Cara Mulakan Mendidik Anak Dengan Al-Quran

By | March 26, 2015

Satu masa dulu saya pernah ikuti satu kelas al-Quran. Kelas tertutup untuk Muslimah.

Saya sangat terkejut sebenarnya bila ada beberapa rakan sekelas tidak tahu langsung membaca al-Quran. Mungkin saya yang naif, dalam keluarga saya dipaksa untuk baca al-Quran dari kecil. Dipaksa untuk betulkan bacaan. Dan suasana di kampung saya di Kelantan agak ideal. Senakal manapun budak-budaknya, al-Quran boleh baca.

Kalaulah ada antara pembaca MSK ni ada isu dengan membaca al-Quran, jangan segan dan jangan malu. Ikutilah kelas-kelas pengajian al-Quran. Sekarang ni banyak kelas asas untuk mengenal al-Quran. Tidak pernah terlambat untuk kita buat benda baik.

Lantas, bagaimana pula nak budayakan al-Quran ni di rumah kita?

Ibu/bapa yang mahir al-Quran, boleh mengajar sendiri anak-anak mengaji di rumah, alhamdulillah. Bagaimana pun kalau tak mahir? Perlukah bergantung kepada pengajian di luar semata-mata?

Yang di luar, di luar. Di rumah pun kita sama-sama budayakan pembacaan al-Quran.

1. Pasangkan bacaan al-Quran di rumah

Mungkin kita bukan setiap masa boleh mengaji di rumah. Lazimkan untuk pasang bacaan al-Quran. CD ke, MP3 ke, YouTube ke…

Bacaan ayat suci ni boleh mengeluarkan unsur-unsur negatif dalam rumah kita. Jin dan syaitan, benda tu sentiasa ada.. dan nak buang benda ni, kita gunakan kuasa freakuensi al-Quran. Frekuensi jin ni sangat tinggi, that is why bila tengok orang kena rasuk jin (histeria misalnya), dengan kita pun rasa nak luruh jantung.

Frekuensi rendah dari al-Quran boleh meneutralkan frekuensi jin yang tinggi tu. Kita pun akan lebih tenang bila dengar bacaan al-Quran.

Ingat tak kisah Saidina Umar Al-Khattab yang tersentuh hatinya tatkala mendengar adiknya membaca al-Quran?

Bila kita pasang bacaan al-Quran ni.. sebenarnya anak-anak kita sedang tangkap. Lebih-lebih lagi bila ayat-ayat yang selalu diulang-ulang.

Saya pun terkejut bila anak saya boleh baca ayat Ruqyah, sedangkan tak pernah pun diajar. Rupanya dari yang saya perdengarkan saban hari.

2. Baca al-Quran

Bacalah sikit demi sedikit, perlahan-lahan. Tahu tak pahala bagi orang yang merangkak-rangkak baca al-Quran adalah 2 kali ganda?

Bacalah walau satu ayat. Setiap hari buat penambahbaikan.

3. Baca Terjemahan

Ada satu tips yang diberi oleh kawan saya, kalau ada masalah, bukalah terjemahan al-Quran secara rawak (random). Baca maksud ayat yang pertama kita jumpa. Mungkin di situ ada jawapan bagi masalah kita.

Baca al-Quran dan baca maksudnya, supaya kita boleh dapat pengajaran. Jangan ditakutkan dengan momokan “Nanti tersalah penafsiran, akan jadi sesat”. Insya-Allah bila kita baca untuk dapat pengajaran dengan niat baik, Allah akan bantu kita.

“Dia-lah yang menurunkan Al Kitab (Al Quran) kepada kamu. di antara (isi) nya ada ayat-ayat yang muhkamaat Itulah pokok-pokok isi Al qur’an dan yang lain (ayat-ayat) mutasyaabihaat. adapun orang-orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan, Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat yang mutasyaabihaat daripadanya untuk menimbulkan fitnah” [3:7]

Namun, tetap lebih baik jika kita boleh ikuti pengajian. Tapi kalau tak boleh, jangan dijadikan alasan.

Insya-Allah, bila kita menjadikan diri role model, anak-anak pun akan terikut-ikut dan terbiasa. Mulakan sikit-sikit dan berterusan, adalah lebih baik dari banyak-banyak tapi sekerat jalan sebab kita rasa penat.

Category: Ad-Deen Parenting Tags: ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

5 thoughts on “Cara Mulakan Mendidik Anak Dengan Al-Quran

  1. Amyz

    Terima kasih atas tips ni. Sebab tengah fikir macam mana nak kenalkan anak2 dengan Al-Quran. Selama ni baca al-fatihah saja.

    Lg satu sangat betul dengan baca mana-mana terjemahan ayat dari al quran masa sedang dalam masalah, tiba-tiba terus dapat jawapan. Allah hu akhbar..
    Amyz´s menulis tentang ..Rahsia Akak Kurus Macam Anak Dara Dengan ShakleeMy Profile

    Reply
  2. Farina Al-Khareid

    Al-Quran ni nizomul hayat… Allah cipta kita.. Jd Allah tahu mcm mane nk didik kita.. Admin mmg hbat… Ramai yg x tahu hal ni.. Info mmbntu … Saham akhirat pom admin dapat.. Love it vert much… Chaiyokkk!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge