Catatan Perjalanan ke Machu Picchu [Bhg 2]

By | May 6, 2016

Sambungan dari entry INI [SILA KLIK]

Untuk ke Machu Picchu, kami booking tiket dengan ejen untuk memudahkan kerja. Lagipun tak ada banyak masa… no chance for error!

Pagi-pagi lagi van ambil untuk ke stesen keretapi di Poroy, kira-kira 30 minit perjalanan dari Cuzco. Di sini mula2 kena beratur ikut Spanish-speaking ke atau English-speaking… untuk diberi briefing.

Perjalanan ke Machu Picchu dari Poroy mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dalam tren tu kami diberi breakfast. Kenyang, alhamdulillah. Pagi tu pun dah breakfast di hotel. Sepanjang jalan ke Machu Picchu, lalu kawasan hutan dan lembah. & yang paling mengkagumkan tu bila lalu di sebelah tebing bukit yang curam dan tinggi, ada pula 3 objek macam kepompong tergantung.

EXTREME CAMPERBayangkan benda tu tergantung kat cliff tu… yang kami pula dalam keretapi, nampak tak jalan keretapi kat bawah tu. Tingggiiii, tengok dari bawah pun dah gayat.

Itu adalah khemah transparent penginapan utk mereka yang cukup berani untuk tido di cliff sedemikian. Nak pegi situ kena abseiling le kot.

Bila sampai saja di stesen Machu Picchu Pueblo, kami disambut oleh guide-guide yang telah disediakan. Visit tempat macam ni sebaiknya ambil guide, barulah kita boleh belajar banyak benda dari mereka. Nak baca boleh, tapi banyak benda-benda yang tak ada dalam sebarang bahan bacaan yang boleh kita dengar dari guide, especially cerita mitos dari puak mereka, dan juga pengalaman mereka. (Tapi kalau takat nak pegi bergambar je tak payahlah, buang duit je :P)

Kami berehat dan minum2 dulu di sebuah kafe di situ, sambil berkenalan dengan mereka yang sekumpulan… Ada yang dari Kanada, Tokyo, Brazil, Mexico.. dan ada sepasang suami isteri dari Malaysia. Diorang ni tour Peru-Brazil-Argentina. Seronok, sampai Peru pun boleh cakap Melayu 🙂

Untuk ke Machu Picchu, kena beratur dulu naik shuttle bus hijau ni.

MACHU PICCHU SHUTTLE BUS

Bas ni nama je bas, tapi rempitnya mak oi! Dah la jalan dia cenggini ha… Sabo je lah.

MACHU PICCHU PERU

Sampai-sampai di pintu masuk, kena beli tiket dulu. Tiket masuk ke Machu Picchu dalam 150 Soles seorang. Dalam RM180+ camtu. Di Machu Picchu ni ada lagi attraction lain – Huayna Picchu & Machu Mountain. Kalau nak ke sana kena beli tiket harga lain.

Kami sampai di Machu Picchu ni dah tengah hari. Kalau nak best, pagi2 dah ada kat ini… boleh tengok sunrise menyinari tempat ni. Kalau nak pepagi tu stay kat area Machu Picchu lebih senang. Tapi.. harga dia memang superb lah.

Nak dapat view Machu Picchu yang cantik, kena memanjat sikit lah. Sikit je, tak sempat penat pun. Tapi saya semput jugak. Hehehe. Memang jenis macam tu mudah semput.

peruvian history

Bagaikan mimpi… tapi ini lah KEBENARAN!

Machu Picchu ni apa sebenarnya? Ia adalah pusat pendidikan kaum Inca zaman dulu, pada abad ke-15. Ia mula ditutup dan tidak digunakan lagi selepas satu wabak melanda mengakibatkan penghuninya meninggal. Yang hidup pun berpindah ke tempat lain.

Machu Picchu ditinggalkan macam tu je sampailah ia ditemui oleh ahli kajipurba Amerika, namanya Hiram Bingham pada tahun 1911. The rest is history. Sekarang Machu Picchu menjadi satu sebab kenapa orang mesti datang ke Peru.

Selepas bergambar-gambar di atas ni, kami turun ke bawah. Kompleks universiti yang sangat canggih dengan pelbagai makmal. Nampak macam batu bodo je, tapi rupanya mereka guna peralatan tu untuk kaji bumi, kaji bintang, kaji matahari…

Kami stay di situ sampai petang, sampai hari nak hujan. Terserempak dengan brader yang naik tren sama dari Puno. Orang Chile, berpeluh2 dia hiking di Inca Trail.

Sebelum ambil tren balik ke Cuzco, sempat makan-makan (of course makan nasi ikan goreng!) di pekan Aguas Calientes ni sambil beli cenderamata..

Aguas Calientes

Kat sini saja ambil peluang minum Inca Cola. Takde la bagus atau sedap sangat pun, sebab takde kat tempat lain >_<

inca cola

Lepas dah boring, taktau nak buat apa… baliklah kami semula ke Cuzco.

Dalam tren balik ni ada entertainment lagi. Hehe. Kelakar yang menari tu pakai topeng binatang, usik2 penumpang tren. Sempat ajak dia bergambar sekali.

Sampai di stesen Poroy, van dah tunggu.. terus balik hotel. Penat, apa lagi, rehattt. Esok nak ke tempat lain pula!

Tips:Kalau nak murah, pegi Machu Picchu Pueblo jangan naik tren terus dari Poroy (mahal gilos OK!), naik bas dulu dari Wanchaq ke Ollantaytambo pastu baru naik tren. Atau kalau takmo naik tren, boleh jalan kaki dari Ollantaytambo.

4 thoughts on “Catatan Perjalanan ke Machu Picchu [Bhg 2]

  1. rose

    Assalamualaikum sis… boleh ke saya tahu bajet penuh (untuk seorang) trip ke Machu Pichu….kalau naek flight dari KLIA plk nak kena fly ke mana…hehe

    Reply
    1. admin Post author

      waalaikumussalam rose,

      boleh buat route KL-London-Madrid-Lima (kos dalam RM10k pegi balik, bole dapat murah lagi kalau lompat2 flight, amik local flights & low cost)

      Then dari Lima ke Cusco boleh naik flight (dlm USD300 return) atau naik bas (dlm USD100 return)

      Dr Cuszo sampai masuk ke Machu Picchu agak2 dlm USD200 gitu

      Campur hotel, makan semua agak2 dlm RM20k macam tu la kot.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge