Malam tadi sempena sambutan tahun baru, kami membawa anak-anak mencari lokasi nak tengok bunga api. Tak jauh pun, area neighbourhood kami – padang permainan. Rasanya situ sesuai sebab lapang.
Sampai2 aje dalam pukul 11.50 malam macam tu, penuh kereta. Ingatkan kami je jakun nak tengok bunga api, rupanya mungkin rutin kawasan kejiranan saya… (mana nak tahu, baru je duk sini). Ramai betul orang, dari baby yang ala-ala dalam hari, sampailah ke tahap atok.
Cool… Seronok pula jumpa jiran-jiran.
Pakat panjat bukit kecik kat taman tu nak tengok fireworks.
Yang menariknya, bila je bunga api bermula, semua orang bersorak. Kalau keluar ‘bunga’ yang best, pakat tepuk tangan. Terasa sepakat (HaHa).
Walapun nampak saujana mata memandang tapi cukup meriah untuk menggembirakan semua orang.
Gambar saya pula getar2 sebab dokong Danny.
Apa-apa pun ini kali pertama saya keluar bersidai di malam tahun baru (konon countdown ler, tapi tak ada pun countdown nya, tengok bunga api je). Seronok sangat sebab boleh berkumpul sesama jiran walaupun tak kenal 😀
Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pembaca My Super Kids!
Maka dengan rastinya contest iPad MySuperKids ditutup… 🙂 kita tunggu review dan keputusannya nanti!
Leave a Reply