Tempat Menarik Di Auckland New Zealand Untuk Sekeluarga

By | April 28, 2015

New Zealand mungkin menjadi destinasi idaman terutama peminat filem Lord of The Rings. Saya agak je, sebab saya tak pernah pun tonton filemnya tu 🙂

Alhamdulillah, kami sekeluarga baru kembali dari North Island, New Zealand pertengahan bulan lepas (cuti sekolah). Saya nak kongsikanlah destinasi menarik di Auckland untuk sekeluarga, terutama untuk yang merancang nak bawa anak-anak.

Antara tempat menarik di sekitar Auckland untuk sekeluarga:-

1. Butterfly Creek

Tempat ni adalah taman haiwan yang menyajikan pelbagai jenis haiwan, daripada serangga, haiwan peliharaan (farm animals), buaya dan dinosaur!

Tempat ni sesuai dijadikan destinasi terakhir… sebab… ia sangat dekat dengan Auckland Airport! Dekat sangat tak sampai 5 minit drive pun.

Kami ke sini pada hari terakhir, sambil tunggu flight jam 3 petang, bawa anak-anak ke sini. Seronok betul diorang.

Kat sini juga ada Roket Rope (extreme sungguh benda ni!) dan Paintball juga.

Opening hours ikut bulan (biasalah negara 4 musim ni). Entrance fee seperti di bawah:

TEMPAT MENARIK AUCKLAND

 2. Kelly Tarltons Sea Life Aquarium

Akuariam ni terletak dalam 30 minit pemanduan dari Auckland Airport. Ada macam-macam hidupan laut kat sini, dari jerung sampailah ke penguin.

Budak-budak memang excited bila dibawa tengok macam-macam jenis haiwan laut, terutama ikan yang pelik-pelik.

Kalau nak datang sini, lebih baik beli tiket secara online untuk dapatkan diskaun.

Ticket Type Walk In Online
Save
Online Saver
FAMILY A
(1 Adult + 2 Children)
$75 FROM$55 Up to$15
Online Saver
FAMILY B
(2 Adult + 1 Child)
$90 FROM$66 Up to$18
Online Saver
FAMILY C
(2 Adult + 2 Children)
$110 FROM$79 Up to$28
Family Pass
Additional Child
(Can only be purchased with a family pass)
$17 $17

3.  Tree Adventures

Kalau keluarga yang suka aktiviti yang agak lasak, bolehlah bawa anak-anak ke Tree Adventures. Tempat ni agak jauh sikit dari Pusat Bandar, dalam satu jam driving.

Tapi tempat ni memang best! Macam-macam aktiviti treetop, sesuai untuk pelbagai lapisan ‘kemampuan’. Tapi ia ada minimum height.. of course le kan. Takkan nak bagi budak2 3-4 tahun pula panjat tempat tinggi2.

AUCKLAND TEMPAT MENARIK

4.  Rainbow’s End

Ia adalah satu theme park di Auckland. Dia punya signature ride, stratosfear, hahah, meamng jangan harap la nak naik benda ni.

stratosfear

Gayat woiiiii

 

Dekat juga dengan airport, dalam 30 minit drive.

Harga dia pulak:

AUCKLAND THEME PARK

5. The Original Adventure Golf

Miniature golf course ni bersebelahan je dengan Butterfly Creek. Kalau nak jalan kaki pun boleh, alang-alang kalau dah sampai Butterfly Creek.

Yang paling best adalah course yang bertemakan pirate! Budak-budak lelaki ni memang suka lah benda2 pirate ni.

MENARIK DI AUCKLAND

6. Taman-taman

Yang ni paling bestlah, sebab free entrance!

Mesti pergi taman tertua Auckland – Auckland Domain yang terletak 5 minit je driving dari downtown. Auckland Domain ni luas, ada macam-macam dalam tu termasuk muzium.

Lain-lain taman mesti pergi adalah Victoria Garden & Higwic Garden. Dan kalau memang peminat tumbuh-tumbuhan jangan lupa ke Auckland Botanic Garden.  Macam-macam tumbuhan pelik yang tak ada di negara kita.

Tapi ingat taman-taman ni pun ada opening hoursnya. Check dulu pukul berapa ia dibuka dan ditutup.

Jalan dengan budak-budak ni satu perkara kena ingat – mereka mungkin tak appreciate apa yang kita appreacite. Contohnya kalau kita nak jalan-jalan strolling di Newmarket & Queen Street, diorang nak main kejar-kejar.

Jadi wajiblah layan mereka ke tempat-tempat yang boleh buat mereka happy dan enjoy. Kita pun takde sakit kepala sangat nak melayan macam-macam complaint. 🙂

Enjoy Auckland!

11 thoughts on “Tempat Menarik Di Auckland New Zealand Untuk Sekeluarga

    1. admin Post author

      hehe, gambar adalah kelemahan saya yg utama Kak Anah

      Reply
  1. Pingback: Parenting Advantage Adalah | Anakku Harapanku Dunia Akhiratku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge