Sebelum saya menulis ni saya minta maaf banyak kalau-kalau tulisan saya biss mengguris hati-hati tertentu. Tapi kena cakap juga sebagai panduan kita bersama.
Saya banyak menerima mesej dan email berupa:
“Tolong beritahu saya cara paling senang buat duit di internet”
“Tolong ajarkan saya cara yang termudah buat duit”
dan yang paling best
“Tolong tunjukkan saya step by step cara paling senang nak buat duit online”
Kalau anda ada pernah email/mesej saya dengan mesej sebegitu, dan saya tak balas… saya minta maaf sebab saya tak tahu nak reply apa.
Dulu saya jawab, ya saya jawab. Tapi pengakhirannya mengecewakan saya, kerana tidak mampu memuaskan hati individu tersebut. Kerana apa saja cara paling senang yang saya cadangkan, semuanya beliau kata “Susahnya…”, “Mana sempat nak buat..”
Dah 3-4 kali kena begitu saya jadi ‘segan’ pula nak menjawab pertanyaan macam tu. Segan sebab saya tak ada jawapannya.
Saya tak ada jawapan “Awak sign up je, lepas tu forward pada kawan, seminggu selepas tu dapatlah duit RM5,000 setiap minggu”. Saya pun tak ada juga jawapan “Awak daftar, bayar RM50 lepas seminggu awak dapat pulangan RM50,000”. Dan juga tak ada “Awak login saya dapat RM500”. Maaf, saya ada semua tu. Cara saya yang paling senang ialah belajar dengan mentor yang dah berpengalaman, dan willing to learn, unlearn and relearn; dari situlah kita dapat meloncat lebih cepat kerana tak perlu try and error sendiri.
Saya faham, ramai orang terdesak nak buat duit ekstra. Maklumlah di kala zaman macam ni duit kita makin rendah nilainya. 20 tahun dulu saya bawa 50 sen je pegi sekolah, siap boleh beli nasi, air sirap dan gula-gula lagi. Ada ekstra lgi boleh masuk tabung. Hari ni 50 sen nak beli air segelas pun entah cukup ke tidak. Air masak boleh kot?
Tapi sayangnya ramai yang nak short cut. Tak salah short cut, tapi sort cut dengan cara yang betul lah. Bukannya dengan cara macam masuk skim cepat kaya.
Mungkin ada orang kaya di Malaysia ni yang datang dari skim yang macam tu. Tapi saya rasa yang kaya tu pengasas skim tu.. itu pun kalau tak kantoi.
Bukan senang nak senang ni. Yang paling senang ialah buat alasan. Beralasan tu memang mudah. Maklumlah lidah tak bertulang. yang nak menggerakkan tulang 4 kerat tu yang payah. Orang kata nak seribu daya, taknak seribu dalih. Tapi yang jadi masalahnya bila yang seribu dalih ni tak boleh tengok orang seribu daya senang atas hasil usaha daya dia. Mahu juga mereka yang berdaya usaha sama-sama tersungkur dengan dia yang banyak dalih. Paling sadis kebanyakan ‘orang’ sendiri yang bersikap macam tu.
Banyak dalih sebab tak sanggup berusaha gamaknya. Mahu semuanya datang dengan mudah.
Sedangkan para Nabi pun Allah tak turunkan bantuan dengan begitu mudah macam tu je. Kenapa Nabi kena turun berperang sedangkan Baginda boleh direct berkomunikasi dengan malaikat Jibril. Mintak ajelah cara paling mudah nak sebarkan Islam, kan?
Itulah sunnatullah tuan-tuan dan puan-puan… orang putih kata ‘no pain, no gain’. Orang Islam kata “inna ma’al usri yusro” bermakna selepas kesukaran itu datangnya kemudahan. Dalam ertikata lain untuk senang kita kena bersusah dulu, berusaha dulu. Peribahasa Melayu pun ada cakap “berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian; bersakit2 dahulu bersenang2 kemudian”.
Kata orang kampung saya, konsepnya macam kita makan di Mc Donalds. Bayar dulu, makan kemudian. Pay the price first and rejoice later. Bukan enjoy dari awal sampai akhir.
Push to your limit. Tapi… hakikatnya kita tak tahu di mana limit kita. Ya, selagi tidak melanggar syariat.. dan sebenarnya sebagai manusia yang terbatas, apa yang mampu kita fikir dan impikan, itulah limit kita. Cuma masalahnya kita jarang nak explore jalan2 nak mencapai apa yang kita ‘vision’kan itu. Mana taknya asyik dengan alasan aja. Itu susah, ini sibuk, sana tak tahu, situ tak sempat… macamana?
Jadi, fikir-fikirkanlah. Orang putih kata, the more you give the more you get. Give a little effort untuk belajar benda2 free dan tips2 buat duit yang melambak2 dalam internet ni. Kalau nak tanya saya, boleh. Tapi saya warning cara saya tak senang. Mungkin lah lepas ni kot saya buat “Baca MySuperKids dapat RM5000“.
Leave a Reply