Kasut Jogging Nike Pilihan Saya

admin Avatar

Saya harap dah tak terlambatlah nak memulakan rutin fizikal yang intensif ni. Ia sepatutnya bermula 10 tahun lepas, semasa saya masih di usia 20-an. Masa tu hormon yang berperanan untuk membina otot-otot badan dalam keadaan optimum. Tapi takpe.. better late than never.

Benda yang paling saya ‘lemah lutut’ nak buat ialah jogging. Nampak simple tapi bagi saya ia adalah satu benda yang sangat ‘intense’ bagi otot-otot saya. Malah saya sering mendapat tempat terakhir dalam marathon sebab tak dapat bertahan dengan larian yang berentak perlahan.

Tapi kali ni saya berazam untuk konsisten.

Suami saya membelikan kasut jogging baru buat saya.

nike sport shoes

Kasut jogging Nike Free Run, sangat ringan,lembut dan rasa ‘melekat’ di kaki. Selesa sangat memakainya. Umpama melentur tanpa sedar gitu.

Jadi tiada alasan lagi untuk saya tidak melakukan aktiviti ini. Biasanya pagi hari minggu, saya dan suami keluar pagi-pagi untuk berjogging di taman dalam kawasan kejiranan kami. Trek jogging dalam 1km juga, atau minima 800m mungkin.. Saya mencipta rekod sendiri bila jogging satu pusingan tanpa henti. Ya, memang saya tak pernah habis satu pusingan kalau jogging.

Namun bila saya teringatkan kata-kata suami “Bila kita rasa nak berhenti, rasa tak ada stamina, dan kita teruskan lagi, selepas itu kita akan rasa ada energi baru yang menolak kita”. Jadi, bila datangnya rasa tersebut, saya cuba lawan. Teruskan dengan larian sambil mulut terkumat-kamit. Dan rekod terkini, 3.5 pusingan!

Adakah kerana faktor kasut, atau apa, saya tak pasti. Mungkin juga semangat baru untuk mendapatkan ‘lean body mass’. Otot yang sihat semasa muda ni penting untuk metabolisma bila dah tua nanti. Jadi, masa muda ni lah masa untuk membina otot yang sihat. Lagipun, pembinaan otot lebih banyak membakar kalori. Nak turunkan berat badan sebenarnya bukan dengan cara diet tidak makan. Cara ni salah sebab kita merosakkan otot kita. Akibatnya, bila dah makan macam biasa, badan naik bagi dipam-pam kerana otot dah rosak dan pemnakaran kalori jadi kurang berkesan.

Berbalik kepada cerita kasut jogging saya, ia tidaklah lagi menjadi tukun tiruan sarang semut dan cicak. Sebelum ni kasut sukan saya beli ikut mana yang murah, sebab tak boleh appreciate ciri dan bezanya. Tapi kali ni memang betul-betul cari yang sesuai untuk berjogging dan selesa untuk berjalan-jalan. Saya seorang yang praktikal, kalau boleh satu barang 1000 guna lagi bagus!

Tagged in :

admin Avatar

One response to “Kasut Jogging Nike Pilihan Saya”

  1. farah Avatar

    hahaaha memang kasut kadang2 boleh jadi pembakar semangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge