, ,

Belajar dan Mengajar Bahasa Arab Kepada Anak-Anak

admin Avatar

Sambil menenangkan anak-anak yang kepenatan travel (dan berjalan2 di KL), saya mendengarkan mereka juz Amma dari YouTube. Biasanya saya suka mendengar bacaan Sayyid al-Ghamidi tapi kali ni dari qari lain. Saya tak tahu apa namanya. Hehe.

Biasalah kalau kita dengar qari dari negeri Arab2 (tempat lain pun ada juga, cuma kalau sebut Arab ni nampak lebih significant) ni mengaji, ada yang sampai menangis-nangis dan tersenyum-senyum bila mengaji. Maklum sajalah mereka bukan mengaji macam kita yang setakat mengeja huruf, ikut tajwid segala, bahkan mereka faham apa yang dibaca tu. Jika mendengar bacaan qari seperti Sayyid al-Ghamidi tu, lebih kepada mendengar alunan suaranya yang merdu, hati tak ada terdetik-detak sangat (betapa kerasnya hati yang tak bergetar bila dibaca ayat2 Allah – sebab tak paham! Cuba kalau kita faham , kan? Mesti rasa menggeletar *senyum*).

Tengah2 melayan anak-anak tu telinga ni perasan beberapa ayat yang dibaca berulang-ulang dan diselangi dengan sebak. Berdasarkan pelajaran Bahasa Arab tak habis saya ni (sampai form 3 je), dapatlah saya tahu kenapa dia mennangis begitu. Beliau membaca surah al-Zanzalah yang menceritakan kegoncangan yang amat dahsyat, yakni kejadian hari kiamat. Dari sepatah dua perkataan Arab yang saya faham, sedikit sebanyak hati ni mengikuti kesebakan yang dirasai beliau, terutama pada dua ayat terakhir.

Teringat saya pada kata2 beberapa rakan yang telah menonton filem 2012, most of them menyebut tentang “Rasa insaf, kiamat dah dekat”.

Saya teringat pula kata-kata Abiy. Bila saya bercerita tentang “Abiy, Profesor XXX ni kata ada jumpa benda YYY. Macam tanda kiamat kan?” atau “Abiy, Profesor MMM kata otak budak2 lebih senang terima masa umur 6 tahun ke bawah”, etc. Abiy akan jawab macam ni “Kita ni kan, apa yang Islam dah ajar lebih 1400 dulu, susah kan kita nak ambil pengajarannya, sampailah profesor orang putih keluar dengan teori itu teori ini barulah kita yakin dan terima. Entah2 dia pun ambil semua tu dari kitab kita. Tapi kita ni al-Quran sekadar baca, Pendidikan Islam sekadar nak pass exam”. Saya rasa kata2 beliau sungguh betul sekali.

Berbalik kepada kisah bahasa Arab tadi, dulu salah satu sebab saya tinggalkan sekolah agama KPM yang terkenal di Kelantan tu adalah sebab tak nak belajar Bahasa Arab (walaupun PMR dapat A) sebab saya rasa ‘nanti susah nak score, Arab susahlah’. Dulu saya ‘malas’ nak hafal fi’l madhi, amar, mudhori’ segala.. Dahlah nak hafal tenses English satu hal, ni Arab pula.. Cabut terus pegi SBP 🙂

Dah tua2 ni baru rasa menyesal tak habiskan je Arabic sampai form 5. Walaupun tak adalah terer speaking macam graduan al-Azhar tapi at least fahamlah sepatah dua. Sekarang ni nak belajar basic Arab pun kena pergi kelas berbayar, dulu2 free je (kalau ada pun parents yang bayar, hahaha). Bukanlah kata berkira duit, tapi masa pun ya juga. Maknanya, banyak kerja la kalau nak mula belajar bila dah tua2 ni.

Baru-baru ni saya memang tak bercadang nak meng-Arabkan anak2 saya, alasannya, walaupun bahasa Syurga, kita tak ada nak berurusan dengan orang Arab pun… dan saya lebih tertarik untuk mereka menguasai Bahasa Mandarin… hinggalah saya mendengar tangisan qari tersebut dan alhamdulillah, Allah berikan kefahaman pada saya masa tu, mungkin Allah sengaja memberi ‘mesej’ pada saya bahawa Bahasa Syurga ni amat2 penting bagi kita di atas dunia, terutama dalam memahami al-Quran. Astaghfirullahal’azim. Terpana saya seketika kerana saya pernah ‘memperkecil2kan’ secara tak sengaja.

So saya mula menanam azam untuk belajar dan mengajar anak2 saya Bahasa Arab. Setakat ni cuma basic yang amat-amat basic, setakat mengenal benda2 je. maklumlah buku2 belajar Arab dulu pun tah ke mana. Lagipun Arabic di sekolah agama kerajaan persekutuan tak sama dengan sekolah agama kerajaan negeri. Tapi menjadi titik tolak untuk pembelajaran bahasa mereka kelak. Walaupun tak digunakan dalam perbualan harian tapi penting untuk mendalami kitab al-Quran. Tak adalah al-Quran tu cuma dibaca untuk menghalau hantu setan je 🙂

Kebetulan seorang sahabat bernama Nora Hazel telah menghantar mesej pada saya berbunyi:

Saja untuk berkongsi satu blog yang saya jumpa secara tak sengaja yang mengajar mereka dari bayi sehingga bayi tersebut boleh membaca quran umurnya 2 tahun dan menghafal 25 surah umur 3 tahun http://www.darwishndarwisya.blogspot.com

Banyak maklumat yang boleh diambil dari blog ini bagi dibuat artikel untuk dijadikan panduan bagi ibu-ibu mendidik anak mereka.

Oh sungguh terharu jiwa saya merasakan… Keluarga tersebut sungguh memberikan inspirasi buat ibu bapa yang mementingkan pendidikan awal anak-anak. Yang penting, mereka memulakannya dengan al-Quran. Beruntunglah anak2 yang dari awal dididik mengenal al-Quran dan bait perkataan serta maksudnya, sepanjang hidup mereka mempunyai masa yang panjang untuk mendalami isi dan memanfaatkannya, berbanding kita2 yang dah tua2 baru merangkak2 nak mengaji.

Teringat saya pada Adik Nur Amira yang menghafaz 30 juzuk semasa usianya 7 tahun. Oh memang bukan kerja mudah. Bila diteliti kehidupan seharian mereka, ibu bapa amat2 mementingkan disiplin dan jadual dan tak ada Nur Kasih segala ni. Memang tak kena langsung! Saya bukanlah mengharapkan anak2 saya dapat menjadi hafiz pada usia macam tu (berangan pun tak boleh, mak diorang tak hebat macam mak2 Amira & Darwisya), tapi sekurang-kurangnya dapat memahami erti perkataan yang dibaca bila mengaji dan bersolat. Kalau tak jadi macam burung kakak tua, bercakap2 tapi dia pun tak faham apa yang dia perkatakan.

Walaupun di taska Hafiy ada diajar surah-surah lazim, Bahasa Arab dan solat, etc. tapi bagi saya pengukuhan di rumah lebih utama dari apa yang mereka dapat di luar. Sebagaimana maklumbalas yang saya selalu lihat tentang taska/tadika2 (semasa membuat survey dulu), ramai ibu bapa yang mengatakan “Anak saya ni masuk Tadika Paling Bagus di Malaysia tapi umur 6 tahun pun belum boleh baca lagi, anak dia tu umur 4 tahun dah boleh baca”. Saya rasa itu bukan masalah anak/masalah tadika, tapi mungkin pengukuhan di rumah yang kurang.

Jadi saya kena tambah lagi satu ‘kerja’, ‘bermain’ bersama anak-anak dengan perkataan Arab pula 🙂

admin Avatar

14 responses to “Belajar dan Mengajar Bahasa Arab Kepada Anak-Anak”

  1. Dayah Avatar
    Dayah

    salam Lyna
    ohh..terasanya bila disebut tentang belajaq Arab then la ni sepatah dua aja yg diignt..saya juga tergolong dlm golongan itu.huhuhu…

    terkesan apabila baca tulisan prof Kamil…instead of baca Quran berhelai-helai dalam satu masa, cuba untk membaca walau semuka atau beberapa ayat sehari dan diteliti maknanya dan istiqomah dengan amalan ini.. semoga dpt recap balik patah2 atau bait2 Arab.moga tak jadi parrot la noo..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      huhu saya berkata kepada diri sendiri bukan kepada kamu 😛

      hmmm mungkinkah kadang2 kita baca Quran sebab ‘baca’ je kan?

  2. izzah Avatar

    emm…akak lyna kira terror la sebab dapat A masa PMR…zah cukup2 makan ajer…tp teruskan jugak sampai SPM…ni kes ayah tak bg masuk teknik..tp..mmg tak minat langsung dgn bahasa Arab ni..tak tau la nape…dan bila zah ditawarkan utk sambung belajar di Azhar..zah tolak..zah amik akaun di UTM…emm..tp tu dulu…skrg baru zah tau betapa pentingnya bahasa arab..dan sekurang-kurangnya insyaAllah zah boleh ajar anak-anak mengaji sendri…mengajar anak tulisan jawi..tak byk tp dgn kita jadi cikgu kpd anak..anak2 lebih terdidik…itu pendapat zah la..huhuhu

    ~zah suka baca blog akak…mmg byk manfaatnya..tq kak~

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalau lah kita tau peluang tu datang sekali je mesti kita tak lepas, kan? hehe.

      tapi peluang tu akan datang juga cuma bentuknya berbeza 🙂 tol tak?

  3. Nuradyani Avatar

    tak sangka kita sama ye. saya dulu pun belajar bhs arab sampai PMR lps tu cabut pergi SBP sbb tak nak ambik SMU. Dulu saya sekolah di SMU (A) Amir Indera Putra, Bachok, Qelate. Bhs arab PMR pun dpt A tapi tak sanggup nak teruskan ambik SMU bila kena banyak menghafal surah2. Tapi skrg saya pun dah mula mengajar anak2 mengaji walaupun mereka masih kecil. Yg besar umur 4 thn dah pandai baca beberapa surah mcm Al-fatihah dan beberapa lg. Yg kecik pun dah merangkak2 belajar Alif, Ba, Ta.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahaha

      demo kes xsir amik SMU, kawe salah satu lagi sebab taksir amik Bio. konon2 nak jadi engineer la kan.

      alhamdulillah.. sejuk ati tegnok budak2 kecik pandai ngaji kan.

  4. desh Avatar

    Youtube… canggih canggih.

  5. laila Avatar

    ya allahh…. umur 3 tahun hafal surah???
    saya pun sama cam lyna… dulu2 sekolah agama.. konon nk aliran sains, cabut ke SBP jugak… sekrg ape2 pun tak ingat bhs arab tu… arwah nenek sgt sedih bila sy taknak sekolah arab lagi… dah tua2 (dewasa) ni baru terpikir balik cam lyna…
    setakat ni sy baru beli sebijik buku bergambar malay-english-arab kat damia.. di samping tu mcm nk ajar japanese jugak… huh.. byk nye nk ajar… tp masa cam tak cukup..
    .-= laila´s last blog ..Update DIET bersama USANA =-.

  6. fifah Avatar
    fifah

    assalamualaikum…saya ni x de blog…tp suke ikut lynanye blog(kita jumpa kat sarakids)….saya rasa artikel ni betul2 membantu student2 saya di UiTM…..nak mintak izin tuan blog untuk guna lam kelas..buleh?.saya mengajar bahasa Arab…tapi budak2 sume nak kejor amik mandarin….senang nak keje nnt la…ada masa depan la….leh bersaing la…my respond is..prove it..i wanna see..there r no statistic or record ckp amik mandarin terjamin masa depan…. x nak blaja BA ..mati2 x mo..saya heran..selalu terfikir..kenapa la budak2 ni menolak bahasa agama sendiri?…bg saya hanya org yang tahu BA ni saja akan rasa kenikmatan,keindahan, keunggulan bahasa mukjizat ni…rasa ghairah n teruja pada setiap perkataan dan makna..sangat2 indah…lyna ok..still kategori muda masa sedar kepentingan BA….masih ada harapan..ada kat UiTM ni…umo dah mcm atuk saya…baru sedar BA tu penting..tp saya tabik spring n respek…walau bz keje as a an engineer, doctor(medic), arkitek etc…but diaorg spend gak masa nak blaja..n they admit..diaorang nyesal…so,lets learn Arab..its not difficult la….saya x de ape2 perniagaan dlm bhs ni..saya cuma sapot all muslims yang nak tahu bahasa agama kita ni…bittawfiqqqq

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      waalaikumussalam

      jika bermanfaat silakan saja berkongsi dgn yg lain 🙂

      *bila ye bole jmpe lg

      1. fifah Avatar
        fifah

        jom gather2…hehehe…..makaseh ye tuan rumah

  7. desh Avatar

    Assalamualaikum, Hola, Ni Hao, Ha loh.
    Dapat belajar bahasa Arab sikit, Espanol sikit, Mandarin sikit pun okay gak. Cuma tengah tunggu kartun ajar Bahasa Arab selain Dora dan Ni Hao Kai-lan.

    Mandarin ni ramai budak silap faham. Sebab Orang Cina kat Malaysia ni kalau sembang2 kat tepi2 jalan dengan bahasa Kantonis walaupun bahasa rasmi belajar ialah Mandarin.
    Kalau nak ilmu boleh la belajar Mandarin tapi kalau nak praktikal lebih baik Kantonis.
    .-= desh´s last blog ..Superbabies superbabies goo goo.. ga ga.. DORA =-.

  8. Nadia Avatar

    teringat masa mula2 beli kitab mukhtasar hadis… sesekali bila baca hadis tentang mati dan takdir… hati rasa disentap.. terasa betapa kerdilnya aku sebagai hamba-Nya… namun masih dikasihi-Nya..

  9. Nadia Avatar

    bercakap tentang terjemahan dan tafsiran Al-Quran, ianya adalah dua perkara yang sangat berbeza. Sebagai contoh, ada sesetengah perkataan dlm bahasa Arab ada 15 terjemahan dalam bahasa melayu. Dari itu kita tidak boleh, bahkan ada ulama yang mengharamkannya kerana kita hanya membaca terjemahan yang zahir sedangkan tafsiran secara mendalam harus dirujuk kepada ulamak mufassirin.
    .-= Nadia´s last blog ..Dare to fail…. =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge