Pelantar Minyak Petronas Terbakar

Pelantar minyak Petronas terbakar di offshore Terengganu (Bekok-C), dan saya cuma tahu tengah hari semalam. Sungguh tidak CNN. Banyak deadline kena meet sekarang ni :P

Sedutan dari beberapa akhbar utama tentang platform minyak milik Petronas Carigali, Bekok-C yang terbakar:

BERITA HARIAN

6 pekerja pelantar minyak Terengganu cedera dalam kebakaran

2010/12/14

KUALA TERENGGANU: Enam pekerja pelantar minyak milik Petronas di luar pantai Terengganu dilaporkan cedera apabila pelantar yang sedang dalam penyelenggaraan berkala terbakar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, pelantar Bekok C yang terletak kira-kira 200 kilometer dari pantai terbakar tetapi api dapat dikawal daripada marak.

Seramai 102 kakitangan pelantar kendalian Petronas Carigali Sdn Bhd itu berjaya dipindahkan ke pelantar berhampiran.

Setakat ini punca kebakaran belum dapat dipastikan tetapi difahamkan ia akibat paip gas yang bocor.

Mangsa yang melecur sebahagian anggota badan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.

Sementara itu BERNAMA melaporkan, mereka yang cedera ialah Alias Abdullah, Hamzah Abdullah, Fauzi Ibrahim, Rishaudin Ismail, Ariff Farimi, dan Zamri Wagiman.

Mereka tiba di hospital itu kira-kira jam 9 pagi dengan seorang daripada mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, seorang di Unit Kecemasan manakala empat lagi menerima rawatan pesakit luar.  Bagaimanapun kira-kira 12 tengah hari semua mereka dilaporkan stabil, dan ditempatkan di Unit Kebakaran HSNZ.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sempat meluangkan masa melawat mangsa sebaik saja Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berhenti rehat tengah hari.

UTUSAN MALAYSIA

Enam cedera platform cari gali minyak terbakar

14/12/2010 3:02pm

KUALA TERENGGANU 14 Dis. – Enam cedera dalam kebakaran yang berlaku di platform cari gali minyak di Bekok C, di sini.

Menurut satu kenyataan Petronas Carigali Sdn. Bhd. di sini hari ini, kebakaran di platform itu yang terletak kira-kira 200 kilometer di luar pesisir pantai Semenanjung dikendalikan oleh Petronas Carigali.

Katanya, sejuru kebakaran berlaku selepas tengah malam, api dapat dikawal oleh pasukan kecemasan.

Menurut beliau, 120 kakitangan yang bekerja di platform berkenaan telah pun dipindahkan ke platform lain yang berdekatan.

“Pihak kami telahpun dimaklumkan berhubung kejadian tersebut dan siasatan mengenainya sedang dijalankan,” katanya. – Utusan

TV3 (sedutan Buletin Utama)

http://www.tv3.com.my/beritatv3/berita_terkini/Pelantar_Minyak_Terbakar_6_Petugas_Petronas_Carigali_Cedera.html

Sehingga kini siasatan masih dijalankan tentang punca kejadian. Bagaimana kebakaran bermula dan apa yang berlaku tak dapat dipastikan, kecuali dengan gossip2 yang kedengaran di luar sana.

Kejadian Platform Bekok-C terbakar ni sebenarnya agak sentimental, kerana ia melibatkan orang yang saya kenali. Dari sumber yang paling rapat dengan beliau (isterinya, junior saya), dikatakan beliau dalam keadaan stabil. Syukurlah.

Sebenarnya bila bekerja di tempat-tempat begini, apa lagi melibatkan bahan mudah terbakar (minyak dan gas) risiko itu sentiasa ada. Oleh kerana itu bagi syarikat2 oil&gas, keselamatan adalah perkara paling utama (Safety First).

Walaupun ramai yang ingat pekerja platform minyak mendapat gaji yang tinggi, itu berbaloi (berbaloikah?) dan sepadan dengan risiko yang mereka hadapi setiap hati. Isteri2 dan anak2 yang ditinggalkan pun pasti sentiasa dalam nightmare, terutama apabila mendengar berita2 dari luar pantai (atau atas darat bagi pelantar di darat).

Tambahan pula, bagi pekerja pelantar minyak di laut, risiko tu bukan saja semasa berada di platform, malah bermula dari awal perjalanan lagi. Bagi perjalanan dengan chopper (helikopter), risiko untuk terhempas, perjalanan dengan bot, risiko untuk karam. Oleh kerana itu setiap pekerja pelantar minyak wajib memiliki Pasport Kegemilangan Keselamatan yang hanya akan diberi selepas mereka menjalani latihan keselamatan.

Banyak sebenarnya kejadian platform terbakar/meletup di seluruh dunia. September lepas, sebuah platform memproses minyak meletup di Teluk Mexico. Tapi kejadian itu tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kebocoran minyak.

Pada bulan April lepas pula, sebuah platform minyak meletup di Teluk Mexico juga, menyebabkan 3 orang  parah dan 17 lagi cedera.

Kejadian kebakaran di platform minyak yang menjadi legend hingga kini ialah Piper Alpha di North Sea. Semasa belajar HSE di universiti dulu pun ada termasuk bab Piper Alpha (mula2 ingatkan watak dalam siri Charm :P).

Bersyukurlah kita-kita yang kerja di pejabat ni. Mereka di platform minyak, di kilang-kilang, plant-plant, dan di mana saja yang melakukan pekerjaan melibatkan mesin dan bahan mudah terbakar, setiap masa kena berjaga-jaga. Terlepas pandang, kalau nasib baik putus jari, kalau tak, boleh putus nyawa T_T

Jadi usahlah complaint bila pekerjaan kita tak berapa menarik atau gaji tak semahal mereka. Sepadanlah dengan ke-rilex-an kita. Terlepas pandang pun, boleh Backspace, delete dan taip semula.

Tentang kejadian ni, tak perlulah buat apa-apa spekulasi. Ia memang biasa terjadi (dalam nature dunia oil&gas). Macam bawa kereta/motor, boleh eksiden. Risikonya dah ada di situ. Bagaimana nak mengurus dan menyelesaikannya, kita serahkan kepada pihak berwajib.

Sama-sama kita doakan semoga diberi kesabaran dan kesembuhan, serta keselamatan buat mereka yang terlibat dan ahli keluarga mereka.

Nota buat Hasuna : Semoga Ariff cepat sembuh dan Allah memelihara kalian.

8 thoughts on “Pelantar Minyak Petronas Terbakar”

  1. Memang Ngeri. Semoga semua mangsa dan keluarga yang cedera bersabar dan cepat sembuh. Bekok-C antara platform yang memula Alin g semasa bekerja dulu. Memang pengalaman naik chopper, amik safety course bosiet dan menjadi only girl yg ada diplatform. Bila pk-pk memang ngeri tapi demi tugas, Alhamdulillah semuanya ok. Pengalaman berharga yang tak dpt dibeli dimana-mana.

    Kami sebagai vendor safety & shutdown system selalu menjadi perhatian setiap kali ke platform. Alhamdulillah tiada rakan sekerja semasa kejadian berlaku.
    MommaMia´s menulis tentang ..Breastfeeding trial pack Apa kata ibu-ibu breastfeederMy Profile

  2. salams..

    tak sangka pulak “mysuperkids” kenal isteri arif…arif happened to be my room mate from univ dan juga rumet semasa mula2 keje di kerteh.

    Anyway, all the best to arif an famili. Dgrnye dia dah sedar and will be transferred to Prince Court bile keadaan dah agak ok.

  3. Saya pernah berkata pd isteri, anak2 dan rakan2, w/pun saya kerja freelance dan bdg myk dan gas, resiko yg. saya ambil adalah sgt tinggi, ibarat kata kalau keluar rumah unt pergi kerja samaada di onshore @ offshore hanya ada 2 perkara sahaja, samaada saya balik dgn selamat @ tak balik terus.., siapa2 yg kerja dlm bdg nie tahulah apa resikonya. bermula dr rumah ke tempat kerja hinggalah dr tempat kerja nak balik ke rumah…, memang betul kita kerja ikut procedure, safety first dsb, tetapi atas kesilapan org lain kita pun boleh terlibat sama…
    Semuga Allah memelihara keselamatan kami semua yg bekerja di bidang ini dan menjaga insan2 yg kami sayangi semasa ketiadaan kami di sisi mereka. Amin…..

  4. kak, saya baru pasan ada entry ini…hahaha…maklumlah, masa saat kritikal aritu, mmg tak lalu dah nak layan apa2 pun hal duniawi…..sekarang, alhamdulillah, arip pun dah sgt2 stabil dan semua nya akan kembali kepada normal, insyaAllah…..thanks kakak along yg cun!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge