Bicara Kerjaya dan Keluarga

by Mommy Lyna on October 12, 2009 · 12 comments

Subscribe
Bookmark and Share
Bookmark and Share
We noticed that you've been visiting MySuperKids regularly. Drop a comment or two so that we can be friends. Btw, have you subscribe to My RSS Feed?

Pelbagai spekulasi timbul bila saya bercerita tentang kerja dan keluarga ya.

Sampai ada yang menyangka bos saya bertanya “Nak kerja ke nak keluarga?”

Oh tidak. Dunia tidak sekejam itu. Kalau zaman buruh kena kerah buat jalan keretapi dulu mungkinlah.

Zaman sekarang rasanya tak ada lah kita kena lupakan keluarga sebab nak kerja. Kita kerja pun sebab nak sara keluarga, bukannya jadi hamba abdi orang. Kecualilah kalau ada manusia yang memang prinsip hidupnya ialah berkhidmat untuk negara dan tak kisahlah tak dapat gaji pun dia akan kerja juga. Hehe. Ini memang betul2 gila kerja. (Pekerja sukarela tak dikira la… dah nama pun suka lagi rela)

Pendek kata terpulang pada kehendak individu sendiri.

Bagaimana kehidupan kerjaya dan keluarga yang nak dicorakkan. Dan impian yang ingin direalisasikan.

Kalau kita senang dengan kehidupan sederhana dan stabil sepanjang masa, pekerjaan berbentuk rutin mungkin dah cukup sesuai buat kita. Tapi kalau kita sukakan sesuatu yang mencabar dan menduga fizikal dan minda, mungkin kita akan jadi beku dengan pekerjaan rutin.

Kerana itu mungkin ada ibu yang sanggup berpisah dengan anaknya berbulan-bulan, atau sekadar bertemu di hujung minggu kerana kesan sampingan daripada pembekuan otak itu adalah lebih dahsyat daripada berpisah dengan anak (bagi mereka ni la..).

Kadang2 kita tiada pilihan.

Contohnya bila bos berkata “Kalau awak tak sanggup buat benda ni, saya terpaksa cari orang lain lah. Awak pun carilah kerja lain yang lebih sesuai dengan awak” di kala ekonomi sedang merosot dan syarikat2 sedang giat memecat pekerja secara terhormat (VSS atau MSS) dan secara tidak berapa terhormat (notis 24 jam bebas tol), apa agak2 yang patut kita buat? Masa tu pulak kita ada komitmen loan rumah, kereta, pengajian dan macam2 loan yang berkaitan dengan keperluan asasi.

Nak taknak terpaksa menyembah duli sapa2 untuk sesuap nasi. Tapi kalau economic tengah boom, keadaannya terbaliklah pula. Semua kompeni nak run bisnes aggresively dan nak pakai ramai orang.

Itulah cycle kehidupan secara ekonominya. Tahun2 kemelesetan menyaksikan beribu2 orang hilang pekerjaan, termasuk para profesional. Ada ahli kajibumi (geologist) yang terpaksa jual goreng pisang. Ada akauntan yang jual insurans dan macam2 lagi. (Kisah benar).

Nampak? Bila hilang mata pencarian dari cara makan gaji, kebanyakan orang mula ‘menjual’. Itulah sebenarnya cara untuk keluar dari cycle seorang tikus, iaitu dengan membina pendapatan dari hasil usaha tuaian sendiri, bukan payroll semata2.

Sebenarnya kita ada banyak pilihan, dan tetap ada pilihan. Tapi hakikatnya, selagi makan gaji, pilihan tu tetap juga menjadikan kita tikus yang berlari2 di dalam sangkarnya sendiri saja. Sama ada laju atau slow, tapi tetap juga dipanggil tikus :D Kalau glemer sikit, Mickey Mouse, atau Ratatouille la kot.

Tindakan paling mulia dari seorang ibu ialah berhenti dari alam kerjaya di luar dan menumpukan perhatian pada anak2 sama ada menjadi SAHM, WAHM, atau bisneswoman yang mempunyai masa yang fleksibel. Tapi, tak semua orang sanggup terutama bagi yang tak pernah tercapai dek akal tentang perkataan ‘membuat bisnes’ dalam kamus kehidupannya.

Popularity: 3% [?]

Continue Reading...

Hi, we are currently offering FREE advertorial write up for blogshops, products and personal blogs too! Click HERE for more details.

{ 12 comments… read them below or add one }

1 Hanz October 12, 2009 at 3:14 pm

nak jadi WAHM pun kena berpada-pada..ada lagi tambah busy dari 9-5 WM coz tak menang tangan nak penuhi customer’s order…

Reply

2 Mommy Lyna October 12, 2009 at 6:01 pm

kalau tak pandai manage masa & jadual, jadi ape pun semua serba tak kena tol tak?

Reply

3 mamamiya October 12, 2009 at 3:15 pm

there is nothing GOOD or BAD..its just thinking that makes it so…betul tak?
mamamiya´s last blog ..3 Types of Intelligence? My ComLuv Profile

Reply

4 Mommy Lyna October 12, 2009 at 6:05 pm

all people are bias kan?

kalo tak ada passion in something, semua serba tak kena, kan?

alangkah bahagianya kalau semua org dapat apa yg mereka nak.. tapi biasanya tak camtu. hehehe.

Reply

5 littlemama October 12, 2009 at 4:06 pm

yang penting time management.. samada keje ke..wahm ke.. kalo tak pandai manage time.. hancur juga.. pastu mula nak nyesal.. so before buat apa keputusan.. think, plan and budget
littlemama´s last blog ..Kambing Panggang, Rumah Terbuka dan Blogger Tegar My ComLuv Profile

Reply

6 Mommy Lyna October 12, 2009 at 6:07 pm

at least bila power ada di tangan kita, kita boleh flexi kan masa ikut suka kan?

kalau takde power, terpaksalah adjust ikut the sistem.

tapi kalau dalam diri sendiri dah sedikit rosak, kasi apa2 pun sama je, tol tak? :)

Reply

7 aidie October 12, 2009 at 6:01 pm

every decision ada pro n cons. kena pertimbangkan dari semua aspect and keadaan semasa. tak semestinya yg baik utk org lain, baik utk kita and vice versa. be it SAHM or WAHM. prioritize things that are important to us.

Reply

8 Mommy Lyna October 12, 2009 at 6:09 pm

semua benda pun ada baik buruk. it just how we minimize the buruk & maximize the baik. & how we put the priority as u say…

kalau jadi SAHM sebab orang suruh, will u be happy then? tak kot eh.

what say you? :)

Reply

9 sya October 12, 2009 at 10:50 pm

hmm, keje sepenuh masa ke, duduk rumah sepenuh masa ke..
biarlah ada keinginan sendiri… takut kalau dah biasa kerja, kang duk rumah marah2 pulak kat anak… atau, sayangkan anak, gi kerja pun duk termenung2… pilih lah yang mana berkenan.. :P

err, meh jadi cikgu… pening2 kerja banyak pun, masih banyak ruang untuk anak2… sebab kerja boleh bawak balik rumah… (promote.. :P)
sya´s last blog ..darwisy kena belajar 1,2,3? My ComLuv Profile

Reply

10 mamadanish&arissa October 13, 2009 at 1:17 pm

Nape ni lina….huuhhhuhuhu
mamadanish&arissa´s last blog ..Eumora My ComLuv Profile

Reply

11 ummuwafi October 13, 2009 at 1:40 pm

Memang susah…dilema wanita..nk kerja or jadi SAHM saja. Walau apa pun, kalau kita berkerja, baik jika kerjaya kita sesuai dgn fitrah/naluri kita sebagai wanita, sepertimana yg Allah Taala dh jadikan. Dgn itu, kita akan kurang stress, dan dpt menjalani kehidupan dgn lbh gembira, kerana kurangnya crisis dan clashes antara kerjaya dan keluarga
ummuwafi´s last blog ..Negeri Di Bawah Bayu – Part 2 (24-27 July 2009) My ComLuv Profile

Reply

12 LeeN October 14, 2009 at 12:01 am

ja genau! (ya betul! ::dalam bhs german::)

its all about time management. semua orang ada 24 jam dan ada cara masing-masing utk capai target masing-masing. masalah masing2 pun tak sama kan. so kita selesaikan ikut masalah dan keperluan masing2… masa yg flexible bila jadi WAHM ni perlu dibayar dengan usaha yang sgt lebih… sesuailah dengan apa yg dia ada.. iaitu masa bersama anak2. bila kita bekerja mcm biasa, masa memang dah siap2 separate ikut pembahagiannya… once again, tepuk dada.. nak tanya siapa? diri sendiri. ;p
LeeN´s last blog ..dua dan empat My ComLuv Profile

Reply

Leave a Comment

CommentLuv Enabled

Previous post:

Next post: