, , ,

Cara Mengatasi Altitude Sickness di Pergunungan Andes

admin Avatar

Kami pernah menginap di Grindelward, Switzerland yang terletak 3,392m dari paras laut. Dan ke Jungfraujoch di 4,158m tanpa sebarang masalah.

Tapi bila saja mendarat di La Paz, Bolivia yang setinggi 4,058 dari paras laut.. the disaster began! Sampai saja di La Paz, kami dah mula berasa pening kepala. Apa lagi lah bila nak kena beratur sikit punya lama di imigresen La Paz tu untuk uruskan Visa!

Setelah selesai urusan Visa, kami ke guesthouse penginapan di bandar La Paz. La Paz ni sangat sesak dengan orang. Tapi kepala rasa tak boleh angkat, mata tak boleh buka. Petang tu kami berehat saja di bilik.

Sah, kami dah kena altitude sickness (mountain sickness)!

Keesokan harinya, selepas bersarapan dan minum coca tea (salah satu minuman bagi mengurangkan kesan altitude sickness), kami terus ke stesen bas untuk meneruskan perjalanan ke Puno, Peru.

Puno ni juga merupakan kawasan yang beraltitud tinggi. 3,800m dari paras laut.

Sepanjang perjalanan ke Puno, sangat sedih sebab tak boleh angkat kepala pun. Aduhai, mujurlah bas tu seat-nya boleh dibaringkan. 8 jam perjalan ke Puno macam 18 minit je sebab tidur tak bangun-bangun. Hehhe.

Di Puno, sepatutnya kami  ke Titicaca, dan Copacabana di Bolivia… tapi semuanya hancur menjadi debu kerana kami berdua langsung tak boleh bangun.

ALTITUDE SICKNESS

Dua hari terbaring saja di Puno. Macam-macam dah kami buat – latihan pernafasan, minum air banyak, tidur…. tapi tak OK-OK. Akhirnya… terpaksa juga ke farmasi beli pil Altitude Sickness.

PIL ALTITUD SICKESS

Selepas menelan pil sorojchi ni lah baru semuanya terasa seperti biasa T__T

Macamana altitude sickness atau mountain sickness ni boleh terjadi?

Ia adalah kerana udara yang menipis di kawasan pergunungan, yang tinggi dari paras laut.. Bila udara nipis, oksigen pun kurang. Bila oksigen kurang, badan kita tak dapat nak cope dengan keadaan kurang oksigen untuk mengangkut sel darah merah ke seluruh badan.

Maka… jadila terjepelek macam kain buruk.

Keadaan ini amat berbahaya kepada golongan berisiko, misalnya kalau mengandung, ada sakit kardiovaskular, atau memang dah tak sihat. Oleh itu, check dulu keadaan diri sebelum ke tempat yang tinggi-tinggi ni.

Kenapa masa di Switzerland tak jadi, tapi di Bolivia & Peru pula kejadiannya?

Mungkin kerana di Switzerland tu kami bermula dari tanah pamah, dari paras sea level… kemudian naik ke pergunungan dengan berkereta…  badan pun sempat acclimatize.

Di La Paz, kami turun dari atas (kapal terbang). Sudahlah dalam kapal terbang tekanan dah rendah (udara dah nipis), sampai-sampai di permukaan bumi, bertambah nipis pula. Badan tak sempat acclimatize.

Apa nak buat kalau kena altitude sickness?

  1. Banyakkan berehat
  2. Minum air banyak-banyak
  3. Kalau boleh turun ke altitud lebih rendah, sila turun. Jangan naik tinggi lagi. Amat berbahaya kalau naik letih tinggi.
  4. Makan banyak karbohidrat (ye,,, kat Puno ni melantak nasi je kejenya – diorang makan nasi macam kita).
  5. Don’t push yourself. Kalau tak larat, jangan paksa, rehat je.

Bila teringat masa tu… oh sungguh menderita sekali.  Ya Allah, memang teruk betul.Nak explain pun tak tahu macamana. Rasa macam nyawa-nyawa ikan je, serius cakap.

Mujur budak-budak tak ikut sekali. Kalau tak, memang haru-biru-hijau-ungu lah jawabnya.

Syukurlah pada hari kami bertolak ke Cuszo, keadaan dah pulih. Kalau tak mesti lagi sedih tak dapat ke Machu Picchu 😀 Alhamdulillah, sampai juga ke Machu Picchu dengan riang gembira,. Walaupun tak dapat menikmati La Paz, Titicaca dan Copacabana… tak ape lah.. Mungkin ada rezeki lain nanti.

MACHU PICCHU PERU
Happy dapat jejak Machu Picchu
admin Avatar

6 responses to “Cara Mengatasi Altitude Sickness di Pergunungan Andes”

  1. AN Avatar
    AN

    Hi, My cousin’s friend actually died at Cuszco. They are now raising awareness about this, because people dont know about the risks of being at high altitude.

  2. Raihanah Ahmad Avatar

    owh bahaya jugalah keadaan camtu ya. mujurlah tak apa2.

  3. Akak Vitamin Avatar

    Mesti dengung semua ada kan kalau pergi di tempat tinggi.

  4. Muliani Avatar

    Kene bnyak berehat dpd berjalan… Banyakkan mnum air

  5. Adam Avatar
    Adam

    Dear Pn.
    Best betul baca blog pn nie..seronok tgk pn berjalan2.
    saya tertarik dgn tulisan puan bab “Sampai saja di La Paz, kami dah mula berasa pening kepala. Apa lagi lah bila nak kena beratur sikit punya lama di imigresen La Paz tu untuk uruskan Visa!”
    Kiranya utk malaysian passport holder nak masuk Bolivia, kita boleh minta Visa on Arrival ya? tk perlu la kita buat visa awal2 siap2 dari embassy dkt beijing/new delhi ya?

    1. admin Avatar
      admin

      Redah je, memandangkan tak berapa convenience nak ke New Delhi bagai 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge