,

Cukup Kiasu-kah Kita?

admin Avatar

Kita mungkin sering mendengar perkataan KIASU, yang membawa makna ‘tak mahu kalah’ atau kalau di kalangan masyarakat Melayu ia menjadi lebih lembut iaitu ‘menjadi yang terbaik’. Sikap kiasu ni biasanya dikaitkan dengan masyarakat Cina, apakatah lagi perkataan tersebut asalnya dari bahasa Mandarin.

Sekarang ni ramai orang termasuk ibu bapa menjadi kiasu, dalam pelbagai aspek. Boleh jadi kiasu yang bagus dan memotivasikan, dan juga kiasu yang ‘mematikan’. Kiasu yang memotivasikan menonjolkan semangat ingin berjaya, bersemangat, gigih berusaha… untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. Kiasu yang mematikan pula ialah kiasu yang ‘tak mahu kalah, dan tak mahu orang lain menang’. Sesiapa yang menghidap penyakit kiasu negatif ini memang berbahaya kerana mereka berpotensi untuk membuat apa saja bagi menjatuhkan pesaingnya.

Bercakap tentang kiasu di kalangan ibu bapa, sifat2 yang terserlah dari awal kelahiran si anak, hinggalah si anak besar panjang. Misalnya:

  • Anak dia saja lah yang tembam, anak orang lain kurus-kurus
  • Anak dia saja lah yang advance, anak orang lain biasa saja
  • Anak dia saja lah yang cepat, anak orang lain lembab

Biasa kita dengar dialog begini:

Ibu Biasa “Anak aku dah pandai berjalan semalam semasa umur 13 bulan!”
Ibu Kiasu “Hmm.. biasa je. Anak aku umur 7 bulan dah berlari”

Di atas itu adalah sifat-sifat kiasu negatif yang patut kita buanglah. Raikan bersama-sama kegembiraan sahabat, itukan lebih baik.

Sekarang ni kita tengok ramai ibu bapa yang punya kiasu positif, terutama dalam pendidikan anak-anak. Seawal di alam rahim, anak-anak sudah diberi rangsangan agar menjadi pintar. Lahir-lahir dah dapt flash card, umur 3-4 bulan dah pandai membaca. Hampir semua ibu bapa teruja, terutama bila melihat bayi lain sudah pintar membaca di awal usia. Misalnya Baby Quzayra yang mula membaca seawal usia 5 bulan.

Adakah anda teruja? Atau rasa biasa saja?

Di bawah adalah keratan dari artikel dalam majalah Pa&Ma bulan Januari 2011, segmen pendidikan praformal tulisan Saudara Airil Haimi Adnan.

pa&ma

Di atas adalah persoalan dari seorang sarjana Korea kepada beliau “Di negara saya, ibu bapa biasanya memperuntukkan lebih 50% pendapatan bulanan keluarga untuk pendidikan anak-anak. Orang Malaysia juga begitu, bukan?”

Apa pendapat anda?

Adakah kita sanggup ‘menghabiskan’ lebih separuh dari gaji untuk pendidikan anak? Ya, mungkin kita tak boleh samakan dengan Korea Selatan yang mana pendapatan per kapitanya lebih kurang USD 30k berbanding dengan kita cuma lebih kurang USD 12k sahaja. Atau produk-produk kiasu Korea yang jadi apa akhirnya… Tapi, persoalannya, berapa sanggupkah kita ‘berhabis’ untuk pendidikan anak-anak?

Teringat sewaktu kerajaan mengumumkan yuran sekolah dihapuskan sekitar tahun 2008, ibu bapa bersorak riang. Namun mengamuk apabila yuran PIBG dinaikkan. Begitu juga dengan yuran peperiksaan.

Kita mungkin boleh melihat pada sudut positif, yuran pelajaran dimansuhkan, jadi bagi mereka yang berpendapatan rendah, boleh gunakan penjimatan itu untuk keperluan barang-barang lain yang semakin meningkat dari semasa ke semasa. Namun sayangnya, bagi sesetengah keluarga, perkara2 keperluan termasuklah rokok, TV baru, set permainan video, dan sebagainya.

OK tak perlu tengok jauh-jauh, tengok diri kita sendiri, seberapa banyaklah nilaian yang ada dalam hidup kita yang sanggup kita salurkan kepada pendidikan anak-anak? Tidak kiralah dari segi kewangan, usaha, masa dan sebagainya. Adakah kita mencari tadika termurah untuk sesuaikan dengan budget kita, ataupun gigih mencari side income agar anak kita dapat belajar di tadika yang lebih mahal dan menjanjikan pembelajaran yang lebih efektif?

Berapa lamakah kita meng-optimumkan masa-masa bersama anak-anak untuk meningkatkan mereka dalam pelajaran (formal atau tak formal) berbanding masa-masa mereka menonton kartun atau bermain video games? Atau masa-masa kita belajar tentang ilmu keibubapaan berbanding masa-masa kita borak Cik Kiah bersama kawan-kawan dalam group FaceBook?

Akhir sekali, ke mana perginya 50% dari pendapatan kita?

Akhir sekali kedua, adakah kita benar2 kiasu, atau cuma nak cover kelemahan kita saja?

Zebras are kiasu because they want to be both black and white at the same time – Anonymous

admin Avatar

8 responses to “Cukup Kiasu-kah Kita?”

  1. fid Avatar

    50% pendapatan saya?
    ibubapa dan adik2 saya
    hahahahahahhahaaa

    saya tak faham sgt perkataan kiasu nih walaupun Malaysian selalu guna
    rupanya tak mau kalah…
    ai see

  2. knv Avatar
    knv

    jawapannya ialah: tak cukup kiasu.

    mak ai cakap kiasu tak baik untuk kesihatan fizikal dan mental. 😛

  3. Ainul Avatar

    oo..selama ni saya ingatkan kiasu tu pentingkan diri sendiri..tula, kene manage duit betul2..tapi 50% tu nak juga menyimpan utk pembelajaran anak di masa hadapan..

  4. anastasyea Avatar

    emm .. kena manage duit betul2 lepas nie =)

  5. transformed housewife Avatar

    belum sampai 50% digunakan utk pendidikan anak2 tapi dlm 30% tu adalah.

  6. sharina Avatar
    sharina

    I used to say to my hubby “diorang ni, rumah cantik2, keter besar2, tapi nak spend untuk knowledge n education berkira sangat” referring to parents yang datang ke tadika saya n cakap “fees you ni mahal la kat area sini!”

  7. Mommy Of Q's Avatar

    hmm….i rasa biasa jer tgk Quzayra tu .. tak hebat manapun! (wakakak..kiasu negatif tuh, tapi ada aku kesah..? hhahahha)

    ha lah ..aku mmg KIASU dan skang tgh cuba tarik seramai mungkin mak bapak jadi KIASU sama ..wakkakka..baru best ada geng ..! aahhaha

    cam tagline kat emel aku – BETTER BE KIASU THAN LESU COZ “KIASU” MADE ME WHAT I AM TODAY! kekekekke…

    me .. habiskan beribu2 lemon utk ECE.. ntahlah beb ..aku nih giler sket .. haruslah bukak tadika nanti anak aku dah besar jadi perhiasan jer buku2 tuh .. nak tunggu cucu lama lagi wei! hahahahah

    btw, nice & membuka minda punya entry ..ai like.. dan seram baca keratan pama tuh ..giler .. 50%.. mak ai ..pengsan!

  8. Airil H Adnan Avatar
    Airil H Adnan

    Assalamualaikum dan salam hormat,

    Amat menarik baca intepretasi Pn tentang artikel itu! Nak tambah sikit je memandangkan topik ni dah dikupas dgn begitu cantik sekali:

    1. 50% of monthly income on education is bukan bererti org South Korea belanjakan duit tu ‘sehabisnya’. Diorang simpan pun ada. Misalnya, 25% utk tadika lagi 25% utk yuran universiti masa depan.

    2. Memang ‘pantang’ org kita kalau diberitahu tentang yuran atau belanja pendidikan. Itu dr zaman tok kadok lagi. Entah susah benar nak diubah. Hari ni tak seteruk dulu, tapi sikap masih ada lagi mcm tu.

    3. Pendidikan praformal 0-6 tahun memerlukan PELABURAN yang amat besar – masa, ruang dan wang. Masa utk dikongsi dgn si kecil kita. Ruang utk bersama belajar dgn si kecil. Wang utk beli bahan pembelajaran yg terbaik. Sayangnya, masih ada ‘orang kita’ tak mau bukak mata lagi…

    Whatever it is, this is quite an interesting read. Thanks for reblogging the article with your readers.

    -airil h-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge