Beli Rumah Tanpa Modal? Inilah Caranya…

admin Avatar

Beli rumah tanpa modal tidak mustahil langsung. Malah, ianya salah satu pelaburan hartanah paling bestist2_11829501-confused-geeky-woman pernah saya buat. Dah le langsung tak keluar apa-apa modal, dapat duit lepas bank bayar penjual lagi ade. Sebab tu antara sebab saya suka beli rumah, sebab saya tadak duit! Banyak kawan buat muka blur when I say that to them.

Lepas tu pulak, setiap bulan dapat cash. Am talking about pulangan infiniti here, zero cost tapi dapat duit every month. Once you did it, pandang ASB/ Tabung Haji sebelah mata je…

Bagaimana nak beli rumah tanpa modal?

Saya sekeluarga suka jalan-jalan tengok rumah. Lepas tu kami akan list down nama-nama rumah yang kelihatan menarik dari kaca mata pelabur. Kalau ada masa lapang, I’ll call my favourite valuers tanya tentang market value (MV) kawasan tersebut. MV ni sangat penting sebab berapa banyak boleh pinjam bank untuk beli sesuatu hartanah bergantung kepada nilai MV daripada valuer. Biasanya bank bagi 90% daripada MV.

Lepas tu mula la telefon semua ejen atau pemilik yang berminat nak jual. Saya akan beli jika owner sanggup jual sekurang-kurangnya 10% lebih rendah daripada MV. Biasanya I tawar sampai dapat 15-20% lebih rendah daripada MV. Di samping itu, akan saya pastikan, sewa bulanan dapat bayar balik bayaran bulanan bank (mortgage) dan maintenance fee (jika ada) so that asset yang dibeli ni mampu menjana pendapatan sampingan jugak.

Serampang dua mata; beli rumah tanpa modal + pendapatan bulan.

Contoh,
Harga Jualan: RM80,000
Market Value: RM100,000
90% Loan: RM90,000

Lebihan CASH: RM100,000 – RM90,000 = RM10,000

Cash ni anda boleh guna untuk bayar kos guaman SPA & loan agreement; dalam RM7,000 untuk contoh di atas. Lebih bagus kalau boleh masukkan kos guaman dalam loan jugak; jadi macam zeo-moving cost. Ini kena kowtim dengan lawyer & banker. So, you get cold cash RM10,000!

Let’s say, kos guaman (masuk dalam pinjaman rumah) + MRTA/MRTT + loan RM90,000 = RM507 sebulan (faedah 4.5%, 30 tahun pinjaman). Kos maintenance dalam RM50. You still can get roughly RM50 sebulan jika sewakan hartanah yang baru dibeli ni dengan kadar RM600 sebulan.

Dengan kadar sewaan semasa untuk hartanah ni RM700, anda boleh dapat RM150 sebulan atau RM1,800 setahun. Dan kalau letak duit RM10,000 tadi dalam Tabung Haji dengan 5% dividen tahunan, you can get additional RM500 setahun. Total, RM2,300 setahun atau RM191 sebulan dengan cara beli rumah tanpa modal satu sen pun.

Ulangi proses yang sama 10x sepanjang hidup anda = RM1.9k sebulan dengan RM100,000 CASH dalam Tabung Haji. Isn’t that nice? Paling kurang boleh bayar loan rumah yang anda duduk sekarang ni tanpa sedikit pun kacau gaji mahupun tabung simpanan anda! So tolong la jangan buat muka blur when I say “beli rumah sebab tadek duit”

**P/S: Someone is charging a fee untuk info di atas and yet I reveal to you for free. Tolong hargai teknik beli rumah tanpa modal ini…

admin Avatar

99 responses to “Beli Rumah Tanpa Modal? Inilah Caranya…”

  1. dd Avatar
    dd

    as-salam…..
    ML sekadar nk bertanya 2014 nie leh apply lg ke cara 2.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      wsalam dd

      insya-Allah boleh.

      1. Aien Avatar
        Aien

        Assalamualaikum..boleh lg ke sy nk apply loan nie lg..

  2. fawwaz Avatar
    fawwaz

    Salam,
    Jadi first step kita kena survey dlu la kwsn yg kita nak tu. Kemudian baru tny pd agen n owner la ea? Kita kena contact satu2 agen yg ada jugak la ea bg dyeowg jual rumah tu ke?

  3. pudin Avatar
    pudin

    maaf…100k-90k??
    bkn ke 90k-80k..?

  4. Admin Avatar

    beli rumah tanpa modal besar memang bagus 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge