Review Ombak Rindu – Filem Adaptasi

admin Avatar

Seperti yang saya tulis dalam status saya di FaceBook, saya tertanya-tanya mereka yang pernah memberi komen dan membuat review tentang Ombak Rindu selama ni… Apakah mereka benar-benar menonton filem Ombak Rindu ni atau hanya membaca sinopsis, review kontroversi di akhbar dan menonton trailer-nya sahaja? Kerana kebanyakan review/komen yang dibuat adalah berat sebelah, dan amat berlainan dengan apa yang disampaikan dalam filem ni.


Sebelum tu, untuk sesiapa yang pernah membaca novel Ombak Rindu kaya Fauziah Ashari, jangan bandingkan filem ni dengan novel. Nama pun ‘filem adaptasi’. Kalau korang tak tahu biar saya terangkan maksud adaptasi ni. Adaptasi berasal dari perkataan Arab, eh Arab pulak.. Perkataan Inggeris iaitu ‘adaptation’. Adaptation adalah kata terbitan dari kata dasarnya ‘adapt’ bermaksud (dalam Bahasa Melayu) mengubah sedikit sebanyak untuk menyesuaikan dengan keadaan, atau dengan kata lain, modify. Jadi kalau tak sama dengan novel asal tu memang expected lah. Elemen menghidupkan sesebuah filem tentunya lain dengan novel. Kecuali kalau penulis novel tu sendiri yang jadi penulis skrip atau/dan pengarah mungkin lain jadinya.

Dari review yang pernah saya baca, banyak yang menyentuh tentang watak Izzah, peribadi Izzah sebagai ustazah-lah, wanita lemah-lah, etc. Mungkin kerana novelnya Izzah diwatakkan secara berlainan. Tapi hakikatnya Ombak Rindu filem biasa, bukan filem dakwah atau nak menyampaikan mesej keislaman. Kebetulan Izzah (dalam filem) adalah seorang ustazah (ajar mengaji), tapi ia tidak menjadikan filem itu ‘Islam’.

Filem Ombak Rindu walaupun berkisar tentang perjalanan hidup Izzah, namun banyak elemen lain yang menarik perhatian saya. Misalnya Mila yang terlalu obses dengan cinta, walaupun Haris mengakui tidak mencintainya namun Mila tetap ingin mengahwininya. Mungkin dengan anggapan bahawa perkahwinan boleh merubah hati Haris. Atau semata-mata kerana cinta melulu Mila tak fikir hati Haris untuk siapa asalkan Haris jadi miliknya.

Izzah walaupun seorang ‘ustazah’ tapi sepertinya tidak mengikuti pendidikan Islam yang formal. Lepasan SPM katanya ya? Makcik dan pakcik yang menjaganya pun langsung tak ada ciri Islamik. Mungkin kebetulan Izzah gadis yang paling pandai mengaji dalam kampung (gadis kampung kain dah bekerja di bandar atau dah kahwin semuanya mungkin), maka jadilah dia guru mengajar kanak-kanak mengaji… Jadi tak perlu nak persoal ke-ustazah-an Izzah, sebab dia cuma gadis biasa yang pandai mengaji je.


Tentang scene di ranjang tu.. Mungkin sebab ‘terkeliru’ dengan watak Izzah si ustazah yang bertudung, jadi ramai mengharap ia menjadi filem Islam yang bebas dari unsur2 fitnah (walaupun yang mengarah dan melakonkan tu memang dah Islam). Tapi sayangnya filem ni cuma filem biasa, sama macam KL Gangster mahupun Hantu Kak Limah Balik Rumah atau Lagenda Budak Setan… Bukan saya kata adegan suami isteri tu boleh, tapi tidaklah seteruk dan se-detail yang digambarkan (taktaulah kalau DVD aku tu dah kena potong). Demi kerana tudung Izzah ia menjadi kontroversi.


Dalam filem Ombak Rindu ni bukan Izzah saja yang lemah (wataknya), semua watak wanita pun lemah. Mila, lemah dalam melawan obsesinya terhadap Haris, Datin Sufiah lemah dalam obsesinya untuk menjaga ‘class’. Tipikal sangatlah. Yang lelaki semuanya ‘hero’ termasuk Pak Dollah. HeHe.

Tentang peribadi dan tindakan Izzah, Izzah tidak salah, dia masih muda, dan dalam keadaan tertekan. Malah Izzah patut dipuji sebab terfikir nak ajak lelaki yang menjadikan dia perempuan simpanan bernikah untuk halalkan hubungan. Kalau Izzah gadis yang lemah, dia takkan minta Haris keluarkan dia dari rumah pelacuran tu, apa lagi ajak kahwin. Mungkin siang-malam nangis je kerjanya. Lagipun, tak bolehlah nak jangka Izzah akan bertindak macam Zainab Al-Ghazali.

Ada juga komen2 tentang scene yang ‘terlepas pandang’, banyak filem have it kot. HeHe. Belum lagi tengok yang keja baju biru kejap baju putih. Kejap ada gigi kejap takde gigi. Ala2 Madu Tiga pulak 😀 tapi rasanya penonton biasa macam saya ni tak tengok pun benda2 tu. Lena dibuai emosi la katakan.

Hmmm pendekata filem ni filem cinta biasa, yang tak ada mesej keislaman pun.

Itu je yang nak cakap sebenarnya. Hanya filem B.I.A.S.A.

P/S: Review ini semata-mata dari filem, bukan novel.
P/S1: Menunggu pembikin clip OSEM nantinya membikin filem yang benar2 mendidik jiwa 🙂
P/S2: Jangan tunggu saya, sebab saya tak minat bikin filem LOL.

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Review Ombak Rindu – Filem Adaptasi”

  1. salzahari Avatar

    yes,agreed..filem tetap filem dan sudah tentu filem ini bkn filem membawa mesej keislaman spt Ayat2 Cinta dsb,jadi usah nak membanding2 dan berpanjang2 pada watak izzah,pd scene ranjang dsb (tapi mmg takyah ada pun scene sebegitu tak tawar cerita ni). Kalau betul nak korek,kenapa cerita Bohsia,KL Gangster dan baaaaaaaaaaaaaanyak lagi terlepas dianalisa?

    juga agreed,watak Izzah sbnrnya dah cukup ‘baik’ dan kuat sbb tidak le mcm Cinta/ Natasha asyik nangis je bila dikata sial dsb :p Dia berani perjuangkan juga hak dia ke jalan yg sepatutnya…hehehe.

  2. AdD Avatar

    Better than Suatu Malam Kubur Berasap yg xde standard langsung tu…

  3. masalifah Avatar

    orang buat review cerita ni sbb citer pecah panggung katanya, and jadi fenomena. bila ramai yg tgk, ramai la yg kesah kalo ada review yg berkaitan.
    kalo takat citer hantu bodoh yang 2-3 orang je book tiket wayang, sape nk kesah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge