“Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia 7 tahun, dan pukullah dia kerana tidak sembahyang pada usia 10 tahun” [HR Abu Daud]
“Sayang, jom solat. Nanti boleh masuk syurga”
“Taknaklah ibu, saya taknak masuk syurga”
Pernah tak kejadian di atas berlaku di rumah ibu-ibu?
Kalau ada pernah berlaku kejadian seumpamanya, jangan stress, jangan sedih dan jangan dipandang serong anak kita tu.
Saya kongi satu cara macamana nak didik anak menjadi rajin solat.
Pertamanya, anak kita mungkin tak tahu syurga tu apa. Justeru dia tak boleh nak hargai. Kita mungkin dh explain segala macam tentang syurga kepada anak-anak, tapi kalau anak kita seorang auditori mungkin mudah untuk dia appreciate.
Namun ada di kalangan anak-anak yang tak boleh nak appreciate syurga itu apa, syurga itu macamana. Terutama anak-anak visual dan kinestetik.
Begitu juga bila kita sebut tentang pahala. Mungkin anak-anak kita tak boleh bayang pahala tu macamana. Walaupun kita sebut-sebut pahala… pahala… tapi mereka tak boleh hargai sebab tak boleh bayangkannya.
Jadi, macamana nak buat untuk jemput hati anak-anak menunaikan solat?
Yang paling utama, kita sendiri sebagai ibu bapa mesti menunjukkan teladan betapa seronoknya solat. Betapa hebatnya solat. Betapa indahnya solat.
Solat di awal waktu.
Dan, fikirkan apakah benda yang anak paling sayang, anak paling suka, anak paling termotivasi?
Apa dia?
Tak payah fikir jauh-jauh… Benda tu adalah diri kita sendiri.
Ajaklah anak dengan memberi gambaran seronoknya masuk syurga tu bila kita boleh bersama-sama.
“Jom kita solat sama-sama, nanti kita boleh masuk syurga sama-sama”
“Mari solat dengan Mama, nanti Abang Long boleh masuk syurga pegang tangan Mama”
“Jom kita solat, nanti kita sama-sama dapat pahala, kita sama-sama masuk syurga. Mesti seronok kan”
Dan jangan lupa memberikan pujian setelah mereka menunaikan solat. Kata-kata yang baik adalah galakan untuk mereka terus buat benda-benda yang baik.
Insya-Allah, mudah-mudahan anak yang selama ni liat nak solat, akan lembut hatinya tunaikan solat bersama-sama.
Leave a Reply