Kita mungkin sering mendengar perkataan KIASU, yang membawa makna ‘tak mahu kalah’ atau kalau di kalangan masyarakat Melayu ia menjadi lebih lembut iaitu ‘menjadi yang terbaik’. Sikap kiasu ni biasanya dikaitkan dengan masyarakat Cina, apakatah lagi perkataan tersebut asalnya dari bahasa Mandarin.
Sekarang ni ramai orang termasuk ibu bapa menjadi kiasu, dalam pelbagai aspek. Boleh jadi kiasu yang bagus dan memotivasikan, dan juga kiasu yang ‘mematikan’. Kiasu yang memotivasikan menonjolkan semangat ingin berjaya, bersemangat, gigih berusaha… untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Kiasu yang mematikan pula ialah kiasu yang ‘tak mahu kalah, dan tak mahu orang lain menang’. Sesiapa yang menghidap penyakit kiasu negatif ini memang berbahaya kerana mereka berpotensi untuk membuat apa saja bagi menjatuhkan pesaingnya.
Bercakap tentang kiasu di kalangan ibu bapa, sifat2 yang terserlah dari awal kelahiran si anak, hinggalah si anak besar panjang. Misalnya:
- Anak dia saja lah yang tembam, anak orang lain kurus-kurus
- Anak dia saja lah yang advance, anak orang lain biasa saja
- Anak dia saja lah yang cepat, anak orang lain lembab
Biasa kita dengar dialog begini:
Ibu Biasa “Anak aku dah pandai berjalan semalam semasa umur 13 bulan!”
Ibu Kiasu “Hmm.. biasa je. Anak aku umur 7 bulan dah berlari”
Di atas itu adalah sifat-sifat kiasu negatif yang patut kita buanglah. Raikan bersama-sama kegembiraan sahabat, itukan lebih baik.
Sekarang ni kita tengok ramai ibu bapa yang punya kiasu positif, terutama dalam pendidikan anak-anak. Seawal di alam rahim, anak-anak sudah diberi rangsangan agar menjadi pintar. Lahir-lahir dah dapt flash card, umur 3-4 bulan dah pandai membaca. Hampir semua ibu bapa teruja, terutama bila melihat bayi lain sudah pintar membaca di awal usia. Misalnya Baby Quzayra yang mula membaca seawal usia 5 bulan.
Adakah anda teruja? Atau rasa biasa saja?
Di bawah adalah keratan dari artikel dalam majalah Pa&Ma bulan Januari 2011, segmen pendidikan praformal tulisan Saudara Airil Haimi Adnan.
Di atas adalah persoalan dari seorang sarjana Korea kepada beliau “Di negara saya, ibu bapa biasanya memperuntukkan lebih 50% pendapatan bulanan keluarga untuk pendidikan anak-anak. Orang Malaysia juga begitu, bukan?”
Apa pendapat anda?
Adakah kita sanggup ‘menghabiskan’ lebih separuh dari gaji untuk pendidikan anak? Ya, mungkin kita tak boleh samakan dengan Korea Selatan yang mana pendapatan per kapitanya lebih kurang USD 30k berbanding dengan kita cuma lebih kurang USD 12k sahaja. Atau produk-produk kiasu Korea yang jadi apa akhirnya… Tapi, persoalannya, berapa sanggupkah kita ‘berhabis’ untuk pendidikan anak-anak?
Teringat sewaktu kerajaan mengumumkan yuran sekolah dihapuskan sekitar tahun 2008, ibu bapa bersorak riang. Namun mengamuk apabila yuran PIBG dinaikkan. Begitu juga dengan yuran peperiksaan.
Kita mungkin boleh melihat pada sudut positif, yuran pelajaran dimansuhkan, jadi bagi mereka yang berpendapatan rendah, boleh gunakan penjimatan itu untuk keperluan barang-barang lain yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Namun sayangnya, bagi sesetengah keluarga, perkara2 keperluan termasuklah rokok, TV baru, set permainan video, dan sebagainya.
OK tak perlu tengok jauh-jauh, tengok diri kita sendiri, seberapa banyaklah nilaian yang ada dalam hidup kita yang sanggup kita salurkan kepada pendidikan anak-anak? Tidak kiralah dari segi kewangan, usaha, masa dan sebagainya. Adakah kita mencari tadika termurah untuk sesuaikan dengan budget kita, ataupun gigih mencari side income agar anak kita dapat belajar di tadika yang lebih mahal dan menjanjikan pembelajaran yang lebih efektif?
Berapa lamakah kita meng-optimumkan masa-masa bersama anak-anak untuk meningkatkan mereka dalam pelajaran (formal atau tak formal) berbanding masa-masa mereka menonton kartun atau bermain video games? Atau masa-masa kita belajar tentang ilmu keibubapaan berbanding masa-masa kita borak Cik Kiah bersama kawan-kawan dalam group FaceBook?
Akhir sekali, ke mana perginya 50% dari pendapatan kita?
Akhir sekali kedua, adakah kita benar2 kiasu, atau cuma nak cover kelemahan kita saja?
Leave a Reply