, ,

Budget Hotel di Geneva – Hotel Central

admin Avatar

Kami tiba di Geneva pada tengah malam. Terbang dari Rome ke Geneva Aeroport, kemudian mengambil tren dari lapangan terbang ke bandarnya. Bila dah malam, senang sangat nak disorientation, nak jadi cerita kami tersilap naik tram (silap arah). Mujurlah seorang auntie menunjukkan kami ke arah yang betul. Risau kalau-kalau tersilap lagi, kami memutuskan untuk berjalan ke hotell, walaupun badan rasa sangat penat. Maklumlah seharian berjalan kaki di Rome, kini di Geneva pula.

Dengan hanya berbekalkan peta, kami mencari-cari Hotel Central, salah satu budget hotel di  Geneva yang telah kami tempah sebelum ke mari. Ia terletak di Rue de la Rôtisserie 2, yang mana kami tak tahu pun di mana, ahaha.

Pada mulanya kami sangkakan di Geneva banyak kutu seperti di Rome, tapi kelihatan ia sangat ‘mesra alam’. Pada jam 12.30 tengah malam, terdapat keluarga-keluarga menolak stroller membawa anak kecil di sekitar kawasan itu.

Kami tiba di hotel dengan perasaan sangat lega. Maklumlah seharian mengangkut backpack di bandaraya Rome. Sempat berehat dalam kapal terbang saja.

hotel murah geneva
Pintu masuk bilik
backpacker hotel geneva
Keadaan bilik yang cute

Di bawah ni gambar katil kami di Hotel Central.Memang budget habis. Yang di bawah tu muat-muat baring je. Nak duduk pun tak boleh.

geneva budget hotel
Katil yang sangat ekonomi

Di Hotel Central ni, ala-ala macam hostel la, berkongsi tandas. Dalam bilik cuma ada sinki kecil dan bilik mandi kecil.

geneva budget hotel central
Sinki yang comel

 

toilet hotel murah
Bilik air yang comel

Sebenarnya, sebelum dapat masuk ke hotel ni, agak lama kami tunggu di luar pintu. Ia berkongsi pintu dengan beberapa pemilik lain, jadi nak buka pintu utama tu kena ‘buat panggilan’ dulu. Selepas bersoal-jawab beberapa lama barulah kami dapat masuk. Rupa-rupanya ada salah faham di bahagian atas sana. Kalau tidak, mungkin ada yang menyesal tak sediakan sleeping bag, hehe.

Receptionist di situ amat baik hati, & helpful. Walaupun mungkin kurang fasih berbahasa Inggeris.

Sayangnya kami cuma satu malam di sini. Esok paginya selepas bersarapan dan jalan-jalan sikit sekitar Tasik Geneva tu, kami terpaksa berangkat ke stesen keretapi untuk ke Lausanne pula.

backpacking switzerland
Bergambar sambil check-out

Tapi sempat juga tengok air pancut tinggi ni =)

geneva lake fountain
Air pancut di Tasik Geneva

Hotel macam ni mungkin tak berapa selesa, atau tak selesa langsung untuk keluarga kalau nak bercuti secara ‘vacation’. Tapi disebabkan kami backpacking, hotel budget macam ni di kota Geneva sudah cukup baik. Tandasnya, walaupun berkongsi tapi sangat bersih, kering dan wangi umpama tidak pernah digunakan sesiapa. Mandi di bilik air kecil dalam bilik tu, memang mencabar, muat-muat je nak sental hehe. Sinki pun cenonet, nak berwuduk kena penuh kusyuk.

Lain-lain hotel ni memang best. Terletak di pinggir Old Town, bangunan2 sangat cantik, dan juga Tasik Geneva. Di sini kalau nak shopping ada macam2 kedai butik, tapi kami tak beli apa2 pun.. nanti beratkan beg je hehe. Lagipun matawang Franc masa tu agak tinggi berbanding MYR, lagi2 kalau banding dengan sekarang. Uhuhu, kesian kan.

Walau bagaimanapun, it was a very nice stay.

Tagged in :

admin Avatar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge