara © hudetx

Penerima Anugerah Khas Juri bakal membawa pulang hadiah misteri 😀

Saya harap semua peserta berpuas hati dengan pengadilan yang dijalankan. FYI juri kami bukan sahaja mengadili dari gambar, slogan/kata-kata, malah juga mengunjungi dan menerjah blog-blog yang terbabit dalam pertandingan ni.

Kepada semua peserta, tunggu email dari saya untuk mendapatkan kisah penyusuan anda yang sangat menarik untuk kita kongsi bersama dalam Blog Susu Sihat. Jangan serik ya sertai lagi contest anjuran My Super Kids 🙂

Nantikan kemunculan duta Bling Buubies dalam majalah Pa&Ma tahun hadapan. Keluaran yang mana akan saya umumkan nanti, insya-Allah.

BERSAMA MENYOKONG PENYUSUAN SUSU IBU!

admin Avatar

13 responses to “Duta Bling Buubies dan Keputusan My Bling Moment Breastfeeding”

  1. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    alamak, so sorry dunno why this entry jadi blank pulak. i’ll re-publish later…

  2. intan Avatar

    suspen mommy lyna ek…

  3. lydzar Avatar

    tu lah..memang saspen jer nih..ekekeke

  4. kemma Avatar

    adoiiii..suspenda betoii…hehe..dupdap jantung ni..:P

  5. MommaMia Avatar

    Tahniah untuk semua!!

  6. has Avatar

    tahniah buat semua pemenang..

    Jom skodeng :Maila Vote Zahra..^_*

  7. intan Avatar

    Intan n Syura dapat hadiah saguhati…Tq Mommy Lyna

  8. aanie Avatar

    alhamdulillah..dpt no. 2….hehe..tak sangkanya…refresh byk2 kali…mcm x caya..thank u kak lyna, bling buubies dan blog susu sihat!!!

  9. kemma Avatar

    tahniah untk yg menang n to all contestant…susu ibu terbaik!!!!!

  10. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    tahniah semua

    semua pun pemenang!

  11. Nik Ha Avatar

    Tahniah buat semua 😉

  12. reitak Avatar

    Congrats everyone!

    Yatie, puisi mmg best lah 🙂

  13. Mommy Of Q's Avatar

    wei! giler kentang btol lah … apa aku buat last week sampai aku tak sedar langsung aku jadi pemenang saguhati ha! aku siap subcribe blog ko, masuk hp tapi keputusan ni takder pun masuk dalam hp aku? hampeh tul BB aku nih .. aku tau aku menang from Momma Mia ko tau tak?

    Segannyaa … dah lah masa kat opis, linda tuh datang, bgtau kata dia menang jadi duta tapi korang call dia, dalam hati aku kata ..” oh..maybe Lyna tak sempat masuk dalam blog kot?” sebab aku tak baca .. hahahah..tak sangka rupanya aku pun terselit menang sama …cait ..malu mak nokss.. jumpa hang hari tuh pun ko bukan nak cakap ngan aku yerk! kong asam ko! haahhahahaha… tq tq … sangat2 menghargainya ..tak sesia pakai spek hover ..hahahahah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge