,

Booksmart vs. Streetsmart – Survival

admin Avatar

Saya teringat satu insiden yang melibatkan sekumpulan graduan bidang profesional (tak perlulah sebut bidang apa) yang pada pandangan masyarakat amatlah tinggi kedudukannya. Dalam insiden yang ‘mencemaskan’ itu, telah terjadi sesuatu yang kelakar.

Saya berkongsi kisah itu dengan ayah saya, dan komen beliau “Urgh, belajar saja pandai kerja bagus tapi survival skill zero!” (dialihbahasa dari dialek Kelantan).

Bukan sekali saya berjumpa dengan akauntan yang tak reti langsung nak uruskan urusan kewangan peribadi, cikgu/pensyarah yang bermasalah nak mengajar anak sendiri, doktor yang gelabah tak tahu nak buat apa bila anak sendiri demam, etc. Hey mengata orang diri sendiri pun nama saja jurutera tapi untuk design mansion saya nanti sah2 upah orang lain (ahaks, cita2 harus melangit).

Tapi hakikatnya kita masih (dan mungkin tetap) meletakkan kelayakan, kedudukan, ‘nama’ itu sebagai satu ‘standard’ ataupun benchmark.

Ramai yang bertanya, apabila saya bercakap tentang komputer, peniagaan internet misalnya, “Adakah awak pelajar dalam bidang IT?” saya kata “Tidak, saya tak perlukan sijil IT untuk mahir dalam bidang ini” (‘mahir’ itu tidaklah, sikit2 boleh :D).

Ada juga yang bertanya “Adakah awak mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan?” bila saya bercakap tentang bisnes. Sekali lagi tidak. Malah saya tak pernah ambil sebarang matapelajaran yang berkaitan dengan perniagaan.

Kadang2 benda itu boleh memberi ‘bad impression at first sight’, “Biar betul dia ni, takde kelayakan pun dlm bidang XXX, boleh percaya ke”

Kelayakan akademik, mahupun kelayakan dalam apa saja bidang itu perlu, kerana ia memberi gambaran siapa kita, pemikiran kita, usaha kita dan keupayaan kita. Namun ia cuma gambaran saja. Misalnya seorang pemegang ijazah sarjana muda dengan ijazah doktor falsafah tentu tak sama. Namun, itu tidak memberi sebarang bukti bahawa pemegang ijazah doktor falsafah adalah lebih baik dari ijazah sarjana muda. Ia cuma satu gambaran sahaja, umpama melihat buah manggis dengan buah mangga. Buah mangga nampak lebih menarik, hijau dan berkilat dari buah manggis yang gelap je. Tapi siapa tahu mangga itu masam kalau tak mencubanya, bukan?

Booksmart atau streetsmart, dalam pekerjaan ia memberi impak berbeza kepada pekerjaan berbeza. Sesetengah pekerjaan memerlukan skill, dan ada yang melakukan kerja rutin. Tapi survival skill menentukan ke mana arah untuk kita bawa kedua-dua jenis ‘smart’ tersebut.

Orang yang tidak memiliki survival skill yang tinggi boleh hidup dalam keadaan complacent dan ideal sepanjang masa. Tiada masalah. Akan tetapi masalah timbul bila dia rasa tak puas hati, kerana dia tak reti/tak berani/tak cukup daring untuk berntidak. Jadi forever dia akan berada di tingkat asal, hinggalah ada penyelamat datang membantu.

Manakala orang yang memiliki survival skill yang tinggi sentiasa menggunakan otaknya untuk berfikir secara jelas bagi mewujudkan satu situasi yang win-win dan dia sendiri puas hati.

Golongan yang pertama biasanya menggantung harapan kepada kelayakan dan kedudukannya untuk membawa dia ke atas; dan biasanya bertindak dengan agak pasif- mencari kelemahan orang lain untuk menutup kekurangannya. Manakala golongan yang satu lagi lebih proaktif dalam mengatasi orang lain dan mengambil kesempatan untuk menunjukkan kelebihannya.

Kita boleh pilih untuk menjadi golongan yang mana. Dan juga pengikut golongan yang mana.

**mode fenin pilih karya terbaik untuk iPad MySuperKids cabaran #1.

admin Avatar

4 responses to “Booksmart vs. Streetsmart – Survival”

  1. mommy icha Avatar

    macam hadha, study telco, IT tapi tak guna pun .. hadha lebih cemerlang dalam bidang pengurusan berbanding technical skills tu. buktinya, most of people yang kerja dalam team project hadha dulu bagi compliment, ” Tina, you are the best project coordinator we’ve ever met!” ~ hey! i tak pernah ambik course project management pun.

    p/s : and saya salah seorang ‘anak’ mommy lyna yang cemerlang kan? 🙂

  2. Yati Avatar

    Ya… survival skill inilah yg saya mahu dalam diri anak2 saya. Bukan cemerlang dlm kertas dlm setiap peperiksaan shj. Tetapi ramai parents sekarang terlepas pandang ni…. sanggup buat apa shj demi A.

  3. Nur Avatar

    segulung ijazah memang tiket untuk mendpt pekerjaan yg terbaik…mostly sbb ramai sgt competitors.maybe majikan berpendapat, pencapaian on paper sebagai bukti bertulis yang kita ni org yg berkualiti…attitude, management skill ambik masa nak proof..

  4. sue Avatar

    citer la insiden kelakar tu!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge