Di Mana Nak Cari Kaunselor Laktasi (LC=Lactation Councelor)?

admin Avatar

Bila ada ibu yang meluahkan kekecewaan kerana masih tak dapat menyusui anaknya walaupun dah buat macam2, saya selalu tanya balik “Dah jumpa LC ke?”. Jawapan yang biasa ialah “Belum”. Ada juga yang “LC tu apa?”. *LC = lactation councelor/ kaunselor laktasi.

Ramai kawan saya yang claim “Dah buat macam2, i.e. urut, makan makanan tambah susu, makan pil, makan ubat, etc. tapi susu tetap jugak tak ada”. Tapi bila ditanya tentang LC atau pakar lain, jawabnya tidak.

Antara sebab kenapa mereka tak berjumpa LC:

  1. Tak tahu LC tu apa.
  2. Tak tahu kat mana nak cari LC.
  3. Segan dan malu nak contact dan tanya.
  4. Takut dikenakan bayaran.
  5. Rasa diri dah cukup bagus untuk merujuk pada LC.

Kenapa saya tekankan sangat tentang LC?

Analoginya, kita mungkin boleh belajar buat kek fondant dari buku atau dengan melihat orang lain buat. Kita mungkin boleh menggunakan bahan2 terbaik untuk membuat kek dan fondantnya. Tapi bila kek kita tidak menjadi, kita tidak boleh menyalahkan “Tidak semua orang diberi rezeki untuk pandai buat kek”. Pepatah Arab ada mengatakan “Man Jadda Wa Jadd” = siapa yang berusaha, dia akan berjaya.

Mungkin antara usaha yang tidak terbuat ialah merujuk pada yang pakar. Mungkin dengan merujuk kepada pakar kek fondant, kek fondant kita itu akan menjadi kerana pakar boleh menegur dan membetulkan mana yang salah dalam kerja kita tu, dan mungkin kita ada salah fahaman tentang cara2 membuat kek fondant sebelum ini.

Begitu juga dengan BF. Dan manusia paling tepat untuk merujuk ialah LC, kerana mereka telah diberi pengiktirafan (sijil) dalam bidang ini (Laktasi).

Maaf cakap, tapi ada ibu yang tidak BF yang tidak puas hati bila kita bercerita tentang kebaikan BF. Sebenarnya tidaklah ibu2 BF ni nak menunjuk2 dan berasa riak takbur meninggi diri kerana BF, tapi sebagai satu motivasi kepada ibu2 lain yang berniat hendak BF, bahawa “semua orang boleh BF” *kecuali keadaan tertentu.

Memang tak dapat dinafikan kebaikan BF ni. Tapi saya takde la menolak susu formula. Itu adalah alternatif terbaik kepada bayi-bayi kita. Jangan pulak ada yang pandai2 bagi air teh sebab taknak baby rasa susu formula. Pelik juga kadang2, ada jugak yang sanggup bagi anaknya air teh semata2 taknak bagi susu formula pada anaknya.

Berbalik kepada topik LC, biasanya di hospital2 kerajaan (rakan bayi) ada ditubuhkan support group untuk membantu ibu2 yang bermasalah BF. Sayangnya (pengalaman saya), support group ni tak dipopularkan. Jadi, hanya pada yang mencari je akan terjumpa dengan support group ni. Saya pun terjumpa by accident je.

Sekarang ni kalau ibu2 yang celik internet, memang tak susah nak mencari LC. Sarakids, Lunatots, Baby’N’Me, MomslittleOnes, Mom’s Choice, SusuIbu, FabulousMom, adalah antara barisan LC tempatan yang sedia membantu jika kita ada sebarang masalah dengan penyusuan. Malah mereka ada menganjurkan kursus penyusuan, seperti Kelas Penyusuan Ibu bagi Ibu Mengandung @Sarakids, Breastfeeding Preparation Class @MLO dan Breastfeeding Cafe @FabulousMom. Mereka boleh membantu kita secara PERCUMA, kecuali dalam occasion2 tertentu, seperti kelas2 yang dianjurkan dan sebagainya lah.

Kadang2 kita rasa dah cukup bagus untuk rujuk pada mereka. Terpulanglah. Tapi ramai juga yang bagus2 tak dapat menyusu sampai bila2 sebab ‘lepas bersalin susu tak ada’. Di sini dah silap konsepnya. Susu memang tak terus memenuhi ruang buah dada sebaik saja bayi keluar. Rangsangan pertama ialah dengan menyusui dia untuk merangsang hormon penghasilan susu (prolaktin). Jika lepas bersalin tak terus BF, tapi tunggu buah dada penuh dulu baru nak BF.. sebenarnya dah tersalah konseplah tu. Ia macam ayam dan telur, yang mana dulu? Tapi kita dulukan BF, barulah susu akan distimulasi untuk dihasilkan.

On top of everything, perkara paling penting adalah ilmu. ‘Orang fakih yang beramal dengan ilmunya jauh lebih baik dari orang ‘abid yang beramal tanpa ilmu’. Malah seorang ‘abid yang beramal tanpa ilmu akan menjadi fitnah yang besar pada agama. Demikian juga dalam hal ni dalam dalam hal2 lain. Street smart atau book smart bukan soalnya. Yang penting pengetahuan tentang asas sesuatu perkara. Untuk drive kereta kita kena tahu basic membawa kereta, dan undang2 jalanraya. Bukan boleh main redah dengan hanya baca buku tentang kereta dan tengok orang lain bawa kereta. Last2, lampu merah pun tak berhenti sebab tak tahu kena stop. Bila eksiden, jalan pula salahkan orang or salahkan takdir.

Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri (al-Ra’d : 11)

Malah, bercakap tentang takdir, diriwayatkan oleh Tirmidzi, Rasulullah SAW bersabda: “Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan baik”. Tak patutlah kita meletakkan pada takdir semata-mata bagi sesuatu perkara, sedangkan kita tak berusaha dan tak cukup berdoa.

Itulah hikmah kenapa Allah tak tunjukkan takdir-Nya pada kita. Supaya kita berdoa dan berusaha, dan akhirnya bertawakal pada Allah. Menyerahkan bulat2 pada takdir tanpa usaha bukan tawakal namanya. Bukannya melawan takdir kalau kita berusaha dan berdoa sebab usaha pun termasuk dalam takdir juga. Dan disebabkan kita ni cuma hamba, di pengakhiran hasil tu ketentuan Allah jadi kita harus terima dengan hati terbuka dan redha, kerana ia adalah yang terbaik untuk kita.

Walaupun ada ibu yang tak boleh BF sedangkan dia nak sangat2, seharusnya jangan berasa down atau ‘marah’ dengan keghairahan ibu lain yang BF. Bersyukur dikurniakan cahaya mata dan rezeki untuk memberikan dia susu yang bagus, walaupun bukan susu ibu. Ramai lagi insan di luar sana yang tak dikurniakan anak, atau tak mampu nak beli susu, atau lebih kesian dapat anak luar nikah yang kemudian terpaksa dibunuh atau dibuang… Naudzubillah.

So, jangan malu2, hubungi LC berdekatan jika anda hadapi sebarang masalah berkenaan BF.

admin Avatar

22 responses to “Di Mana Nak Cari Kaunselor Laktasi (LC=Lactation Councelor)?”

  1. mama emma Avatar

    yg lyna nie, bila nak amik kursus LC nie? huhu
    .-= mama emma´s last blog ..-KE CAMERON H PULAK PT 1- =-.

    1. babycomel Avatar
      babycomel

      saya hampir lg nak amik kursus 20jam kat PPUM tu tp ada mslh teknikal last2 minit…dgrnye itu merupakan kursus t’akhir yg public leh join coz pasni diorg dah tak dioffer utk public…

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        Mungkin belum rezeki saya (alasan)

  2. Hanz Avatar

    Me Certified LC…wah-ha-ha..boleh percaya tak? Serius, long-time ago was hard-core in BF, got Certified & posted about my BF journey in blog. Masuk anak No.2, i dah x aktif ngan kegiatan ni sebab masa x mengizinkan..need to spend time more with boys & HS.But, bila2 & dimana-mana jua bila ada terluang untuk berkempen BF, me akan buat..xderler nak menunjuk-nunjuk atau rasa riak pulak, in fact I’m still learning from younger moms. (errrkk, tua ker I?hu-hu) .baru smalam dapat tahu Buah Durian Belanda boleh bantu tambah susu ibu..my family & in law family pun not really BF.Me sorang2 jer yg go all-out & alhamdulillah, bb Hambali dah 1 year & still BF. (Cam lari topik lak)

    Bagilah ruang pada ibu2 muda macam Lyna pula..my time had passed…
    .-= Hanz´s last blog ..Yes! I Win! =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wah issit? takpa nanti u bole jadi HS consultant plak hehe.

      walau apa yg kita buat, sentiasa ada ilmu baru kan. walaupun dah byk experience tapi ada je new things yang mungkin kita tak jumpa tapi orang lain terjumpa.

    2. mama emma Avatar

      hanz, xtau pun u nie certified LC.. huhu…

      nnt i nak refer to u la pasal prob i, boleh?
      .-= mama emma´s last blog ..-KE CAMERON H PULAK PT 1- =-.

  3. aidie Avatar
    aidie

    dah tkde ke course nak jadik LC?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalo dah tak open to public, open tu sapa je ye? babycomel tlg respon ye ehe.

      1. babycomel Avatar
        babycomel

        sori lyna, i dpt tahu psl tu pun stlh baca post dr seorg member kat 1 forum tu..bila i tanya detail dia takleh nak explain lak siap suruh i contact org ppum bagai….

  4. salzahari Avatar
    salzahari

    betul tu Lyna…cepat gie amik course dan exam tu. sementara belum keja balik nih!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      huh!

  5. Kujie Avatar

    untung ibu2 zaman skrg….berbagai maklumat dihujung jari.
    zaman kak jie dulu, tanpa sokongan, tanpa pendedahan..hanya mitos itu dan ini… warisan nenek moyang.

    dlm kekurangan tu…kak jie hanya BF anak pertama 6 bulan saja..buta ilmu, buta info
    tapi anak ke 2 & 3 BF hingga 2 tahun.
    .-= Kujie´s last blog ..Mutiara Kata PPSMI =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      itula kak jie zaman sekarang maklumat di hujung jari. untungnya saya… alhamdulillah. besok2 cemana ya. ntah2 di hujung hidung je hehe.

  6. zuhaini Avatar

    🙂 bestnya… bila la alia nak dapat adik… huhu 🙂
    .-= zuhaini´s last blog ..of Kek, Sisters, and Big Apple! =-.

    1. NaDiaH SiDeK Avatar

      hehe..ada rezeki ada la nnt
      .-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Teringin =-.

  7. ibu addinnasa Avatar

    “Pelik juga kadang2, ada jugak yang sanggup bagi anaknya air teh semata2 taknak bagi susu formula pada anaknya.”
    Akak juga pelik bila ada ibu yang sanggup bagi minum air kosong semata2 sebab tak nak bagi susu formula… sama kejam dengan orang yang bagi air teh gamaknya!hahahaha
    .-= ibu addinnasa´s last blog ..Makan Nasi Minyak =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      agaknya dia rasa lagi kejam kalo bagi anaknya susu formula kot?

  8. ummuabdullahsyaakir Avatar

    Mommy,saya puntermasuk orang2 yang mencari ttg BF ni,terima kasih dgn entri ni,baru rsa terbuka sikt pengtehuan ..hehe
    .-= ummuabdullahsyaakir´s last blog ..Khabar Si Adik @Trimester 2(6bulan ) =-.

  9. NaDiaH SiDeK Avatar

    mak sy citer ms sy umur 10 bln tak nk minum susu (FM) dh..bg milo pun tak mau. last2 mak sy bg air teh O’…baru nak

    lupa lak nk tny sy BF smpai umo brp. hrp2 la sy dpt BF Safiyyah smpai 2 thn. doakn ye
    .-= NaDiaH SiDeK´s last blog ..Teringin =-.

  10. babycomel Avatar
    babycomel

    hahaha…giler lawak…

  11. mummy@sarakids Avatar

    1st of all, Lyna ni walau takde sijil laktasi tp sumbangan dia menyebarkan ttg bf goodness dah bnyk sgt tak terhitung dgn jari. Ibu yang berjaya menyusukan anaknya adalah inspirasi ibu2 lain. Dear, to me hang ni dah bnyk sumbang n galakkan org menyusu =) bangga dgn mu
    .-= mummy@sarakids´s last blog ..Susu Ibu & Mikrobiologi & Wanita Hari Ini =-.

  12. Rai Avatar

    thanks Lyna suggestkan Farah Sarakid tu..sekarang susu da ok sikit. not totally ok lagi..tapi dah tau la nak buat macam mana kalau tak ok lagi..Farah pun friendly sangat..
    .-= Rai´s last blog ..Natural Beauty of Hokkaido updated Sat Jul 4 2009 11:06 pm CDT =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge